..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Khasiat Habbatus Sauda’

HABBATUS SAUDA BOLEH MEMBANTU MENAMBAH HAYAT?
Pada abad ke 13, seorang doktor Arab mendakwa habbatus sauda boleh digunakan untuk lebih 50 penyakit. Antaranya ialah lelah, masalah pernafasan, masalah sistem penghadaman, sembelit, jangkitan penyakit, hati yang bermasalah, pembengkakan, lenguh sendi, masalah tenaga batin dan keseluruhan kesihatan amnya. Secara tradisional, habbatus sauda digunakan untuk pelbagai keadaan dan rawatan bermula dari pernafasan, gangguan perut, usus, buah pinggang, hati, peredaran darah, sistem ketahanan diri dan keseluruhan kesihatan. Habbatus sauda memainkan peranan penting dalam merawat kanser. Ia dapat mengurangkan glukos pada pesakit kencing manis, memberi kelegaan ketika kedatangan haid, berkesan untuk pesakit kulit dan mengimbangi serta menguatkan sistem ketahanan diri. Ia juga berkemampuan menghalang kerosakan gigi, melegakan pembengkakan prostat, ketidakselesaan akibat menopaus.

Habbatus sauda tidak merbahaya malah selamat dan amat berkesan digunakan oleh semua golongan masyarakat. Tiada jangkitan atau kesan sampingan jika mengambilnya dalam dosej yang disyorkan. Dosej ini bertujuan mencegah atau merawat penyakit dan pengambilannya bergantung pada masa dan sukatannya. Kesannya akan terserlah melalui pengambilan yang ditetapkan dan hasilnya boleh dinikmati dalam jangkamasa pendek. Habbatus sauda secara amnya membantu sistem semulajadi manusia mengekalkan kesihatan. Ia bertindak pada bahagian tubuh yang bermasalah dan memerangi punca utama penyakit tanpa mengganggu sistem tubuh yang lain. Ia bertindak mengawal sistem ketahanan tubuh dan mengatasi penyakit yang teruk, beralahan dan berhormon. Kesannya bukan sahaja melegakan masalah kesihatan malah menambah sistem ketahanan tubuh terhadap penyakit. Sebahagian besar masalah kesihatan berpunca dari jangkitan bakteria, virus, parasit dan kulat. Penggunaan ubat klinik merawat penyakit secara berasingan menggunakan ubat yang dihasilkan dengan bahan kimia tiruan yang mengandungi alkohol dan ramuan lain yang merbahaya.

Dalam persidangan tahunan pertubuhan persekutuan pengkaji2 biologi Amerika Syarikat ke 71, satu kertas kerja telah dibentangkan bagi menyokong dakwaan perubatan habbatus sauda. Percubaan biologi yang dijalankan menunjukkan ia bertindakbalas mengimbangi dan menguatkan sistem ketahanan diri. Sejak 1959, lebih 200 kajian dijalankan di universiti2 antarabangsa dan artikel2 diterbitkan dalam majalah saintifik membuktikan hasil yang menakjubkan seperti yang tercatat 1400 tahun dahulu. Pada 1960, pengkaji Mesir telah mengesahkan keberkesanannya dalam membantu mengatasi masalah lelah. Saintis Jerman pula mengesahkan habbatus sauda sebagai pembasmi bakteria. Para saintis di makmal “canser and immuno-biological” mendapati habbatus sauda merangsang tulang sum2 dan sel2 ketahanan diri, menambah pengeluaran interferon, sel normal dan bilangan antibodi. Pengkaji2 Amerika Syarikat telah membuat laporan pertama ke serata dunia mengenai kesan minyak habbatus sauda ke atas ketumbuhan, “study of the effects of nigella sativa on humans”. Walaupun habbatus sauda sangat berkesan, kajian2 yang dijalankan ke atas penggabungan dengan herba lain memberikan hasil yang memberangsangkan.

Semua cendekiawan yang unggul di zaman dahulu dan sekarang telah menulis tentang kelebihan perubatan dan kandungan penyembuhan habbatus sauda. Perubatan Islam mendapati habbatus sauda berkebolehan mengekalkan kesihatan dan memulihkan suhu badan. Tabib di Madinah merujuk kepada sunnah rasulullah (saw) dalam hal berkaitan pesakit. Imaam ibn al Qayim di dalam bukunya, Tibb al Nabawi, banyak menyebut tentang rawatan perubatan rasulullah (saw) dan penekanan beliau terhadap herba ini. Ibnu Sina, seorang ahli falsafah dan doktor Parsi yang terkenal menyifatkan habbatus sauda sebagai perangsang tenaga dan pemulih semangat dan keletihan. Zahbi, seorang ulama’ berpendapat, habbatus sauda mengeluarkan segala halangan yang ada dalam sistem tubuh. Umat Islam khususnya lebih bergantung kepada penggunaannya kerana yakin dengan sunnah rasulullah (saw). Ini digambarkan dalam hadith sahih bukhari yang bermaksud, “TETAPLAH DENGAN KEPENTINGAN PENGGUNAAN HABBATUS SAUDA KERANA PASTI DI DALAMNYA TERDAPAT SEMBUHAN UNTUK SETIAP KESAKITAN KECUALI MAUT”. Sehingga kini umat Islam seluruh dunia masih mengamalkan sunnah rasulullah (saw).

Single Post Navigation

One thought on “Khasiat Habbatus Sauda’

  1. Nor Azleen Zainal on said:

    Salam. Saya ingin tahu sama ada pengambilan habbatus sauda dalam bentuk minyak atau serbuk lebih baik. Mohon nasihat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: