Boom~

Posted on June 8, 2009. Filed under: santai |

“boom..boom..”

bunyi itu sungguh menakutkan,cukup membuatkan saya kecut perut mendengarnya. Hati berdebar-debar.

Bunyi apakah itu?

“macam bunyi bom”,detik hati. Nauzubillah..

Orang ramai sudah keluar mengerumuni kawasan terbabit. Saya hanyalah menjenguk dari tingkap rumah saya. Nasib baik rumah saya di tingkat empat,dapat juga peluang untuk melihat dengan jelas apa yang berlaku sebenarnya.

Tiba-tiba..

Kedengaran orang bersorak diselangi dengan bunyi dentuman tadi.

Saya kaget. Lantas,saya teringatkan kedatangan Obama empat hari yang lalu. Mungkinkah ada konspirasi yang berlaku??Hati terus berzikir dan berdoa agar tiada apa-apa yang berlaku. Adakah tragedi pengeboman di Bazar Khan-Khalili akan terus berulang di Abu Rish,tempat kawasan saya diami? Ya Allah,jauhkanlah daripada malapetaka dan mara bahaya.

saya terus meninjau-ninjau lagi. Bunyi tempikan makin kuat kedengaran. Hati saya berdebar-debar..

Tiba-tiba..

Sebuah kereta hitam Mercedes Benz berhiaskan bunga-bungaan di atas bumbung kereta melintasi persimpangan jalan masuk ke rumah saya. juga diikuti beberapa kereta yang lain,juga berhiaskan bunga dan reben.Suara tempikan dan sorakan masih lagi kedengaran..

Huh..saya menarik nafas lega..

Rupa-rupanya,mereka mengadakan upacara perarakan pengantin. Di sini,kebiasaannya memang begitu. Pengantin diarak menggunakan kereta mewah,berhiaskan reben di hadapannya. Cuma,saya sedikit terkejut dengan bunyi mercun dan bunga api persis bunyi bom! Andai benar,mahu saja saya terjun dan melompat dari bangunan tingkat 4 rumah saya. Namun,alhamdulillah,everything was fine!

Jam menunjukkan jam 11 malam. Saya perlu segera meneruskan pembacaan Pharmac saya.

Doakan saya dan kawan-kawan esok!

Make a Comment

Make a Comment: ( 1 so far )

blockquote and a tags work here.

One Response to “Boom~”

RSS Feed for ..InsPiRasi HuMaiRa.. Comments RSS Feed

Salam..;)

eheh)
singgah lagi.


Where's The Comment Form?

    About

    dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

    RSS

    Subscribe Via RSS

    • Subscribe with Bloglines
    • Add your feed to Newsburst from CNET News.com
    • Subscribe in Google Reader
    • Add to My Yahoo!
    • Subscribe in NewsGator Online
    • The latest comments to all posts in RSS
    • Subscribe in Rojo

    Meta

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...