Satu kehilangan..
Senator Prof Dato’ Dr Ismail Md Salleh disahkan meninggal dunia Hospital Besar Singapura sebaik tiba pada pagi ini. Beliau yang merupakan seorang senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia, ialah bekas timbalan ketua pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS) dan Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.
Beliau dilahirkan di Pasir Mas Kelantan pada 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian antaranya anugerah Guiness Book of Record sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat Doktor Falsafah.
Beliau pernah melanjutkan pelajaran di University Illinois pada 1973 dan memulakan tugasnya sebagai pensyarah Jabatan Ekonomi Analisa Universiti Kebangsaan Malaysia sekembalinya ke tanahair.
semoga rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah..



