..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Jaulah Haramain 09/1430 H

Jaulah Haramain 09..

Alhamdulillah,12 September 2009 bersamaan 20 Ramadhan 1430H,saya telah berangkat ke Tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah Ramadhan.Atas permintaan sahabat untuk saya merakamkan perjalanan dan pengalaman saya di sana,maka dengan rasa rendah diri,saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai perjalanan saya di sana. Moga sama-sama dapat mengambil beberapa pengajaran dan iktibar padanya.

Allah sehebat-hebat Perancang

Suatu petang,ketika leka menelaah subjek Mikrobiologi,saya mendapat mesej daripada sahabat baik saya,Dalili. Mesej yang berkisar tentang butiran mengenai umrah musim panas begitu menarik hati saya untuk mengetahuinya secara lanjut.Mesej itu saya baca berulang-ulang kali dan akhirnya saya membuat keputusan untuk menelefon Dalili sendiri untuk mendapatkan butiran lanjut. Beliau mencadangkan supaya saya berurusan sendiri dengan Ustaz Farhan,ustaz yang bertanggungjawab menguruskan umrah pada kali ini. Saya begitu berminat dengan pakej umrah yang ditawarkan-penginapan,makanan dan pengangkutan semuanya lengkap dalam satu pakej sahaja. Setelah mendapat kebenaran daripada ummi dan ayah,akhirnya saya mendaftarkan diri di bawah pakej umrah yang bekerjasama dengan syarikat dari Malaysia;Travel Kop and Tours. Saya sendiri tidak menyangka bahawa saya merupakan orang terakhir yang mendaftar untuk umrah kali ini. Subhanallah! Sungguh saya tidak sangka begitu cepat dan mudah Allah lorongkan jalan ini untuk saya.

Aturan Allah itu Maha Hebat. Saya sendiri tidak merancang untuk mengerjakan umrah pada tahun ini. Hajat di hati,saya merancang untuk mengerjakan umrah pada 2012 nanti,bersama-sama keluarga tercinta. Namun,lain yang dirancang,lain pula jadinya. Alhamdulillah,perancangan Allah mengatasi segala-galanya. Allahu Akbar!

Segala jenis dokumen seperti salinan surat beranak ayah,salinan kad pengenalan ayah dan salinan visa dan passport termasuk duit berjumlah 1000USD saya serahkan kepada Ustaz Farhan. Dalam hati saya berdoa supaya Allah mudahkan semua urusan sebelum berangkat ke sana. “Doc dah Tanya ayah umi betul-betul dah?”,Tanya Ustaz Farhan atau lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Along. “sudah,Alhamdulillah”,jawab saya. Beliau begitu bertanggungjawab terhadap anak buahnya. Setiap masalah yang timbul,beliau akan cepat-cepat menyelesaikannya dengan penuh diplomasi. Ini menyebabkan saya senang berurusan dengan ustaz dan isteri beliau,Ustazah Natrah.

Ujian bertandang

Hari ini 1 Ogos 2009. Sudah sebulan saya mendaftarkan diri sebagai jemaah umrah di bawah seliaan Ustaz Along. Saya telah dimaklumkan untuk mengikuti trip kedua yang dijangka berangkat pada 21 Ogos nanti. Sepanjang tempoh itu,saya gunakan masa saya dengan menghadiri kelas-kelas tafakkuh di rumah-rumah negeri,talaki Al-quran,mengikuti kelas bahasa arab dan kelas Faraid sebagai persiapan untuk masa hadapan. Saya juga banyak belajar mengenai panduan mengerjakan umrah bersama ustazah dan sempat hafal beberapa potong doa dan ayat Quran sebagai persiapan untuk ke sana. Seminggu sebelum 21 Ogos,ustaz Along menelefon saya dan mengatakan bahawa umrah untuk trip kedua terpaksa ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Saya terkejut sedikit dengan kenyataan ustaz. Bayangkan perasaan saya ketika itu bercampur baur-resah,gelisah,panic,pasrah. Saya sendiri tidak dapat tafsirkan perasaan saya di saat genting tersebut. Tambahan pula,saya mendengar ura-ura mengatakan bahawa kemungkinan kami tidak dibenarkan untuk keluar dari Mesir berikutan wabak H1N1 yang hebat mejadi pandemic pada waktu itu.

Saya terus berdoa dan berdoa kepadaNya,memohon supaya Allah permudahkan urusan kami semua.

Saya juga mendapat berita bahawa rakan-rakan ikhwah perubatan yang memohon visa umrah tidak dapat berbuat demikian. Ya Allah,air mata saya berlinangan! Parah juga melihatkan keadaan saya ketika itu. Mujurlah ada sahabat yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat dan peransang kepada saya supaya bangkit kembali. “Allah sayangkan tin,sebab tu Dia uji lebih sket..sabarlah,ada rezeki tak ke mana tu..”,pujuk sahabat saya,Kak Za.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Suatu malam,selepas habis mengikuti kelas Syeikh Nuruddin di Rumah Kedah,saya mendapat panggilan daripada Ustaz along. Hati saya berdebar-debar saat punat ‘call’ ditekan. “Ni..ustaz nak bagitau kamu,alhamdulillah,visa dah siap.kita akan berangkat pada 12 September,jam 1 pagi dengan Saudi flight”,terang ustaz dengan panjang lebar. “Alhamdulillah!”,saya sedikit berteriak. Air mata turun mencurah-curah. Air mata kegembiraan.Allah telah kabulkan permintaan saya. 12/9? Subhanallah,malam pertama untuk 10 malam terakhir Ramadhan,saya akan berangkat ke sana. Alhamdulillah! Allah Akbar! Malam itu,puji-pujian kepadaNya tidak putus-putus keluar dari lidah saya.

Umrah Ramadhan

Penerbangan dari Mesir ke Arab Saudi mengambil masa selama 2 jam setengah. Jam menunjukkan kira-kira jam 1.45 pagi sewaktu kami melintasi Miqat, tempat untuk niat ihram. “to all pilgrimage, this is Miqat,we’re going to slow down a little bit”,begitulah butiran yang diperkatakan oleh kapten melalui corong suara. Saya cepat-cepat memasang niat untuk umrah ramadhan kali ini. Segala amalan sunat ihram seperti mandi sunat ihram,memotong kuku telah saya laksanakan sebelum menaiki pesawat Saudi Arabia. Di kiri kanan saya,kedengaran laungan talbiah dilaungkan berulang-ulang kali.Hati saya sayu.Air mata jatuh lagi!

“labbaikallahumma labbaik..labbaikala syarikala kalabbaik..”saya melafazkan dengan tenang di dalam hati. Sambil itu,buku kecil “Umrah dan Haji” yang dihadiahkan oleh ustaz along kepada 20 orang jemaah sewaktu kursus Haji di Rumah Selangor baru-baru ini saya tatap dan hafal beberapa perkara yang diharamkan ketika berihram. Ada 7 pantang larang semuanya. Entah kenapa,tiba-tiba saya jadi risau.risau kalau-kalau saya tidak dapat mempersembahkan ibadah yang terbaik di sana nanti. Lintasan perasaan ini selalu menghantui saya. Ya Allah,engkau permudahkan segala urusanku di sana nanti.Tunjukkan jalan terbaik untukku dan sahabat-sahabat di sana. Tidak disangka saya tewas dengan air mata. Dibiarkan terus mengalir umpama hujan yang turun mencurah-curah. Wanita Arab di sebelah saya berdehem berulang kali,mengingatkan saya barangkali agar tidak terlalu mengikut perasaan. Serentak itu,seorang pramugari menghulurkan tisu kepada saya. “wipe your tears hon! I pray that u’ll perform the best ibadah there”,bisik pramugari kepada saya. Saya mengangguk lemah dan melemparkan seulas senyuman kepadanya dan berkata “I’ll pray for your kindness,insyaAllah”. Sungguh Ya Allah,hanya Engkau sahaja yang mengetahui perasaanku tika itu. Hati saya berdebar-debar saat mendarat di KAAIA(King Abd Aziz International Airport). Hati tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengan Kekasih yang paling saya rindu dan cintai. Allahu Akbar!

Proses imigresen di sini tidak mengambil masa yang lama. Akhawat dibahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada lima orang untuk setiap kumpulan. Setiap group diwakili oleh seorang mahram. Group saya diwakili oleh Ustaz Firdaus atau ustaz Alang. Selepas solat Subuh di perkarangan airport,kami melepasi imigresen dengan mudah sekali.seolah-olah ada tangan ghaib yang menolong kami saat itu. Alhamdulillah saya panjatkan padaNya.

Kota Mekah menyambut kami

Perjalanan ke Kota Mekah mengambil masa selama 2 jam. Dalam perjalanan,kami tidak banyak bercakap.masing-masing telah diingatkan untuk melazimi zikir dan perbanyakkan doa di tanah haram ini. Kami diberi sedikit taklimat oleh ketua rombongan,Ustaz Majdi.

Di luar jendela,debu-debu sahara seolah-olah melambai ‘ahlan wasahlan’ kepada kami.struktur bangunan tidak banyak berbeza daripada Mesir. Cuma,di sini,bangunan-bangunan didirikan dalam keadaan tersusun dan terancang.

Sebaik sampai di hotel penginapan,saya mencuri sedikit masa untuk tidur sekejap sementara menantikan waktu Zuhur. Sisa-sisa kepenatan masih terasa. Kak Noni,selaku super senior mengingatkan adik-adiknya tentang pantang larang dalam ihram.saya hampir terlupa,kami masih di dalam ihram !

15 minit sebelum azan Zuhur berkumandang,kami bergerak beramai-ramai ke Masjidil Haram. Bahang kepanasan kian terasa,apatah lagi di bulan puasa. Hotel penginapan kami pula terletak kira-kira 20 minit berjalan kaki dan melalui jalan yang berbukit untuk ke Masjidil Haram. Al-Hujun atau dikenali sebagai Sulamiyah merupakan master code tempat kami tinggal. Betul-betul bersebelahan hotel kami terdapat Perkuburan Ma’la dan tempat tersemadinya makam Saiditina Khadijah,isteri kesayangan Rasulullah s.a.w. Subhanallah ! setiap hari dan setiap ketika kami akan melalui kawasan perkuburan ini,teringat kematian yang pasti akan berlaku pada bila-bila masa,tidak kira di mana kita berada..Ya Allah,matikan aku dalam iman dan redhaMu..

Langkahan menjadi kecil tatkala melihat Masjidil Haram tersergam indah di hadapan kami. Subhanallah! Syukur padaMu. MIMPI sudah jadi PASTI.Dengan nama Allah,saya melangkah ke dalam Masjidil Haram selepas melalui Bab Salam (pintu yang disunatkan masuk bagi yang ingin mengerjakan umrah).

“ kami sering melihat engkau wahai Muhammad mengangkat mukamu ke langit,maka sungguh kami akan memalingkan kamu kea rah kiblat yang engkau sukai. Palinglah mukamu kea rah masjidil haram” (Al Baqarah :144)

nantikan kisah selanjutnya..

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: