..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

penangan house MD (siri 1)

House MD Team

sememangnya inilah saat-saat yang saya nantikan..selepas berhempas pulas mencerna ramuan ilmiah dari buku-buku perubatan untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun,akhirnya saya bebas jua..ibarat merpati yang bebas berterbangan di udara..begitu juga dengan saya..sebaik berakhirnya exam oral biochemistry,saya terus berkejar pulang ke rumah semata-mata ingin menonton cerita house MD..cerita yang mengisahkan seorang doktor yang pakar dalam bidang diagnostik yang memang tidak dapat disangkal lagi kehebatannya.

hari pertama (4 julai 2007)

laptop dipasang dan cd dimainkan..episod pertama-pilot,musim pertama…menceritakan kisah seorang guru maternal yang hilang keupayaan untuk bercakap secara tiba-tiba..saya teruja mengikutinya..

45 minit berikutnya,episod dua menjengah..saya terus menonton tanpa rasa penat sedikitpun..dalam pada itu tangan saya rancak menari-nari di atas kertas nota physiology saya,terkulat-kulat saya menulis medical terminology yang ntah betul atau tak ejaannya itu..

keadaan ini berterusan sehingga la ke lewat malam..saya hanya berhenti seketika untuk solat dan makan..

‘hai dr.fatin,khusyuk nampak”,tegur Alya..

saya memandangnya sambil tersenyum..ntah la,saya tidak pasti samada saya betul-betul menghadiahkan senyuman buat sahabat saya atau tersenyum melihatkan adegan movie tersebut..hati saya buntu..

hari kedua selepas tamat exam(5 julai 2007)

saya terus menonton house MD season 1…seketika saya tersenyum sendirian..menangis tak berlagu pun ade..tapi itulah penangan house MD..

kertas catatan yang saya gunakan untuk menulis istilah perubatan yang tidak diketahui sudah renyuk dan comot.ini kerana saya terpaksa melelapkan mata di depan ‘house MD’..

dan begitulah rutin saya sehari-hari sebelum saya berangkat pulang ke malaysia on 11 julai baru-baru ini..boleh dikatakan saya sudah menghafal lenggok bahasa yang dipertuturkan oleh Dr.Chase,Dr cameron,Dr wilson,Dr foreman..hmm..semuanya ada style yang tersendiri..

dan sehingga sekarang,saya masih lagi menonton siri ini sehingga musim ke 3..walaupun di pasaran sekarang terdapat filem-filem yang hebat seperti harry porter,haru biru dan sebagainya(sebenarnya saya tidak terlalu mengikuti perkembangan industri perfileman tanah air dan antarabangsa),tiada yang dapat menyaingi HOUSE MD..

berikut merupakan medical terminology yang sempat saya petik daripada movie HOUSE MD

1. ataxia – shaky movement result from brain’s failure in order to regulate body posture

2. neurofibromatosis – congenital disease which is numerous benign tumours growing from fibrous covering of nerve

3. abulia-symptom of schizofrenia which is absence in will power.got into dizziness but not put into action

4. aneurysm – ballon like swelling of the wall of artery

*all medical terms above from oxford medical dictionary

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: