..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

penangan House MD (siri 2)

house-and-team.jpg

bagaimana hati terpaut pada House MD? http://www.wikipedia.org/wiki/house_(TV_series)

selepas mid-year exam

senior saya,kak su,merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam menyuburkan minat saya terhadap cerita perubatan ini.terima kasih akak.saya masih ingat,suatu masa , di dewan malaysia abbasiah kaherah..

pintu diketuk.

“masuk”,jerit saya dari dalam bilik.sejurus,pintu dikuak.

“fatin,akak ada cite best untuk fatin,tapi kene copy ngan kak nad(bukan nama sebenar)”.saya tersenyum keriangan.mana tidaknya,setelah lebih sebulan lebih bertungkus lumus bergelumang dengan buku-buku ilmiah,akhirnya, ‘buah hati’ saya muncul juga.

‘tanpa banyak soal,saya terus berjumpa dengan kak nad.dan pada masa itu,kak nad juga khusyuk menonton cerita tersebut sambil memegang kamus perubatan dan pen di tangannya.saya pun mengambil kesempatan ini dengan menonton bersama-sama kak nad.

begitulah rentetan peristiwa bagaimana saya boleh jatuh hati dengan House MD ni..

bagi saya,sekadar menonton tanpa menghayati cerita ini tidak akan membawa apa-apa makna dalam kehidupan kita. setelah hipotesis dibuat,akhirnya saya mengambil kesempatan untuk menonton buat kali kedua kesemua episod dalam movie ini..dan apa yang saya mahukan akhirnya muncul..

saya tidak nafikan bahawa cerita ini banyak membantu saya dalam pelajaran.apa yang saya belajar banyak dikaitkan dalam cerita ini. namun,ada beberapa perkara yang ingin saya sentuh di sini berkenaan cerita ini..

1.aspek keagamaan

agama islam merupakan agama yang syumul dan benar “الاسلام دين الحق “. islam juga begitu mementingkan umatnya menuntut ilmu setinggi yang mungkin.. sabda Rasul “menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim”..dan telah berkata imam syafiie “ilmu itu ada dua ;ilmu agama dan ilmu perubatan”.di sini menunjukkan bahawa Islam memandang tinggi kepada ilmu. justeru,ilmu perubatan begitu tinggi nilainya di mata masyarakat..mana tidaknya kelahiran pakar-pakar perubatan islam seperti ibnu sina,az-zahrawi menjadi pencetus semangat kepada generasi muda yang mengambil bidang perubatan.

namun,apa yang saya ingin sentuh mengenai cerita ini ialah House MD merasakan dirinya Tuhan kerana dapat menyembuhkan semua pesakit dengan jayanya. hal ini jelas bertentangan dengan akidah islam yang mengatakan “tiada tuhan yang disembah melainkan Allah”..dan Allah sahaja yang berkuasa menghidupkan dan mematikan makhluknya ..

يد الله فوق ايديهم””sesungguhnya tangan (kuasa) Allah mengatasi mereka(makhlukNya)”..

selain itu,terdapat kemusyikaln dari segi hukum fiqah dalam cerita ini..saya tidak pasti apakah hukumya..cume saya berharap dapat berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian..

dalam episod ‘Autopsy”-season 2..saya terkilan dan hairan kerana autopsy mengikut kamus perubatan oxford – *post-mortem-dissection or examination of body after death in order to detrmine the cause of death or presence of diseases process*..(m/s 62) .tetapi sebaliknya yang ditonjolkan dalam episod tersebut..seingat saya episod ini menceritakan seorang kanak-kanak yang menghidap kanser yang tidak dikenal pasti puncanya,sering mengalami *seizure,internal bleeding dan sebagainya.akhirnya,Dr.House memutuskan untuk melakukan autopsy terhadap kanak-kanak itu dalam keadaan jantung masih berdegup.caranya,dengan mengeluarkan 3 liter darah dalam badan kanak-kanak itu untuk mengetahui di mana blood clot yang terkumpul dalam badan pesakit.dengan syarat,mereka melakukannya dengan pantas(dalam masa seminit,darah dipam keluar dan dimasukkan semula sehingga beliau menemui clotting tersebut). masalahnya,bolehkah dilakukan oleh pengamal perubatan Islam?apa hukumnya?kerana kaedah ini mengundang risiko terhadap nyawa pesakit.

2. aspek tatasusila

apa yang saya perhatikan dalam dalam cerita ini,kebanyakan doktor-doktor menggunakan bahasa yang kesat dan kasar terhadap pesakit terutama dr house sendiri sedangkan beliau begitu disegani.adakah kita sebagai pengamal perubatan Islam ingin bersikap sebegini?ingat,Islam ada prinsip tertentu..ihsan terhadap pesakit,jalinkan silaturahim dengan pesakit dan keluarga mereka..tanamkan sifat ukhuwwah dalam diri..jadikan hablun minallah dan hablu minannas sebagai kemudi kita agar kita terus disegani oleh masyarakat dan mendapatkan mardotillah..

nantikan penangan House MD siri 3

Single Post Navigation

3 thoughts on “penangan House MD (siri 2)

  1. dik…nice blog..akak akan follow up.so,dont be lazy to update ur blog..since u have start it,dont stop anymore..make ur site as the dakwah’s channel ok..miss u much!

  2. wow!HOUSE MD is so amazing!thanks Fatin.akak dah tonton 6 siri dan..akak rasa mcm nk jadi doktor!!!ha3🙂 mmg tak bosan kalu kita minat dengan sesuatu…kan?!
    satu lagi prinsip yg kita kena belajar dr drama ni adalah disiplin dlm bekerja like jgn ego bila pendapat kita ditolak dan jgn pula over confident.tapi decide something basic on ‘syura’ dan jgn lupa konsep doa & tawakal.moga fatin jadi doktor muslimah yg cemerlang utk ISLAM!
    …akak tertunggu2 ur next article utk ulas ttg drama ini.keep goin’ on dik….

  3. hanz85 on said:

    Tengoklah cerita Mr.Monk ( Investigate ). Konform tak mahu miss 1 episode!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: