..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Kehilangan dan Kepulangan..

alhamdulillah..setelah sekian lama saya tidak meng’update’ blog saya ini,akhirnya,Allah telah memberi kesempatan kepada saya untuk terus memperjuangkan kalam saya dan buah fikiran saya di laman maya ini.ramai tertanya-tanya,ke mana menghilangnya izzrawda..jangan risau..saya tetap di sini..terus utuh mempertahankan misi perjuangan dalam karier penulisan ini..

kehilangan dan kepulangan

cuma kehilangan saya selama beberapa minggu ini mengundang seribu kegusaran buat teman-teman seangkatan saya yang lain.”kenapa ni fatin,blog kau still dok takuk lama jer.bila nak update”.itulah kerapkali pertanyaan yang seringkali menjengah telinga saya.walaupun berdesing juga telinga saya dibuatnya,namun kritikan yang sebegini memberi ilham dan semangat kepada saya untuk terus bangkit dan terus mempertahankan kubu penulisan yang telah saya pertahankan semenjak di bangku persekolahan lagi. cuma kehilangan saya kali ini banyak mencuri perhatian daripada pelbagai pihak.kehilangan saya yang penuh tanda tanya.cukuplah persoalan ini terjawab hanya di minda saya sahaja dan natijahnya akan saya tafsirkan dan hamparkan maksud sebenar kehilangan saya selama ini kepada kalian semua suatu hari nanti.

sejak saya kembali ke ardul kinanah ini,jadual saya makin padat. aktiviti seharian saya semakin ‘pack’.hidup saya makin sibuk.terkadang saya terfikir mengapa saya jadi begini sedangkan saya tidak memegang apa-apa jawatan pun dalam persatuan..mungkin juga saya terlalu sibuk dalam mencari ilmu-ilmu di sini. mana tidaknya,setelah saya bercuti selama sebulan di malaysia,kini saya kembali ke mesir;mencari sebnayak mungkin mutiara ilmu di sini dalam masa sebulan lebih sebelum kuliah bermula.

di bawah ini saya sertakan antara aktiviti yang saya lakukan sejak saya kembali ke bumi mesir ini on 22 ogos baru-baru ini.

6.30 am – 9.00 am = kelas qiraat+ hafazan

9.00 am – 12.00pm = kelas tafakkuh

3.00 pm- 6.00 pm = pengajian kitab di masjid azhar

8.00 pm- 10.00 pm= kelas fiqh

11.00 pm- 12.00 pm= edit artikel

apa yang saya harapkan daripada sahabat-sahabat sekalian supaya sentiasa doakan supaya saya sentiasa istiqamah di dalam perjuangan saya untuk menuntut ilmu dan terus menyokong saya dalam bidang penulisan supaya pena saya sentiasa diasah untuk terus berbakti kepada masyarakat kelak dan Islam khususnya. kata-kata ini sering saya sematkan dalam diri saya “mata pena lebih tajam daripada mata pedang”..semoga dengan kepulangan saya di sini membawa seribu erti dalam mendalami pelbagai versi ilmu di ardul kinanah ini. pesan umi dan ayah selalu saya sematkan dalam diri. ilmu yang ada mesti dicari dan diamalkan. rehat ulama’ hanya di syurga…

mata pena lebih tajam daripada mata pedang

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: