..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Hati saya terpaku seketika melihatkan aksi seorang penebar roti canai yang sedang khusyuk menebar roti canai.orang ramai berasak-asak di kawasan sikah(syurga beli-belah di mansurah).para peniaga yang lain tidak kurang hebatnya mempromosikan barang-barang mereka kepada pelancong-pelancong asing khususnya.kelihatan beberapa orang mat saleh hanya mengangguk-angguk bisu apabila peniaga arab menerangkan sesuatu kepada mereka berkenaan barang yang mereka inginkan.entah mereka faham ataupun tidak apa yang mereka iyakan itu.setelah itu,proses akad(jual beli)berlaku.kelihatan seperti pelancong berkulit putih merah tersebut amat berpuas hati dengan barang yang mereka telah beli. saya masih lagi di sini.terpaku dan terpesona melihat keadaan yang berlaku di sekitar saya.pelbagai ragam manusia dapat saya lihat dan analisiskan dalam kehidupan saya.nampaknya perjalanan saya ke mansurah kali ini tidak sia-sia.saya telah mendapat beberapa input penting sepanjang pengembaraan saya ke mansurah beberapa minggu yang lalu.semuanya kerana seorang penebar roti canai.

roti canai atau fatirah dalam bahasa tempatan mesir merupakan makanan ruji penduduk di sini.saya juga tidak ketinggalan merasa sentuhan air tangan seorang pembuat roti canai yang tidak asing lagi di bumi mansurah ini.pagi itu,selepas pulang dari su’ sikah,saya terus menuju ke kedai fatirah untuk melihat sendiri dan merasa secara langsung fatirah yang dibuat oleh pak cik azar.sewaktu melangkah masuk ke dalam kedainya,hati saya terus berbicara. impresi pertama saya terhadap kedai ini ternyata amat bertentangan dengan firasat saya sebelum saya bertandang ke kedai ini. sungguh,saya amat teruja melihat kedainya yang amat bersih dan kemas.para pekerjanya juga amat mementingkan kebersihan.tersenyum saya sendirian.di satu sudut kanan kedai itu,kelihatan seorang pekerja yang dalam lingkungan 30 an sedang asyik menebar roti canai dengan cermat dan teliti.”itulah am azar”,jerit kawan saya separuh berbisik. nampaknya segala hipotesis saya sebelum ini tidak benar sama sekali.saya menganggap bahawa am azar seorang yang sudah berusia dan sudah masak dengan perangai pelanggannya. namun,tekaan saya meleset sama sekali.

jangan diukur kepandaian dan keistimewaan manusia daripada segi umur.semuanya Allah yang aturkan. Allah berkuasa memberi apa sahaja kepada hambaNya yang soleh dan bertaqwa. akhirnya,saya mengambil keputusan untuk duduk sahaja di restoran tersebut dan memesan sepinggan roti canai dan teh susu.mata saya terus terpaku melihat aksinya.lantas otak saya terus ligat berfikir mengenai sesuatu.

ya..sesuatu yang pasti dan amat sukar sekali diterjemah dengan perkataan. pernahkah sahabat semua berfikir bahawa am azar tadi amat memainkan peranan yang terbesar dalam menaikkan nama dan saham restoren di bawah kendalian ustaz mahmud(seorang pengurus restoren tersebut)?kerana semua mata pencarian anak syarikat yang bekerja di bawah ustaz mahmud bergantung kepada am azar?cuba sahabat fikirkan,kalau lah ditakdirkan suatu hari nanti am azar sakit dan usianya makin meningkat,kepada siapa lagi mahu kita bergantung sumber pendapatan terhadap restoren tersebut?.am azar merupakan tulang belakang yang bertindak sebagai pemaju dan pemacu terhadap kemajuan restorennya.namun harus diingat,tanpa kesepakatan yang kukuh antara lembaga ahli yang mengendalikan restoren tersebut,lambat laun,suatu hari nanti,restoren tersebut akan bungkam dengan mudahnya. semuanya memainkan peranan penting.daripada setinggi-tinggi darjat seorang pengurus hinggalah kepada penebar roti canai,semuanya sama. sepakat membawa berkat.

begitulah juga di dalam Islam. Islam terbina daripada asas yang lima. mengucap dua kalimah syahadah,solat 5 waktu,puasa di blan ramadhan,zakat dan mengerjakan haji bagi yang mampu.jika tiada kesepakatan dalam islam khususnya,umat islam pada hari ini tidak mampu bangkit menentang arus kezaliman kuffar laknatullah. islam terdiri daripada binaan yang kukuh.asas yang paling penting dan bertindak sebagi tapak pemula ialah solat 5 waktu sehari semalam “sesungguhnya solat itu tiang agama”.allah berfirman dalam surah al=baqarah, “sesungguhnya solat itu mencegah kefasadan dan kemungkaran”.kesepaduan antara umat islam di dalam mengerjakan solat ialah ketika mengerjakan solat secara berjemaah.allah mengangkat martabat orang yang melakukan solat secara berjemaah.lantas,malaikat terus mencatat pahala sebanyak 27 darjat.

sebenarnya,banyak lagi perkara yang boleh kita aplikasi dan asimilasikan dalam kehidupan kita seharian. kisah seorang penebar roti canai ini diharap dapat membuka minda sahabat sekalian. marilah sama-sama kita berganding bahu menegakkan syiar islam tanpa memikirkan soal darjat seseorang. semua manusia sama di sisi Allah rabb jalil.

“bersatu kita teguh,bercerai kita roboh”

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: