..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Medical student life..(part 1)

kata-kata Dr Syeriff tadi masih terngiang-ngiang di corong tympani saya..”you must study by your heart”.itulah ungkapan keramat beliau yang sering diulang-ulang ketika sesi kuliah bersamanya. Dr Syeriff,salah seorang professor yang pakar dalam bidang anatomy merupakan seorang doktor muslim yang amat disegani ramai.perwatakan dan pembawakan identiti yang bersahaja dan kelakar sering mengundang gelak tawa antara kami-pelajar perubatan tahun dua di universiti kaherah,mesir.

sedar tak sedar,umur saya telah menghampiri mencecah ke angka 20..angka keramat..perjalanan hidup saya bermula di mesir,sebagai seorang pelajar perubatan di bumi kinanah,bumi anbiya dan bumi yang mengandungi pelbagai jenis mutiara ilmu yang bernilai.

semua subjek yang saya pelajari untuk tahun 2 ini merangkumi subjek anatomi,physiology,histology,biochemistry dan psicology..setiap subjek ini mempunyai kaitan antara satu sama lain.saya perlu memantapkan minda dan jiwa saya untuk menguasai kesemua subjek ini.tidak rugi rasanya belajar ilmu perubatan malah manfaatnya lebih besar daripada itu. saya ingin memetik kata-kata imam ghazali yang mengatakan bahawa ilmu di dunia ini terbahagi kepada dua iaitu ilmu din dan perubatan.kalau kamu mampu,pelajari lah kedua-duanya..

ilmu perubatan seringkali dikaitan dengan human body..benar..allah menciptakan manusia dengan sebaik-baik ciptaan..

لقد خلقنالاننسان في احسن تقويم .sebenarnya,dengan mendalami ilmu perubatan,hati kita makin taqarrub kepada Allah. setiap kali menghadiri kuliah anatomi,saya akan mencongak-congak sendirian dan berfikir tentang hikmah Allah menciptakan sesuatu sel,tisu dan organ di tempat sepatutnya.ان الله على كل شيء قدير   .

perjalanan saya masih panjang. jika saya diberi dua jalan.satu jalan yang lurus tanpa duri-duri dan semak berlingkaran di atas jalan tersebut dan satu lagi jalan yang penuh dengan onak dan duri dan haiwan berbisa…tetapi yang pastinya akan menuju ke satu destinasi yang sama..sudah tentu saya akan memilih jalan yang lurus tanpa sebarang halangan ketika melaluinya..namun,harus diingat..pesan saya untuk sahabat sekalian,untuk menggapai kejayaan memang mudah tetapi untuk  merealisasikan matlamat menuju kejayaan memang sukar..dan setiap jalan menuju kejayaan pasti Allah akan uji dengan ujian-ujian kecil di dunia.orang yang banyak diberi ujian oleh Allah ialah orang yang sentiasa sabar dan hatinya sentiasa dilazimi dengan zikrullah aziz!

tuntasnya,ini bukan suatu retorik dan perumpamaan semata..namun,ia adalah hakikat yang mesti kita tempuhi.pengorbanan untuk mendaki puncak kejayaan memang sukar.banyak halangan yang terpaksa ditepis.imbas kembali sirah perjuangan rasulullah s.a.w..bagaimana rasul dihina,dimaki,dicerca dan diejek dengan kerasnya oleh musyrikin quraisyh..namun,berkat kesabaran baginda,akhirnya,daulah islamiah terbina..

ini merupakan suatu cabaran buat saya selaku pelajar perubatan yang belajar di bumi kelahiran nabi-nabi terdahulu.banyak lagi mutiara ilmu yang perlu saya selami..tiada apa yang saya harapkan hanya dengan azam yang kuat untuk merawat kembali hati-hati masyarakat sekembalinya saya ke malaysia 5 tahun akan datang..harapan untuk menjadi doktor muslimah dan ulama ummah terus tersemat di hati saya..

doakan kejayaan saya..

doakan keselamatan saya..

doakan kesejahteraan umat islam seluruhnya..

Allahu akbar!!

Single Post Navigation

14 thoughts on “Medical student life..(part 1)

  1. Noor Hidayah on said:

    Ana uhibbukifillah. Insya-Allah, kejayaanmu akan sahabatmu ini doakan. Berjuanglah demi agama dan ummat. Semoga berjaya dengan cita-citamu. Wassalam….

  2. semoga cita-cita kamu menjadi kenyataan… saudari, saya mahu melanjutkan pelajaran ke Universiti Kaherah di Mesir. tetapi saya ialah pelajar sendirian…. saya hendak tahu, bolekah seorang pelajar medic persendirian menuntut di Univ. Kaherah atau hanya pelajar tajaan JPA dan MARA sahaja boleh… (seperti di Iskandariyyah)

    lagi satu… adakah pelajar di Kaherah perlu mengahafal Al-Quran ???

    e-mel kan jawapan saudari ke anasrasid@yahoo.com
    saya harap saudari dapatkan jawapan untuk saya.
    tq

  3. salaam..sedikit sebanyak memberi peringatan kpd diri sendiri..

    “Only those who are patient shall receive their reward in full.without reckoning.”(Qur’an 39:10)

  4. kak jiha on said:

    Assalamualaikum..
    akak nk tanya kt awk..mcmmana nk apply blaja medic kt mesir? pastu berapa juzuk al-quran kene hafal?ke 1 al-quran? pastu nk tau gk bape thn blaja kt sana?akak tya utk adik akak, dia mcm berminat utk blaja medic kt mesir.. kalau ada ape2 hal yg berkaitan ttg blaja kt sana bgtau akak ye,ok..tq byk2.. kalau blh kita berhubung melalui emel.. ni emel akak najiha33@yahoo.com.. ok, selamat belajar..smg mendpt kjayaan yg cemerlang bkn shj di dunia tp jg di akhirat sana..

  5. tilmiz on said:

    Assalamualaikum ,
    Akak saya adlah pelajar lepsn spm thn 2007. Kini sya dalm delima kerna sya ingin melanjutkan pljaran di universiti timur tengah namun sya mempunyai masalah di mana sya tidak mempnyai asas di dalm bahsa Arab. Benar mutiara kata2 Imam Ghazali.. Perubatan adalah satu ilmu yg perlu dipelajari. Rasullulah juga adlh seorang pengamal perubatan yg berjaya. oleh itu sya bhasrat untuk mendlmi ilmu perubatan dismping mempljari ilmu agama.. Adakh kuliah di sana diajr dlm b.inggeris or b.arab? Dan perlukah kita menghafaz 30 juzuk AL-Quran.. Dan jika kalau ad adkh ader kelas tasmid tuk pelajar perubatan? Tolong yer adik .. Ni emel adik mya_0810@yhoo.com.my.

  6. saya ingin bertanya adakah pelajar perubatan di timur tengahh perlu mempunyai asas dalam bahasa arab terlebih dahulu. harap akak dpt memberikan penjelasan,ini emel saya
    aki_bluechip@yahoo.com.my

  7. safwan on said:

    a’kum. saya berusia 21 tahun. baru sahaja habis pengajian diploma pengurusan di UTM. dari kecil lagi, saya berminat untuk menjadi seorang perubatan islam. alhamdulilah, saya mempunyai pendidikan agama dan alhamdulilah saya juga mempunyai basic bahasa arab dan belajar tahfiz sebelum memasuki pengajian diploma.setelah habis diploma, saya banyak mengalami murung perasaan, ‘blur’, banyak bersendirian kerana saya memikirkan perkara ini iaitu adakah saya masih boleh dan layak belajar perubatan Islam. saya harap comment ini dapat dibalas kepada email saya arr__chak911@yahoo.com / safwan1987@gmail.com. saya mengharap…

  8. syafiqah on said:

    assalamualaikum,

    saya adalah pelajar lepasan spm 2008. Saya ingin melanjutkan pengajian saya di Mesir tetapi saya tidak mempunyai asas bahasa arab. Adakah pengajian di sana diajar dalam bahasa arab? ataupun bahasa inggeris?
    selain itu, adakah para pelajar perlu menghafaz al-quran walaupun belajar ilmu perubatan? Saya adalah pelajar persendirian, adakah saya berpeluang untuk menuntu di university Cairo seperti akak?? Saya harap comment ini dpt dibalas kpd email saya feka_nss@yahoo.com.

  9. syafiqah on said:

    maaf saya lepasan spm 2007…

  10. Nurul maslina on said:

    askm? saya nuril maslina minat nak blaja kat sana ada tak apa2 info utk blajar di sana dlm bidang perunbatan/

  11. alhmdulillah..ana bgitu mnt medic..mhu kgsi pglaman..btl ke mdic ni mcbr?

  12. smga cita2mu mjd knyataan.. ana mnt nk blaja dsna..bleh kgsi apa2 mklumat dr sna?ana mnat nk msuk universiti alexandria

  13. hamba Allah on said:

    assalamualaikum..
    saya pelajar lepasn spm 2008,
    saya telah mendapat tawaran temuduga untk melanjutkan pengajian perubatan di timur tengah bawah tajaan mara.. saya amat memerlukan nasihat dan panduan kakak, dlm memberi maklumat serba-sedikit mengenai perubatan di sana. spt berapa thn? brapa thn housmenship dilakukan? apa yg di mksdkan dgn internship?
    respond dari kakak amat diperlukan..
    email saya nemo_scorpio@yahoo.com.my
    harap kakak ada masa terluang untuk berkongsi sdkt pengetahuan dgn saya..

  14. mira on said:

    assalamualaikum…
    maaf,stelah digoogled,sya terjumpa blog saudari..
    pertanyaan saya sama seperti rkn2 diatas..
    saya adalah lepasan spm 2009
    alhamdulillah sy mempunyai basic bahasa arab,namun..
    adakah bidang perubatan ini terlalu mencabar???
    dan bagaimana pula situasi pabila jauh di rantauan???
    harap saudari bole memberi pandangan dan nasihat di e-mail saya..mo_201220@yahoo.com
    tq.wasalam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: