..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Medical Student’s Life (part 2)

salam pembuka bicara buat teman-teman semua.alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang oleh rabb al-jalil untuk menghirup udara segar ciptaan rabbul aziz dan masih lagi boleh melakukan aktiviti seharian yang boleh meningkatkan kadar metabolisma kita untuk terus istiqamah dan iltizam dalam melakukan ibadah sepanjang bulan ramadan yang mulia ini.

apa yang ingin dikongsi bersama sahabat sekalian di sini ya?pagi tadi,saya telah menghadiri kuliah psicology atau dalam bahasa melayu-ilmu berkaitan jiwa dan spiritual,dalam erti kata lain lebih kepada ilmu pengenalan dan pemahaman karakter seseorang individu baik yang waras mahupun tidak waras..kali ini kuliah kami digabungkan dengan pelajar perubatan lelaki..saya cepat-cepat memilih untuk duduk di bangku hadapan sekali bersebelahan dengan kawan karib saya,dr syafiqah dan dr azlin,betul-betul bertentangan dengan meja utama pensyarah saya.alhamdulillah..inilah peluang yang saya nantikan..untuk menuntut ilmu,perbezaan antara jantina bukanlah penghalang utama..bagi saya siapa cepat dia yang dapat..namun masih ada lagi di antara kita yang begitu memencilkan skop penguasaan ilmu ini..bagi sahabat lelaki,ada yang menggunakan dalil “ar-rijalu qawwamuuna a’la nisa” sebagai alasan untuk mereka terus berada di barisan hadapan setiap kali kuliah berlansung..saya tidak salahkan mana-mana pihak..tetapi saya ingin betulkan balik persepsi yang bermain di minda sahabat sekalian..allah suka akan hambanya yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menuntut ilmu..dan setiap kali kuliah ilmu bermula,tujuh puluh ribu malaikat akan membentangkan sayap mereka kepada orang yang menuntut ilmu dan mereka bersama-sama bersama dengan orang yang menuntut ilmu di dalam majlis ilmu…alhamdulillah..alangkah beruntungnya kita..

lima minit kemudian,pensyarah kami tiba. langkahnya diatur kemas sewaktu berjalan menuju ke meja utama.suasana dewan beransur-ansur tenang..kemudian sepi..diam seribu bahasa…semuanya terpegun tatkala Prof Dr Emad Hamdi memulakan kalam bicaranya yang pertama..semuanya terpukau..termasuk saya sendiri yang duduk betul-betul bertentangan dengan beliau..beliau seorang yang tenang,memiliki ciri-ciri muslim doktor yang disegani,hebat dan lancar penggunaan bahasa inggerisnya,persis doktor lulusan dari london ataupun ireland..itulah keistimewaan para doktor yang bertaraf professor di Mesir..kehebatan ilmu yang dimiliki memang tidak boleh ditandingi oleh mana-mana pihak pun,hatta graduan lulusan oxford mahupun harvard..

lima minit sesi taaruf berlalu bagaikan lima saat terasa..beliau dengan tenang memulakan kelas dengan menghidangkan kepada kami silibus utama dalam subjekyang bakal kami kuasai nanti iaitu psicology…sesungguhnya subjek ini amat penting sekali..walaupun buat masa sekarang,kita tidak nampak lagi walau sekelumit pun kepentingannya,namun i.allah apabila bergelar seorang doktor nanti,subjek inilah yang akan menjadi teras pandu buat kita..bakal doktor sekalian..

apa yang saya tertarik dengan kata-kata beliau ialah mengenai bab doctor-patient relationship..beliau menegaskan bahawa pesakit ibarat permata bagi seorang doktor..apabila seorang pesakit datang berjumpa doktor,mengadu tentang simptom kesakitan yang dihadapinya,janganlah pula kita terus menganalisa dan mengdiagnos penyakit yang dihadapi tanpa mengambil kira faktor social yang lain..seolah-olah kita menganggap mereka sebagai boneka..sebaliknya anggaplah pesakit tersebut sebagai rakan kita..mulakan dengan senyuman,sentiasa menasihati pesakit dengan nasihat yang baik..ingatlah mereka juga saudara kita..bina ukhuwwah bersama mereka..firman Allah: “sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara”..

pada kaca mata Dr Emad,tergambar seribu keikhlasan..timbul rasa insaf di hati saya tadi..rasa semangat pun ada..semoga saya terus bersemangat dalam berjihad menuntut ilmu perubatan yang diwarisi dari Rasulullah s.a.w sejak “TIbb Nabawi” diperkenalkan..

di bawah saya sertakan silibus topik yang perlu saya kuasai dalam subjek psikologi ini.harus diingat,kalau saya tidak cemerlang dalam paper psikologi ini,saya tidak boleh memasuki clinical year nanti..nauzubillah..

1.  Ethical medical practise

2.Doctor patient relationship

3.ilness behaviour

4. behavioral aspects of biological functions

5. principles of mental function

6.individual different in behaviour

7.development throughout the life cycle

 sumber rujukan lain mengenai subjek psikologi selain buku teks yang dibekalkan oleh pihak universiti,sahabat boleh melawati laman web General Medical Council UK

 lepas-kuliah.jpg

The duties of a doctor registered with the General Medical Council

Patients must be able to trust doctors with their lives and health. To justify that trust you must show respect for human life and you must:

  • Make the care of your patient your first concern
  • Protect and promote the health of patients and the public
  • Provide a good standard of practice and care
    • Keep your professional knowledge and skills up to date
    • Recognise and work within the limits of your competence
    • Work with colleagues in the ways that best serve patients’ interests
  • Treat patients as individuals and respect their dignity
    • Treat patients politely and considerately
    • Respect patients’ right to confidentiality
  • Work in partnership with patients
    • Listen to patients and respond to their concerns and preferences
    • Give patients the information they want or need in a way they can understand
    • Respect patients’ right to reach decisions with you about their treatment and care
    • Support patients in caring for themselves to improve and maintain their health
  • Be honest and open and act with integrity
    • Act without delay if you have good reason to believe that you or a colleague may be putting patients at risk
    • Never discriminate unfairly against patients or colleagues
    • Never abuse your patients’ trust in you or the public’s trust in the profession.

Single Post Navigation

2 thoughts on “Medical Student’s Life (part 2)

  1. TERUSKAN PERJUANGAN PENULISAN FATIN!!

  2. baguh3..sy yg duk asyik mengelamun dalam klas psyco ni rase nak nangis bile izzrawda terangkn sejibik sejibik ape yg dr tu ajo..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: