..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

syawal 3

ubat yang dibekalkan semalam masih tidak cukup untuk melawan antigen yang masuk ke dalam badan saya.badan saya masih lagi panas,batuk saya semakin menjadi-jadi dan selsema saya masih tidak hilang.saya masih lagi enak dibuai mimpi.bungkam dengan seribu persolan tersarat di lubuk hati.hasrat untuk menemani kak mai menziarahi rumah kak na(senior dirasat) di hayyu sabie terpaksa saya tolak.semuanya gara-gara open house semalam.namun saya masih gagahkan jemari saya untuk menaip dan menjengah blog saya ini.saya telah menghabiskan 5 biji panadol dan 3 biji ubat selsema.namun,demam saya semakn menjadi-jadi.kak mai telah mangajak saya untuk ke hospital,namun saya degil.kak mai juga telah mempelawa dirinya untuk memberi suntikan ubat demam,namun saya menolak.alasan saya,saya sudah besar,tak mau disuntuk-suntik lagi.hehe.

image085.jpg
petang ini,kami sudah berpakat untuk menyambut ulang tahun ke 19 saya di atas boat menelusuri sepanjang sungai nil.kami telah merancang awal-awal lagi.namun melihatkan keadaan saya begini,hampir sahaja perancangan ini dibatalkan.namun saya tetap berkeras ingin menyertainya.tepat jam 2 petang,saya mendapat mesej daripada kak mai supaya memberitahu alia supaya ke tahrir untuk menemaninya membeli kek di sana.saya terus memberitahu alia.nampaknya demam saya makin teruk.saya terus menelan 2 biji panadol lagi.dan saya terus terlena..tidak lama kemudian,saya tersedar apabila kak mai mengejutkan saya dari tidur.namun,kepala saya masih lagi pening.hampir saja saya mahu membatalkan hasrat saya untuk mengikuti mereka,namun saya berasa tidak sampai hati membiarkan alia,kak mai dan kawan-kawan yang lain menaymbut ulang tahun saya tanpa kehadiran saya.saya gagahi jua langkah saya.

image088.jpg

kami menempah bot berharga 70 pound mesir.perjalanan kami menelusuri sungai nil selama 45 minit sahaja.waktu ini sudah senja.kami menaiki bot tersebut tepat jam 5 petang.perjalanan diberkati dengan bacaan doa oleh kak mai sendiri.enjin bot berlagu riang,sederas angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.selepas itu,kami memulakan acara dengan nyanyian lagu ulangtahun.suasana sebak.saya terharu sebenanrya.tiada lafaz yang mampu terbit dari mulut saya.saya melihat wajah-wajah jernih sahabat saya-kak mai,alia(hepi besday to u too),ida,ina,kak fiza,kak kd,lin,qiqi n kak az.terima kasih atas sokongan anda semua.terima kasih kerana berusaha membuat ‘birthday party’ untuk saya dan alia.semoga Allah mampu membalas jasa kalian.

antara perkara menarik yang saya tak boleh lupa ialah apabila tiba sesi bergambar.amboi!bergambar sakan nampaknya.dengan berlatarkan jambatan yang menghubungkan kasr el-ainy dan manial(satu kawasan yang mewah di mesir) dan sunset..aduh,romantik bangat waktu itu.tapi bukan itu yang saya nak fokuskan di sini..apa yang paling penting ialah ukhuwwah..selalu saya tekankan apabila saya sempat berdiskusi dengan akak-akak dirasat mahupun kawan-kawan saya sendiri ialah kepentingan ukhuwwah..ukhuwwah terbina dengan satu aqidah..alhamdulillah..semoga ukhuwwah antara kami utuh selamanya..kita harus ingat,bila-bila masa sahaja Allah akan tarik balik nikmat ukhuwwah tersebut..manisnya bila berukhuwwah!!

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: