..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Final DestiNatioN

*artikel ini dimuatkan dalam risalah tibbiyans edisi pertama PERUBATAN

Kompas kehidupan-ke mana arah kita?

“Seorang pengembara dari Australia telah memulakan misi pengembaraannya di lubuk Arizona sedari sedekad yang lepas dan telah menemui satu rahsia yang maha agung yang tak terungkap dengan seribu bicara-rahsia membuat pilihan.”terang si umi dengan panjang lebar.sesekali nafasnya turun naik mengikut nada suaranya yang lantang.Berpasang-pasang mata si anak terkebil-kebil memandang umi yang tidak pernah lekang dari bibirnya sebuah senyuman. “ya!rahsia pilihan!.bagaimana pengembara tadi meneruskan hidup di bumi fatamorgana yang penuh ancaman karnivor yang sentiasa mengintai mangsanya..semuanya bergantung kepada pilihan.” Anak-anak kecil mengangguk-angguk lemah. “begitulah kita sebagai manusia di muka bumi ini diberikan akal oleh allah untuk membuat pertimbangan pilihan yang betul,sama ada pilihan yang baik atau buruk.semuanya terpulang kepada kita.Inilah lumrah perjalanan hidup.satu kitaran biologi yang amazing .Seterusnya anak kecil itu bertanya,dalam nada ingin tahu “after that,what happen to that explorer ? Umi tersenyum bangga mendengar kepetahan anak kecil itu melontarkan solan dalam bahasa Inggeris,bahasa sejagat. “owh,the end of the story,pengembara tadi berjaya melakukan pengembaraannya kerana berjaya membuat pilihan yang terbaik dalam hidupnya.setiap onak duri dirintangi,setiap cabaran diharungi dengan tabah dan sabar di samping ubudiyyah kepada Rabbu Jalil.begitulah kita,apabila setiap kali membuat pilihan,jangan lupa menghubungi talian tetap kita iaitu Allah,kerana Dia Maha Mengetahui segalanya sama ada lahiriah atau batiniah.Ingat anak-anak umi perlu mencontohi sikap pengembara ini walaupun hakikatnya sukar untuk kita asimilasikan secara keseluruhan dalam kehidupan kita,namun sebagai hamba Allah yang hina,kita perlu sedaya upaya membuat sesuatu pilihan dengan tepat dengan syarat sentiasa mengikat hati kita dengan Allah.Pilihan bukan terletak di tangan kita tetapi pada kuasa Allah.”.Mata anak-anak kecil itu berkaca sebaik mendengarkan nasihat umi.Subhanallah!

Jadi bagaimana pula dengan kita?sudahkah kita membuat pilihan dengan tepat?tepuk dada Tanya iman. dalam sebuah situasi di mana anda di berikan dua jalan yang terbentang luas di hadapan anda.satu jalan lurus yang tiada apa-apa pun halangan di hadapannya,dalam erti kata mudah,perjalanan anda menuju ke final destination amat mudah.jalan kedua berbengkang-bengkok dengan semak samun,onak duri yang tumbuh melata di atas jalan tersebut.pada pandangan anda,jalan yang manakah yang akan harungi?jalan pertama atau kedua?di sinilah kemahiran membuat pilihan anda teruji.di sinilah anda harus bijak membuat perbandingan. Mulakan pemilihan anda dengan begin with the end in mind.apa itu? Menurut Steven Covey dalam bukunya, 7 habits of highly effective people,prinsip begin with the end in mind perlu ada dalam diri seseorang untuk membuat pilihan yang tepat,berkesan dan betul tanpa menyesal di kemudian hari.menurutnya,untuk membuat sesuatu pilihan,kita perlu memikirkan perkara yang akan berlaku dalam hidup kita dan bukannay perkara yang sedang berlaku pada masa sekarang.berbalik pada kisah kita tadi, di antara dua jalan tersebut,kita perlu mengetahui dan memikirkan apakah perkara yang akan kita lakukan apabila sampai di destinasi kita kelak.dengan itu,kita akan berfikir secara tidak lansung apa yang kita ingin kita lakukan in order to be on that destination.Begitu juga dengan kita sebagai medical student,mulai sekarang,anda perlu tahu apakah perkara yang akan anda capai dalam masa 5 tahun dari sekarang?3 tahun dari sekarang dan 2 tahun dari sekarang. Bina pyramid kejayaan dan bentukkan satu carta kehidupan yang akan anda lalui sepanjang bergelar pelajar perubatan,semasa bergelar doctor dan semasa bergelar mukmin muslim.wawasan hidup sebagai pelajar perubatan perlu ada untuk menjadi doctor yang cemerlang suatu hari nanti. Seterunya,mintalah pertolongan dengan Allah dan sentiasa dekatkan diri padaNya.
Firman Allah : Tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah kepadaku.”

Anda telah merancang apa yang perlu anda lakukan apabila telah sampai ke destinasi yang ditujuanda ingin membina sebuah hospital?anda ingin membuka sekolah anak-anak kurang upaya?hatta anda ingin membuka pusat nuclear untuk melancarkan serangan ke atas USA suautu hari nanti?semuanya di atas pilihan anda
namun di sini,apakah persiapan yang perlu anda lakukan untuk mencapai apa yang anda inginkan?di silah pentingnya sikap proaktif dan bijak menyusun strategi dalam kamus hidup anda.Dalam peristiwa hijrah dari mekah ke madinah,Rasulullah s.a.w bijak menyusun strategi dalam peristiwa hijrah ini.akhirnya ,madinah dapat dibuka dan menjadi pusat pemerintahan Islam ketika itu.Rasulullah s.a.w merupakan motivator yang terbaik buat kita.segala apa yang berlaku pada masa sekarang semuanya telah ditonjolkan oleh sifat keperibadian rasul sendiri dalam mengharungi pahit getir untuk menyampaikan risalah dakwah buat generasi ke generasi seterusnya. Malah saat kematian menjemput baginda,mulut Rasulullah tak pernah lekang daripada menyebut “ummati,ummati,ummati..”.
oleh itu,untuk menuju destinasi kejayaan,penyusunan stategi yang mantap berorientasikan elemen-elmen Islam perlu digarap dan direncanakan dengan berkesan oleh setiap individu.justeru,perumpamaan dua jalan di atas bukanlah sesuatu yang sukar untuk dipilih kerana kuasa memilih terletak di tangan anda.sesiapa yang inginkan adventure dan pengalaman yang bernilai dalam hidupnya,maka pilihlah jalan yang kedua. Kerana mukmin yang kuat disayangi oleh Allah. Maka sesiapa jua yang memilih jalan pertama,teruskan perjalanan anda tetapi awas,anda perlu bijak menyusun strategi dan kaedah yang berkesan agar tidak mudah leka dan alpa sewaktu menelusuri jalan ini.semunya bergantung kepada anda.tekan butang kawalan di dada anda iaitu iman dan bersedia bertindak mengikut arahan!

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: