..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

realiti kehidupan

salam pembuka bicara buat sahabat seperjuangan sekalian..

sudah lama saya tidak menjenguk blog saya ini..inspirasi humaira seakan-akan kosong,bungkam,tiada serinya lagi dengan tarian rancak abjad-abjad yang tersusun membentuk kata yang mampu mengundang 1001 persepsi seseorang terhadap gaya persembahan hasil penulisan saya.sering saya katakan berkali-kali,saya menulis bukan untuk meraih pengaruh daripada sesiapa,jauh sekali ingin menjaja nama sendiri..sebaliknya,saya menulis untuk ummah,untuk ISLAM..hasilnya inilah yang saya perolehi..

PERSOALAN

‘kak atin,bila nak update blog?”,tanya seorang junior saya sewaktu bertemu dengannya di sebuah taman fakulti perubatan cairo university.saya tersenyum sendirian.persoalan junior ini membuatkan saya berfikir sejenak.mengapa saya harus mengupdate blog saya?dan persoalan junior saya tadi membawa saya kepada sebuah jawapan yang pasti..dan pastinya jawapan saya ini tidak mengundang kepada persepsi negatif sahabat sekalian terhadap saya..ya!ternyata junior tadi dahagakan ilmu berorientasikan penulisan..dan saya yakin,penulisan merupakan satu metode dakwah yang berkesan kepada masyarakat hari ini..hukama menyatakan “mata pena lebih tajam daripada mata pedang”..dan melalui kata-kata inilah,saya bangkit kembali untuk meneruskan perjuangan dalam bidang penulisa,satu bidang yang saya ceburi sejak kecil lagi..

DEMI MASA

Namun saya akur pada kitaran masa yang banyak memaksa saya untuk terus berada di meja studi ditemani kitab-kitab perubatan yang semakin bertimbun dari sehari ke sehari..memaksa saya untuk terus belajar,merencana maklumat,mencatit nota,mendengar rakaman pensyarah,menjawab soalan dan menganalisa silibus subjek di meja studi berjam-jam lamanya..namun,saya tahu,tiada gunanya saya menjadikan semua ini sebagai alasan kepada saya untuk terus tidak aktif bergiat dalam bidang penulisan..saya perlu memikirkan cara terbaik bagi menghiasi aktiviti kehidupan seharian saya dengan menulis..tapi saya sudah kehilangan idea mencari waktu-waktu senggang yang saya boleh isi dengan penghasilan karya ciptaan saya sendiri..24 jam dalam sehari seolah-olah 4 jam sahaja yang berlalu..saya harap sahabat semua boleh memberikan idea kepada saya untuk menyelesaikan masalah saya ini..

kiamat.jpg

hari berganti hari,keadaan saya tidak berubah..selesai kuliah sekitar pukul 4 petang,saya pulang ke rumah,rehat sebentar dan terus menanti untuk solat maghrib berjemaah bersama teman serumah.selepas solat,saya meneruskan khidmat sebagai seorang hamba terhadapNya sehinggalah masuk waktu isyak sekitar 6.30 petang.usai solat,saya terus menjengah meja studi.waktu setia berputar mengikut hukum alam..kitab neuroanatomy diselak.lantas proses penghadaman ilmu bermula.2 jam saya berada dalam dunia neuroanatomy.seterusnya saya menjengah ke alam physiology..segala jenis hormone disimpan kemas dalam otak saya dan 2 jam berlalu,kitab physiology ditutup buat sementara bagi memberi laluan kepada kitab biochemistry..pada tahap ini,mata saya sudah layu dan daya konsentrasi saya semakin ampuh..namun saya gagahi jua untuk menghabiskan bacaan saya pada malam tersebut..alhamdulillah,nampaknya ‘operation’ saya tamat pada jam 1 pagi..

usai studi,saya membuat analisa ringkas terhadap apa yang saya studi pada malam itu..saya cuba kaitkan dengan Islam..kitab fiqh diselak bagi mencari hukum yang berkaitan tentang apa yang saya belajar tadi..seterusnya kitab tafsir munir dibuka bagi mencari ayat Quran yang related dengan subjek yang saya kaji tadi..namun,segala-galanya berlaku dengan pantas..3 jam lagi,azan subuh bakal menjengah..mata saya layu dan kuyu..namun saya gagahi jua untuk meyelak halam kitab-kitab agama yang ada hubungkaitnya dengan kitab perubatan yang saya belajar..malam semakin larut..suasana sunyi sepi..saya bertanya kepada diri..adakah keadaan ini akan berlanjutan??namun,sekurang-kurangnya saya masih boleh mengucap syukur kepada Allah kerana nikmat rehat masih ada pada saya..walaupun waktu tidur saya hanya 3 jam/4 jam sahaja,namun ia cukup berbaloi kepada saya untuk terus menikmati nikmat anugerah lautan ilmu Allah s.w.t..

dengan hanya satu malam sahaja,saya dapat mengetahui kekuasaan Allah dalam penciptaan manusia..dengan hanya satu malam sahaja saya dapat mengetahui proses unik blood circulation dalam badan manusia..dengan hanya satu malam sahaja saya dapat menghayati penciptaan sel-sel dan fungsinya dalam badan manusia..semuanya terkandung dalam Kitab Allah..Subhanallah..kita belajar bukan untuk exam semata-mata..tetapi untuk menguasai ilmu Allah..semakin banyak kita berkorban masa,tenaga,wang untuk Islam,semakin dekat kita dengan Allah dan semakin kerdil kita di sisiNya..Ya Rabb!!

di bawah merupakan rutin studi harian saya..i.allah,semoga saya istiqamah dengan jadual ini dan menjadikan saya seorang pencinta ilmu yang sentiasa dahagakan ilmu,dan berusaha untuk mengamalkannya dan berusaha untukmeyampaikan kepada orang lain..

7pm-9pm : anatomy,neuroanatomy

9pm-11pm: physiology

11pm-1am:biochem/histology

1am – 2am: perencanaan ilmu dan kajian ilmu perubatan berdasarkan kitab fiqh dan tafsir

PERMINTAAN

saya menoleh ke sudut meja belajar saya.ada sebuah buku kecil bewarna biru dengan hiasan bunga mawar di atasnya.saya membelek helaian satu persatu..halaman things to do dibuka..tercatat di situ..”artikel risalah tibbiyans ,13/12/07-siap,artikel risalah kesihatan-next sunday-siap,artikel the zikr perubatan-this week-siap,smart circle junior,15/12/07“…saya termenung sejenak..semuanya ini saya mesti completekan selewat-lewatnya minggu ini..bahan untuk artikel saya belum siapkan lagi,smart circle untuk adik-adik belum sayafikirkan modulnya lagi..aduh!!saya jadi bingung!!

akhirnya,segala kudrat saya yang lemah ini,saya hamburkan kegelisahan hati saya pada Al-Khaliq malam itu juga..

“ya Allah,damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu..”

“ya Allah,berikanlah kelapangan masa kepadaku”

“ya Allah,berikan kekuatan kepadaku untuk bersama jalan dakwahMu”

“ya Allah,tetapkan hatiku bersama hatiMu”

MASA HADAPAN

kadang-kadang kehidupan saya pada hari ini boleh mempengaruhi kehidupan saya pada masa akan datang..saya teringat kata-kata umi sewaktu pulang bercuti ke Malaysia beberapa bulan yang lalu”umi tengok atin ini sentiasa sibuk,umi risau bila atin dah jadi doktor nanti,atin jadi makin sibuk..umi risau atin tak boleh balance antara kerja,rumahtangga,dan untuk Islam..umi harap atin boleh manage masa elok-elok nanti”..saya termenung sekali lagi.memang benar kata-kata umi itu.sewaktu pulang ke malaysia baru-baru ini,saya banyak menghabiskan masa di Maahad Muhammadi,sekolah lama saya yang banyak menyimpan 1001 nostalgia buat saya..di Maahad,saya telah dimanahkan oleh Cikgu Razali untuk menyampaikan motivasi buat adik-adik tingkatan 3,4 dan 5..saya juga banyak mengikuti program yang dianjurkan oleh pelbagai agensi menyebabkan masa saya untuk bersama dengan umi,ayah dan adik-adik terbatas..tambahan pula,umi dan ayah terlalu sibuk dengan kerja masing-masing..sekali fikir,saya dah terbiasa dengan ‘busy life’ style ini..tak hairanlah jika di Mesir pun,kebanyakan teman-teman saya sudah cukup arif dengan rutin harian saya yang kadang-kadang amat ‘berbeza’ sedikit dengan orang lain..semoga Allah tabahkan hati saya untuk meneruskan gerak kerja di medan dakwah ini..

dan selanjutnya,saya berharap kepada sahabat sekalian supaya mendoakan saya agar terus tabah dan istiqamah dalam perjuangan dakwah ini..

“dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat”(al-baqarah:44)

(artikel ini ditulis bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjyk dan berbangga dengan apa yang saya ada dan perolehi,tapi sekadar ingin berkongsi rasa dengan sahabat sekalian..semoga allah thabatkan hati saya dalam perjuangan ini..)

Single Post Navigation

2 thoughts on “realiti kehidupan

  1. saya nak tanya macam maner ek study life for medical student di mesir?

  2. salam..fatin..nie atiqah….sma class ngan awk waktu 1 exp 2,2 exp 1 n 3-1.ingat lg x?lepas maahad sy p sbpik same ngan naziha n adleen…ingat x?
    sebenarnye sy tertarik ngan awk punye life…biar la bz pon…but meaningful…bley share ape tips nye/??bg la kat email sy
    tq2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: