..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

apabila emcee ‘ada’ hal..

salam aidiladha..

tiada apa sebenarnya yang ingin dicoretkan di sini,cuma ada satu cerita yang saya ingin kongsi bersama sahabat-sahabat semua.

pagi ini,saya telah ditaklifkan untuk menjadi emcee(master of ceremony)sebuah program introduksi anjuran PERUBATAN.program ini khusus untuk adik-adik medic tahun 1 seluruh kaherah-universiti kaherah,un ain shams dan un al-azhar as-syariff ..so,pagi-pagi lagi,saya dan teman serumah,hayati telah bersiap seawal mungkin untuk ke dewan Malaysia di Abbasiah kerana program akan bermula tepat jam 7.45 pagi…

memandangkan masa semakin suntuk,saya mengambil keputusan untuk menaiki teksi bersama 2 orang lagi kawan saya ,kak azmani dan amalina.teksi memecut laju membelah kedinginan pagi yang menusuk tulang hitam kami berempat.suasana sepi.masing-masing melayan perasaan sambil mendengar alunan ayat suci al-quran surah an-naml yang dipasang oleh amm teksi..

alhamdulillah,kami tiba di ARMA tepat jam 7.20am.suasana amat dingin waktu itu.maklumlah sekarang sudah masuk musim sejuk.saya segera bergegas ke dewan utama.kelihatan adik-adik akhawat sedang beratur di meja pendaftaran dengan wajah yang saya sendiri sukar untuk tafsirkan.mungkin program ini bermula seawal pagi di musim sejuk dan saya difahamkan mereka bertolak dari fustat ke abbasiah pada jam 6.45am..kelibat saratoga(selimut tebal) hilang dipadam bunyi hon pak cik bas yang setia membawa mereka dari fustat ke ARMA.agaknya,bas itu sudah ditempah oleh ajk pengangkutan barangkali..

jam menunujukkan 7.45am.namun,kelibat peserta program introduksi masih tidak kelihatan.dewan masih lagi kosong. kebanyakan yang memenuhi dewan hanyalah adik-adik medic akhawat..syabas akak ucapkan buat adik-adik.(artikel ini tiada diskriminasi antara dua pihak lelaki dan perempuan).tepat jam 8.00pagi,majlis dimulakan dengn bacaan al-quran oleh adik mohd najib mustafa,junior tahun 1.majlis bertukar tangan kepada sesi ucapan oleh tuan pengarah program seterusnya ucapan perasmian oleh timbalan presiden 1 perubatan.seterusnya,saya mengendalikan slot 1-ceramah bertajuk ‘konsep syahadah dalam islam’.

5 minit berlalu.majlis terasa hangat dengan lontaran idea pengucapan yang bernas oleh ustaz.

10 minit berlalu..

20 minit berlalu.

segalanya berlalu dengan lancar…namun,di 15 minit terakhir,saya dapat rasakan kelainan pada kepala,perut dan saluran esofagus saya.saya berasa loya dan pening-pening.ingin saja saya muntahkan segala isi perut saya waktu itu..

saya terus menelefon naimah,kawan karib saya dan memberitahu keadaan saya pada masa itu..

“naimah,ana rasa pening ni,nak muntah”,kata saya dengan nada sebak,menahan kesakitan yang ditanggung waktu itu.

“la..enti tak sihat ke?ok2,enti keluar dulu ye,cepat sket tau”..jawab naimah,cemas agaknya..

saya terus keluar,meninggalkan dewan yang makin gamat dengan celoteh bersahaja ustaz.

saya ke bilik kak fitri dan terus merebahkan badan di sana .

jam menunjukkan 9.40am,saya terus bergegas turun ke dewan utama.walaupun sakit yang masih berbaki,namun saya gagahi jua langkah saya untuk turun ke dewan bersama segunung harapan yang masih berbekas di jiwa saya ketika itu.harapan untuk mengendalikan majlis semula..i dont want to spoil this ceremony!!
sebaik sahaja melangkah kaki ke dewan,rakan saya terus mendapatkan saya.ketika itu,saya masih lagi pening.akhirnya,saya memberitahu ajk yang bertugas supaya menyediakan pengganti untuk saya.mujurlah,ada seorang ikhwah yang juga merupakan rakan saya dapat menggantikan tempat saya dan memang tidak dinafikan dia seorang yang berpengalaman dalam bidang pengacaraan..

alhamdulillah..majlis selesai dan ditangguh untk slot kedua.akhirnya program pada hari ini tamat pada jam 4petang.

‘bila emcee ada hal’..saya termenung sendirian,malam ini dihadapan laptop yang setia menemani..

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: