..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

SaCriFice…

*artikel ini akan dimuatkan ke dalam risalah tibbiyans edisi khas-aidiladha*

Ruangan kali ini membuatkan minda saya buntu seketika.pena masih lagi digenggaman jemari saya namun minda saya kosong.bungkam.sunyi seribu bahasa.tiada permulaan dan tiada pengakhiran.tajuk yang diberi pada saya kali ini bukanlah sesuatu yang mudah malah ia bukanlah menjadi sesuatu yang mustahil untuk saya laksanakan.sekali lagi saya buntu.pada planner saya tertulis-“ tibbiyans,13/12/2007-siap: tajuk:korban”

Iya!korban..melihat kepada situasi ini,sebenarnya menulis pun memerlukan pengorbanan yang tinggi oleh si penulis kerana ingin menghasilkan karya yang menarik dan dinamik,penulis perlu berkorban masa,tenaga dan wang untuk menjana idea penulisan yang mampu mencorakkan minda masyarakat sejagat.namun,kali ini skop saya tidaklah berputar pada pengorbanan yang melibatkan ahli sastera,pakar bahasa dan seangkatan dengannya,namun istilah korban itu sendiri membawa maksud yang pelbagai dari segala aspek.aspek agama dan spiritual,morality dan peradaban manusia,kesihatan,politik,insaniah dan sebagainya-semuanya ada kaitan dengan pengorbanan.

Diskusi saya berkaitan dengan korban akan membawa pembaca sekalian kepada aspek horizon yang meluas,bukan hanya static kepada 2 dimensi sahaja tetapi dinamik kepada 3 dimensi pemikiran-Agama,falsafah dan kehidupan.semua dimensi ini jika digabungkan selari dengan asas-asas kehidupan akan memberikan impak positif terhadap gaya hidup masyarakat.

Sempena dengan aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi,marilah sama-sama kita mengambil sedikit sebanyak iktibar dan pengajaran daripada kisah korban itu sendiri.ketika kita melaksanakan ibadah korban ,nun di sana,di sebuah kota suci Makkah Almukarramah,berjuta saudara Muslim yang lain berkorban tenaga,wang ringgit dan masa mereka semta-mata ingin mengadap Allah yang satu dan melaksanakan rukun kelima dalam rukun Islam.telah menjadi rutin saban tahun,setiap kalinya tiba aidiladha,ramai saudara muslim akan turun ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan menyempurnakan rukun islam yang kelima itu. Walaupun mereka berlainan warna kulit dan rupa, berbeza darjat dan keturunan, serta berbeza dari segi latar sosioekonomi. Namun demikian, mereka datang dengan satu matlamat iaitu beribadah kepada Allah s.w.t dengan membesar dan mengagungkan-Nya.

Para jemaah haji yang kini berada di Tanah Suci memakai ihram melambangkan keseragaman dan kesamaan, mereka membenamkan segala sifat takbur dan taksub demi menjadi umat yang satu. Di sinilah, semangat kesamaan dan persaudaraan sesama manusia ditunjukkan dan dihayati untuk menghasilkan dan menzahirkan satu kesatuan ummah yang paling hebat.
Sabda Rasulullah s.a.w: “orang Islam ibarat satu bangunan yang melengkapi sebahagian dengan sebahagian yang lain”

Di sebalik kedua-dua peristiwa ini iaitu peristiwa korban dengan ibadah haji, tersemat dan terakam beberapa ciri penting yang melambangkan syiar Islam sebagai satu agama yang tulus, membina dan ihsan.

Dimensi pertama-peristiwa korban antara Nabi Ibrahim dan nabi Ismail yang memaparkan kesungguhan dan semangat kental untuk menjadi pejuang kepada diri sendiri dan Islam khususnya.sehinggakan peristiwa yang amat bersejarah ini dirakamkan didalam Al-Quran Aziz.

Dimensi kedua- perlunya jalinan ukhuwah yang kukuh berdasarkan takwa. Perpecahan di kalangan masyarakat disebabkan tiadanya ukhuwah sesama anggotanya membawa kepada kelemahan, perpecahan dan persengketaan.lihat sahaja di palestin,bagaimana insiden antara puak zionis dan puak hamas yang bertelagah akibat perebutan baitulmaqdis sebagai empayar kekuasaan kedua-dua puak.puak zionis yang sememangnya dungu dan dangkal sewenang-wenangnya mengiktiraf baitulmaqdis sebagai ibu Negara Israel manakala parti hamas terus berjuang dan berkorban segala-galanya untuk mempertahankan baitulmaqdis yang diiktiraf sebagai kota suci ketiga di dunia.ini menggambarkan bahawa apabila tiada persamaan fikrah dan aqidah,kedua-dua puak akan sama bertelagah.namun,harus diingat,Allah telah menjanjikan kemenangan yang mutlak kepada orang Islam suatu hari nanti.janji Allah merupakan sesuatu yang pasti.apa yang boleh kita laksanakan untuk membantu saudara kita di sana ialah dengan mendoakan kesejahteraan dan keselamatn mereka ,memboikot barang-barang isrel dan yahudi .

Dimensi ketiga: setiap kejayaan dan kesenangan yang kita nikmati perlu didahului dengan usaha bersungguh-sungguh dan memerlukan pengorbanan. Kesediaan kita untuk berjihad dalam erti kata yang sebenarnya akan membawa kepada kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.sebagai contoh,sebagai pelajar perubatan kita perlu banyak berkorban dari segenap aspek-masa,wang dan tenaga.

Sabda Rasulullah s.a.w : beruntunglah bagi sesiapa yang hari ini lebih baik pada semalam dan celakalah pada sesiapa yang menjadikan hari ini sama sahaja seperti semalam dan amat rugilah bagi sesiapa yang menjadikan hari ini lebih buruk pada semalam”..

Disiplin masa dan waktu amat penting bagi pelajar perubatan.jauhi lah daripada perkara yang sia-sia dan boleh membawa kepada kemungkaran.sentiasa tajdid niat dan ikhlaskan niat kerana Allah dalam segenap perkara yang kita lakukan kerana sesuatu pekerjaan yang dilakukan tanpa niat yang ikhlas akan menjadi sia-sia dan tidak bermakna.
Memang benar,untuk mendaki puncak kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah dan tidak pula seusatu yang sukar.imbas kembali sirah perjuangan junjungan mulia rasul,bagaimana sukarnya perjuangan baginda dalam menyebarkan Islam kepada penduduk arab pada masa itu,bagaimana startegi baginda dalam menyatupadukan kaum muhajirin dan ansar,bagaimana baginda dalam membina empayar daulah islamiah yang masyur dan mentadbir Negara Islam pertama dengan adil dan saksama?semuanya kerana pengorbanan dan setiap pengorbanan mesti dilakukan dengan cekal dan tabah,segala tempias dan tohmahan harus dilempar ke tepi.ternyata baginda Rasulullah amat penyabar orangnya,sentiasa bersemangat dan sentiasa hatinya bersama dengan Allah.

Namun,bagaimana dengan kita semua pada hari ini?pemuda harapan bangsa,pemudi tiang Negara.apakah ini suatu retorik semata-mata?.pemuda sekarang ibarat tunggul,menghiasi pusat-pusat serenti.pemudi terkapai-kapai seorang diri di jalanan sambil perut memboyot besar,membawa ‘makhluk’ yang berharga yang bakal dilahirkan tanpa ayah di sisi.apa semua ini??apakah pengorbanan kita untuk membendung gejala maksiat yang semakin menjadi-jadi pada hari ini.adakah kita juga umpama tunggul batu ?bisu dan diam seribu bahasa tanpa menghiraukan apa yang terjadi pada dunia sekarang.dunia makin tenat.bukan sahaja kerana pencemaran fizikal malah kerakusan manusia dalam pencemaran batin yang semakin menjadi-jadi.di mana kita?

Maka dengan sebab itulah, sebagai umat Islam kita berkewajipan memanifestasikan semangat ibadah korban ini dalam kehidupan bermasyarakat. Pada hakikatnya, ibadat korban itu mempunyai banyak hikmah yang tidak terhingga. Di sinilah letaknya kekuatan dan kecemerlangan umat Islam sejati. Terkandung padanya sifat-sifat luhur seperti ketaatan, kesabaran, kesatuan, tolong-menolong dan prihatin terhadap semua insan.

Rasulullah s.a.w bersabda: antara 7 golongan yang bakal dinaungi di bawah arasy Alalh ialah pemuda yang hatinya selalu terikat dengan masjid.maksud hadis,pemuda yang beragama dan mengamalkan setiap ajaran Islam.

Di sinilah pentingnya peranan kita,wahai warga perubatan sekalian,bangkitlah!,insafilah diri,persiapkan diri dengan ilmu agama secukupnya di bumi kiblat ilmu ini.semakin banyak ilmu yang diperoleh,semakin dekat kita dengan Allah dan semakin kerdil terasa disisiNya.Subhanallah!!persiapan ilmu agama yang cukup merupakan senjata awal bagi kita semua untuk memerangi kemaksiatan yang berleluasa di Malaysia sekarang. Walaupun terpaksa bersengkang mata mempelajari ilmu perubatan dan ilmu agama,namun pengorbanan kita tidak sia-sia kerana di sana nanti,kita dapat menarik nafas lega kerana pengorbanan selama ini diberikan ganjaran syurga oleh Allah.

Soal memajukan pendidikan, membangunkan ekonomi, membanteras keruntuhan akhlak dan menyekat gejala sosial adalah soal-soal kehidupan hari ini yang menjadi tanggungjawab kita bersama. Untuk mencapai huraian mutlak bagi permasalahan masyarakat Islam kita hari ini, kita perlu disedarkan tentang peranan kita yang sebenar selaku hamba Allah s.w.t dan sebagai anggota masyarakat. Langkah-langkah perlu dimulakan untuk menyedarkan manusia akan peri pentingnya sifat-sifat kemanusiaan dalam diri setiap individu melalui peristiwa korban.

Ini kerana falsafah korban itu sendiri merupakan suatu sifat yang terpuji di sisi Allah s.w.t kerana ia lahir daripada sanubari yang suci, bukan didorong oleh nafsu dan keinginan yang menyimpang dan menyeleweng. Oleh kerana sifat ini lahir dari tempat yang suci, maka ia akan berterusan wujud pada setiap diri atau jiwa yang benar-benar menginginkan sesuatu yang diredhai oleh Allah s.w.t.

Oleh sebab itu, melalui peristiwa ini, maka setiap umat Islam perlulah mengambil iktibar dengan sebaik mungkin untuk memikir dan merenung mengapa kita perlu berkorban dalam hidup ini. Kita bukan saja dituntut untuk melakukan pengorbanan pada Hari Raya Aidiladha, malah jauh daripada itu untuk sanggup berkorban dalam melakukan apa saja tindakan dan perbuatan seharian selagi tidak tergelincir daripada landasan agama Islam.

Selamat hari Raya Aidiladha.

Single Post Navigation

One thought on “SaCriFice…

  1. gud web.. sy akan buat link d blog sy, mengenai web awk..
    agar mudah pembaca dpat mengetahui tentang awk secara umum.. salam ukhwah fillah.. http://www.udna-mafaza.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: