..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

MMP-bumi kelahiran ulama’-siri 1

“kakak,alhamdulillah,Adlin dapat tawaran belajar kat MMP!”..begitulah paparan mesej yang terpampar di skrin handphone saya..alhamdulillah..saya tersenyum gembira.tidak dapat saya menafsirkan sendiri perasaan saya tika itu..gembira..terharu..bangga..semuanya bercampur baur..saya segera menelefon keluarga saya di Malaysia..

umi dan ayah merupakan insan yang paling gembira mendengar berita ini..apatah lagi saya..alhamdulillah,masih ada lagi generasi penyambung wasilah perjuangan saya di MMP..hmm..tentu sahabat tertanya-tanya apakah itu MMP??

Muhammadi’s Girl College(MMP)

Maahad Muhammadi Perempuan,Kota Bharu merupakan sebuah institusi menengah yang banyak melahirkan pelapis wasilah perjuangan agama untuk kemaslahatan ummah..di sinilah saya menghabiskan masa selama 5 tahun menuntut ilmu agama dan ilmu duniawi..di sinilah juga terakam seribu kisah pahit dan manis antara saya,guru-guru dan rakan-rakan..dan jangan terkejut apabila saya mengatakan di sinilah tempat lahirnya seorang permata kesayangan seluruh rakyat Malaysia,Siti Fatimah Mukhtar-pelajar terbaik Malaysia SPM 06..bukan itu sahaja,senator negara,YB Mumtaz juga pernah mendapat pendidikan di MMP..dan sebelum ini,Kak  Hafilah Musa juga pernah menyandang gelaran pelajar terbaik Malaysia SPM..kalo tidak silap saya pada tahun 1997 dan ramai lagi tokoh-tokoh akademik dan agamawan yang tidak saya sertakan di sini..

PENANTIAN SATU PENYEKSAAN 

alhamdulillah..setelah keputusan UPSR 2000 diumumkan,saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di SMS Faris Petra,tetapi saya menolak tawaran tersebut kerana ingin menunggu jawapan kemasukan ke MMP..dan sememangnya penolakan tawaran saya ke SMS Faris ditentang hebat oleh bapa saudara saya yang ketika itu bekerja di Kementerian Pelajaran Malaysia..saya pasrah..namun.tak siapa tahu apa yang tersirat di hati saya waktu itu..umi dan ayah terus memberi sokongan kepada saya..saya masih ingat lagi pesan ayah..”i.allah,maahad tu bumi barakah,kalau niat kita betul2 nak belajar kat Maahad,i.allah,Allah akan permudahkan urusan kita ke sana”..kata-kata seperti ‘maahad tu kuno,maahad tu jumud,maahad tu tak standard’ sudah kalih pada pendengaran saya..namun saya tekad untuk ke sana..selang tiga minggu sebelum sesi persekolahan bermula,saya mendapat tawaran untuk belajar di Naim Lilbanat..namun saya batalkan hasrat itu kerana naluri saya kuat mengatakan saya akan ditempatkan di MMP..dan alhamdulillah..akhirnya,selang 2 hari selepas mendapat tawaran ke Naim Lilbanat,saya menerima sepucuk surat mengatakan saya berjaya ditawarkan belajar di MMP..jiwa saya tenang..lantas sujud syukur dipersembahkan kepada Ilahi..

Maahad Muhammadi Lilbanat-sekolah terbilang

SIVIK VS SKEMA

saya masih ingat sewaktu di tingkatan 2,saya telah dilantik untuk bersama-sama dalam kepimpinan Maahad..menjadi seorang pengawas sekolah bukan mudah..segala amanah yang terbeban di bahu akan saya laksanakan dengan sebaiknya..bukan mengejar glamour,bukan mencari ihsan guru untuk menyayangi kita..bukan mengharap pujian tetapi mencapai keredhaaan Allah itu yang utama..pengalaman yang saya tak boleh lupa sepanjang menjadi pengawas sekolah ialah pengalaman digelar sivik atau skema oleh rakan-rakan..entahlah,mungkin kerana kesibukan belajar dan ‘bekerja’ sebagai polis sekolah memaksa saya untuk menghargai masa dengan betul..kadang-kadang masa saya bersama kawan-kawan amat terbatas..pergaulan kami hanyalah di dalam kelas..

image000.jpg

kemudian semasa di tingkatan 3,saya telah ditaklifkan sebagai Exco Badan Disiplin..dan ketika inilah,jiwa remaja saya seakan-akan tercabar..melihatkan kawan-kawan yang boleh bermesra dan bergurau senda sesama mereka menyebabkan timbulnya rasa iri hati terhadap mereka ;sedangkan saya hanyalah memerhati mereka dari jauh di sebalik tingkap Bilik Displin sambil mempengerusikan mesyuarat yang berlangsung..begitulah rutin harian saya di sekolah..pagi..belajar..petang,kelas tambahan dan menguruskan agenda disiplin dan badan dakwah sekolah..

saya teringat kepada sabda Rasulullah..”terdapat 7 golongan manusia yang akan dinaungi di bawah arasyh Allah pada hari kiamat kelak..dan antaranya..remaja yang hatinya dekat dengan masjid(dekat dengan Allah)”..maksudnya,zaman remaja kita tidak disia-siakan dengan perkara yang tidak berfaedah..

saya tahu jiwa remaja sarat dengan konflik..konflik diri,keluarag dan kawan-kawan..kadang-kadang kita mudah rasa sunyi..kesepian,keseorangan..tapi,ingatlah,dengan mengingati Allah,jiwa menjadi tenang..jangan biarkan masa muda anda berlalu begitu sahaja..zaman remaja hanya sekali..bergantung kepada penilaian akal dan iman yang bersih untuk menilai ke mana arah tuju kita..bagi yang rasa nak enjoy..enjoy lah..tapi ingat..mati tu akan datang bila-bila masa..kita kadangkala tidak menyedari bahawa malaikat maut sentiasa berada berdekatan dengan kita,menunggu arahan daripada Allah untuk mencabut roh dari jasad sendiri..mati itu sesuatu yang pasti..bila mati tanpa bekalan ilmu dan amal yang cukup,tiada siapa lagi yang boleh diharapkan untuk menolong kita..waktu itu,kita pasti menyesal kerana di dunia dulu,kita terlalu sombong dan ego dengan kesempatan dan nikmat dunia yang Allah berikan..kita banyak lupa,alpa,leka dan lalai..oleh itu,marilah sama-sama kita mengkoreksi diri kita..tidak rugi berubah ke arah kebaikan malah pahala berlipat kali ganda akan diperoleh..ayuh,jangan bazirkan masa remaja anda dengan perkara yang tidak berfaedah..hargailah masa kerana masa tidak boleh diundur kembali..jangan amalkan “sudah terhantuk baru terngadah”..

baiklah..mata dah terasa penat..buku Anatomy-Head and Neck seakan memujuk saya untuk menemaninya..opss..tinggal seminggu lagi untuk saya menempuhi imtihan pertengahan tahun..doakan saya ye..

salam perjuangan..

to be continued…

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: