..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Penantian suatu penyeksaan..

alhamdulillah..

penantian untuk menamatkan perjuangan di medan imtihan mid term telah selesai jua tepat jam 12pm waktu Mesir..namun imtihan tetap imtihan..tiada titik noktahnya..selepas ini,untuk second term,saya akan menempuh final imtihan kira-kira dalam bulan jun ini..doakan saya agar dapat mengharungi segala cabaran yang terbentang di hadapan saya..iya,semakin hari saya dapat rasakan cabaran mendatang begitu banyak sekali dan kerapkali menggangu gugat perasaan dan ketenteraman jiwa saya..

732353920l.jpg

pertama sekali cabaran semasa imtihan..sabda abu hurairah,syaitan itu sentiasa mengalir dalam urat darah kita..bermakna,syaitan itu amat-amat hampir dengan kita..begitu juga dengan malaikat pencatat amalan kiri dan kanan,sentiasa berada hampir dengan kita..pertembungan dua kuasa putih dan hitam ini boleh memberikan impak sinergi kepada kita semua-hamba Allah yang lemah..kalau jiwa kita lemah,kuasa hitam yakni syaitan akan mudahnya meresap melalui kapilari darah dan mengalir melalui salur artery dan vena di dalam badan kita..kuasa hitam yang sememangnya hitam zulumat ini akan meresap ke dalam hati anak-anak adam yang merupakan raja bagi segala anggota dan telah termaktub dalam Al-Quran bahawa hati ini merupakan segumpal darah yang merupakan raja bagi segala anggota..apabila kuasa hitam telah mempengaruhi ‘raja’,maka,setiap ‘rakyat’ iaitu anggota badan kita akan menjadi mangsa..raja yang dipengaruhi kuasa hitam amat zalim dan memaksa rakyat melakukan perkara mungkar..raja mengatakan ‘aku mahu musik rock’,maka serta merta anngota kaki akan bergerak menuju ke tempat-tempat maksiat yang menyediakan hiburan seumpama itu..itulah hebatnya kuasa hitam ini..dengan kuasa inilah,raja yang adil memerintah berubah menjadi zalim sekelip mata,dengan kuasa hitamlah,pekerja yang amanah menjadi khianat dan sebagainya..Rasul s.a.w,”apabila bangun anak adam daripada tidur,maka berkatalah kepada lidah”bertaqwalah kamu kepada Allah”..riwayat Tirmizi..kerana mulut,badan binasa..

ujian kesabaran..

baiklah,semasa dalam fatrah imtihan,sesekali jiwa saya tension..tension memikirkan terlalu bnyak lagi topik yang belum diulangkaji..waktu tidur saya tidak teratur dan tidak menentu..kadang-kadang saya berjaga malam..risau memikirkan imtihan yang bakal ditempuhi..kadang-kadang perasaan geram dan marah timbul..perasaan ini sebenarnya normal bagi seorang insan yang bergelar manusia..Allah menjadikan manusia sebaik-sebaik kejadian..dan setiap ciptaan Allah ada hikmahnya yang tersendiri..saya menyedari sikap saya yang sebegini boleh menyebabkan hubungan saya dengan rakan-rakan yang lain renggang..waktu bergelak ketawa menjadi duka derita,waktu bergurau senda menjadi sepi bahasa..namun,saya teingat firman Allah yang mengatakan Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri..jadi,kita perlu berusaha untuk memperbaiki diri kita ke arah kebaikan..ke arah jalan kebenaran..jalan menuju cahaya redaNya..bagaimana??ini antara beberapa cara yang saya lakukan ketika saya tension-tension..sentiasa berada dalam keadaan berwuduk..ingat,lawan bagi api adalah air..jadi,untuk mengelakkan daripada terkena ‘panahan’ syaitan,sentiasalah dalam keadaan berwuduk..sentiasa berzikir menyebut nama Allah..sentiasa menjaga hubungan dengan sahabat..sentiasa bertanya khabar dan yang paling penting -mendoakan kejayaan dan kebahagiaan mereka..ada sabda rasul mengatakan doa orang yang mendoakan orng lain lebih makbul daripada doanya sendiri..

878111475l.jpg

mid term vacation

setelah 3 minggu berhempas pulas mengulangkaji pelajaran untuk imtihan mid year,sesekali terdetik juga di hati untuk release tension..oh ye..sebenarnya banyak juga planning saya dalam fatrah vacation ni..yang paling penting,tak sabar rasanya nak pergi pesta buku terbesar di Cairo..Cairo International Bookfair 2008..mengikut pengalaman tahun lepas,saya menghabiskan masa selama 4 hari berturut-turut berkunjung ke sana..antara koleksi buku yang saya beli kebanyakannya kitab-kitab agama,buku-buku perubatan,majalah ilmiah dan novel inggeris-John Grisham,my favourite novelist..dan jumlah yang saya belanjakan..tak usah la diberitahu..biarlah rahsia!!

azam tahun ini i.allah saya ingin mendapatkan kitab-kitab yang membahaskan usul fiqh dan kaitannya dengan perubatan,tafsir munir karangan ulama’ Dr Wahbah Zuhaili,kitab pengajian qiraat 10 contohnya Al-Wafi,buku-buku perubatan seperti atlas of embroyology dan buku-buku motivasi yang lain seperti buku karangan Karen Armstrong dan buku How Doctors Think,buku ini direkemen oleh sahabat maya saya yang belajar di Australia..i.allah,tak sabar untuk mendapatkan kesemua koleksi ini..

namun harus diingat,dalam keghairahan untuk membeli buku-buku sebegini,kita perlu memastikan latar belakang penulis buku-buku tersebut kerana dikhuatiri wujudnya kisah-kisah israiliyat dalam buku karya mereka..berbelanjalah dengan berhemah dan bijak..manfaatkan buku yang ada..saya tidak mementingkan kuantiti tetapi kualiti buku tersebut saya amat tekankan..apa guna kita mempunyai bertimbun koleksi buku di rumah kita kalau satu pun tidak pernah disentuh apatah lagi untuk menghadam semua ilmu yang terkandung di dalamnya..ilmu itu cahaya..dan cahaya tidak akan menerangi orang yang melakukan maksiat..doakan saya supaya menjadi seorang pencinta ilmu yang ikhlas dalam perjuangan menuntut ilmu di bumi anbiya karim ini..

salam dari perlembahan nil..

izzrawda

24 januari 2008

1.45am

Cairo,Arab Republic of Egypt..

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: