..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

medical student life(part 3)

kali ini saya ingin bercerita perihal buku lagi..buku ibarat teman setia bagi saya..ibarat kata,”bertemu tak jemu,berpisah tak gelisah”..

saya merenung sejenak di hadapan meja study saya.di kanan saya terdapat sejumlah buku-buku perubatan(medical books) yang semuanya belum saya khatamkan lagi..di sebeleh kiri saya pula terdapat timbunan nota-nota tambahan daripada pensyarah-nota fisiologi,biochem yang semuanya saya belum failkan lagi..di atas rak buku bersebelahan meja study saya terdapat beberapa buah kitab-kitab agama-kitab fiqh,tafsir quran,fiqh sirah dan ulum hadith..

dan dihadapan saya terdapat deretan susunan buku-buku motivasi yang dibawa dari Malaysia dan dihadiahkan oleh rakan-rakan.antaranya buku 7 habits of highly effective people by stephen covey,buku perubatan Islam oleh Dato Dr Zainal Abidin dan banyak lagi buku-buku lain yang mampu membina semangat saya kesemuanya..

namun,coretan saya pada kali ini bukanlah berkisar tentang judul-judul buku yang saya ada atau kuantiti buku yang saya ada,tetapi saya ingin berkongsi dengan sahabat sekalian mengenai time management saya untuk mengkhatamkan kesemua buku-buku tersebut..thats mean,saya perlu mengkatogerikan buku-buku saya mengikut jenis/keperluan saya sendiri.

29920502644844l1.jpg

saya mengambil jurusan perubatan.semestinya buku-buku perubatan mesti diutamakan..priority is important..buku anatomy-head and neck,neuroanatomy,embryology,physiology(3 buah buku department),histology dan biochemistry saya susun elok-elok di atas rak.memandangkan,buku saya makin bertambah dari sehari ke sehari,saya bercadang ingin membeli rak buku yang lebih besar yang boleh memuatkan pelbagai bahan bacaan..selepas itu,kitab-kitab agama saya susun bersebelahan kitab medic ke kanan sekali..tujuannya untuk menghormati ulama yang menulis kitab tersebut..ada pendapat mengatakan,untuk menyusun buku atau kitab,kita perlu mengetahui taraf sesebuah kitab tersebut..jika kitab tersebut bertaraf tinggi,kita harus meletakkannya di tempat yang teratas dan begitulah seterusnya..ilmu mesti dihormati,barulah hidup akan diberkati..

01292007005.jpg

mengemas,menyusun dan menyimpan buku sudah menjadi amalan saya sejak di bangku sekolah lagi.setiap kali saya mendapat seseautu kejayaan,umi dan ayah akan membelikan saya buku- dan seperti biasa selepas membacanya,saya akan menyusunnya kemas-kemas di atas rak buku.jadi tidak hairanlah jika di rumah saya disediakan bilik yang dijadikan perpustakaan rumah..

membaca

minat membaca sudah sebati dalam jiwa saya..namun saya bukanlah seorang yang faqih dalam ilmu pengetahuan..saya membaca untuk menambah ilmu.membaca juga dipercayai dapat menjana minda seseorang untuk berfikir secara kreatif tentang apa yang dibacanya dan seterusnya boleh bertindak secara rasional melalui tindakan yang dilakukan..sejak kecil lagi,saya dibesarkan dalam suasana membaca..umi dan ayah saya bekerja sebagai guru.atas kesedaran ini,mereka banyak membelikan bahan bahan bacaan kepada saya ketika saya kecil..dan alhamdulillah,sedari usia 4 tahun,saya sudah boleh membaca,mengira dan menulis dan saya telah memulakan alam persekolahan saya semasa umur saya 4 tahun..

“bacalah.bacalah dengan nama Tuhanmu yang maha pengasih lagi maha pemurah”..Al-Alaq:1

sekarang,saya sudah menginjak dewasa.menjadi salah seorang warga penuntut fakulti perubatan,universiti kaherah.impian saya semenjak di Maahad lagi.di sini,dunia saya amat berbeza.jika dulu,umi dan ayahlah pemangkin semangat saya untuk melakarkan kecemerlangan,tapi di sini,teman-temanlah banyak memberikan dorongan kepada saya untuk terus cemerlang dalam apa tindakan yang saya lakukan..

rahsia

saya bukanlah seorang yang sangat cemerlang di dalam pelajaran..cuma kenangan masa lampau saya jadikan cabaran kepada saya untuk mempreoleh keputusan yang  cemerlang tahun ini.i.allah..dari hari ke hari,bebanan sebagai pelajar perubatan teruji.banyak kali saya diuji dengan ujian kemalasan,sindrom tidur(maklumlah dah masuk musim sejuk) dan ujian dengan kawan-kawan..namun,saya anggap semuanya cabaran kepada saya.semakin banyak ujian yang diterima,semakin dekat diri kita dengan Allah..saya percaya semua itu..

oleh sebab cuti mid year selama 2 minggu,tiada alasan lagi bagi saya untuk tidak mengkhatamkan buku-buku yang tersusun di rak buku saya..tambahan pula,semestinya rak kesayangan saya akan menerima ‘ahli baru’ tidak lama lagi.. Cairo International Bookfair sudah terbayang-bayang di minda saya..menanti kehadiran saya di sana..tunggu!!saya akan serang nanti!!..

01292007002.jpg

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: