..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Petikan Utusan Malaysia..

artikel ini dipetik dari kolum Utusan Malaysia-25 Jan 2008

Kuala Lumpur tuan rumah Multaqa al-Azhar

PUTRAJAYA 25 Jan. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan diberi penghormatan merasmikan persidangan Multaqa Sedunia Alumni al-Azhar yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 15 Februari ini.

Persidangan yang julung-julung kali diadakan di luar Mesir itu akan menghimpunkan lebih 1,000 ilmuan Islam dalam pelbagai bidang untuk membincangkan pelbagai topik yang bertemakan ‘Pendekatan Islam Hadhari, Di antara Warisan dan Cabaran’.

Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman berkata, penganjuran persidangan itu merupakan satu penghormatan kepada Malaysia yang memperkenalkan konsep Islam Hadhari dalam kepimpinannya.

“Persepsi negara-negara Eropah dan universiti terunggul itu ialah Malaysia sebuah negara yang tidak ada kekacauan dan kecelaruan tentang Islam di atas kemajuan ekonomi, politik serta pengurusan pentadbirannya.

“Konsep raja berperlembagaan yang berteraskan Islam telah menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama di mata dunia,” katanya pada sidang akhbar mengenai penganjuran persidangan Multaqa Sedunia anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), di sini hari ini.

Abdul Hamid berkata, selain bertujuan mengenang jasa Universiti al-Azhar yang telah banyak melahirkan cendekiawan Islam di seluruh dunia, penganjuran itu juga diharap dapat memaklumkan kepada dunia bahawa keutuhan Islam berpaksikan kepada pengurusan yang cekap dan sempurna melalui umatnya yang bersatu padu.

“Apabila berada di sini, mereka akan berpeluang melihat sendiri kecekapan kerajaan mentadbir negara supaya resipi kita boleh ‘ditiru’,” ujarnya.

Pada akhir persidangan itu nanti, satu resolusi akan dicapai menerusi perbincangan pelbagai isu terkini yang melibatkan umat Islam seperti isu pembangunan ummah, ketamadunan, warisan Islam dan pembaharuan.

Sebanyak 17 kertas kerja akan dibentangkan dalam seminar berkenaan oleh para ulama lulusan al-Azhar termasuk dari Timur Tengah, Eropah, Amerika Syarikat, Afrika, Asia, Asia Tengah dan Rusia.

Lebih 1,000 peserta dari 70 buah negara dijangka hadir pada persidangan empat hari itu.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: