..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Demam..

Demam PRU-12 dah selesai..

Result PRU-12 pun dah tahu..tahniah diucapkan kepada Kelantan kerana telah berjaya mempertahankan kerusi yang dipertandingkan..PAS proksi Kelantan..tahniah buat anak-anak kelantan yang memang bijak memilih pemimpin islam untuk pentadbiran kelantan yang baru..”sesungguhnya,anak-anak kelantan ni cerdik-cerdik semuanya”,kata teman saya yang memang taksub dengan negeri kelahirannya itu..sememangnya,PRU-12 memang menjadi kejutan buat buat semua rakyat..pada malam keputusan PRU-12 diumumkan,kami yang merantau di Mesir ini tidak sabar-sabar menantikan keputusan dan alhamdulillah apabila mendapat tahu bahawa PAS berjaya mengekalkan mandat sebagai kuasa autoriti untuk  memandu kelantan ke arah negeri yang berwawasan,kami terus melangsungkan sujud syukur..tanpa disedari,air mata kegembiraan mengalir di pipi..begitu juga dengan 4 buah negeri lain yang berjaya ditawan oleh Barisan Alternatif..

kami dahagakan kepimpinan ulama’..kami mahukan perubahan..ayuh,semoga dengan kepimpinan yang baru ini,rasuah dapat dibendung,tiada lagi kes-kes jenayah yang berlaku di kalangan anak-anak muda,tiada lagi kes-kes zina,tiada lagi kes-kes judi dan along..ayuh,melangkah bersama menuju Malaysia Baru..

Demam Mid Year..

alhamdulillah..

sekali lagi sujud syukur dipersembakan kepada Yang Esa..

tiada kata-kata yang mampu terucap..

hanya air mata kegembiraan yang gugur di pipi ini..

saya menantikan cabaran seterusnya..final imtihan nanti..

Demam Final Year Examination

pejam celik,pejam celik,alhamdulillah dah nak habis pun tahun 2 ni..emm..final exam is just around the corner..24/5 tarikh rasmi imtihan yang bakal ditempuh..

persediaan??saya merenung seketika..ramai yang mengatakan saya ni busy girl..ntah ye ntah tidak.tapi kalau difikirkan betul juga kata-kata diorang tu..namun saya amat bersyukur kerana nikmat ‘sibuk’ yang diberikan Allah kepada saya sebenarnya melatih diri saya untuk menghargai dan menjaga masa dengan betul.. jadual aktiviti saya amat pack apabila menjelang hujung minggu..kelas al-quran,kelas tafakkuh,smart circle adik-adik,smart circle tahun 2..jadi,saya terpaksa mengorbankan masa rehat dan tidur saya untuk mengulangkaji pelajaran,saya ingat kata-kata steven covey,”put first thing first”jadi,untuk beroleh kejayaan yang seiring dengan kesibukan waktu,saya akan tetap mencuri masa yang terluang untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran…walaupun kadang-kadang kepenatan yang terasa,namun saya dapat merasakan nikmat yang paling besar Allah kurniakan kepada saya ialah nikmat menghargai waktu.sememangnya kesibukan yang dirasai membuatkan saya berfikir tentang sesuatu..ya,kesibukan saya ini merupakan medan tarbiah kepada saya untuk mendepani masyarakat suatu  hari nanti..teringat kata-kata aunty yang merupakan seorang doktor yang saya segani ,”keje doktor ni tak leh main-main..sibuk 24 jam..tambah2 mase oncall,sbb tu la mase jadi medical student,kita kene latih diri kita jadi sibuk dan paling penting..penjagaan masa tu..tapi kene ingat la..sumenye bergantung kepada kudrat dan semangat kita..nak atau tak nak?tapi,kalau rasa tak mampu,jangan dicuba-cuba,nanti padah yang menimpa“..kata-kata aunty saya ni saya jadikan semangat untuk terus istiqamah dalam medan perjuangan menuntut ilmu ini..

semoga saya terus istiqamah dalam perjuangan ini..perjuangan di jalan Allah menuntut pengorbanan dan kesabaran yang tinggi..saya masih ingat kata-kata pujangga..”perjalanan seribu batu bermula daripada langkah yang satu”..

kalam terakhir..

doakan kejayaan dan kemenangan Islam..

TAKBIR..

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: