..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Men are from Mars,Women are from Venus-Islamic edition

“Rupa-rupanya dalam kehidupan ini,ramai manusia yang sakit hati.Bila kita tidak dapat merasai cinta Allah,sebaliknya lebih cinta selain daripada Allah,maka itulah tandanya hati kita sedang menderita kesakitan”-Pahrol Mohd Juoi,Tentang Cinta

Hikayat bercerita lagi.Kali ini bukan kisah dogengan semata.Kisah yang sering menjadi bualan di planet Marikh,merentasi gelombang samudera,membelah jalur-jalur steroid angkasa raya terus mencapai langit nan tujuh tempat takhta singgahsana sidratul muntaha..Hikayat sudah jatuh cinta..ya..cinta pada Allah dan RasulNya..

Hikayat bercerita..Gema suaranya mengetuk corong timpani Manar,gadis di planet seberang..Venus..

Hikayat: “Tidak beriman seseorang kamu sehingga kamu mengasihi Rasulullah melebihi
orang lain”(Sahih Muslim).
Hadis di atas diulang-ulang bacaannya.Sesekali nafas hikayat turun naik melafazkan hadis ini.
“Sudah menjadi fitrah alam,setiap mukmin memilih untuk mencintai Allah dan Rasul.Untuk itu mereka sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja demi membuktikan kecintaan kepada Allah dan juga mereka sanggup bermusuh dengan sesiapa sahaja yang menghalang cintanya kerana Allah.

Hikayat menghela nafas panjang.Katanya lagi:

“Cinta agung yang pernah terakam dalam sirah perjuangan Rasulullah s.a.w ialah cinta sahabat terhadap baginda.Mereka tahu cinta Allah lebih besar.Kenal Allah bererti merasakan keindahan ciptaanNya,keizzahanNya,kegagahanNya,kasih-sayangNya dan semua sifat kebesaranNya.
Kisah Abu Hurairah menjadi contoh bagi cinta Allah.
kata Hikayat”ketika Abu Hurairah hampir menemui ajalnya,mulutnya mengukir senyum dengan wajahnya yang berseri-seri.Bila ditanya mengapa wajahnya berseri-seri,beliau menjawab” bukankah kematian akan menemukan aku dengan Allah dan Rasulullah yang paling aku cintai”

Manar beristigfar panjang lantas berbicara: “Inilah sifat kekasih Allah.Mati ibarat satu platform untuk mereka bertemu dengan Allah dan Rasul sehingga terkenal di kalangan mereka akan kata-kata “bukankah mati syarat menemui cinta?”Bagi mereka cinta Allah dan Rasul kekal selamanya.Inilah sifat pejuang cinta kelas pertama.Bagaimana pula dengan sifat pejuang cinta kelas kedua?Mereka dibaratkan seperti kisah cinta Romeo dan Juliet,Uda dan Dara dan Lady D dan Dodi Al-Fayed yang hanya menjadikan manusia sebagai cinta agung buat mereka seolah-olah dunia ini mereka yang punya.Impian yang ingin dibina bersama hanyalah tinggal janji semata kerana cinta yang dipertahankan putus di tengah jalan akibat mempertaruhkan cinta yang terpesong daripada landasan syariat sebenar.Harapan tinggal harapan.Cinta tin kosong!.

Lantas Hikayat berkata: Golongan syabab pada hari ini terus dibuai arus pergolakan cinta antara XX dan XY.Konon mengatakan “cinta kami kerana Allah” dan ada pula yang mengatakan “kami dah tetapkan syarat, no sms,no call”, “Ingatlah,guideline yang dicipta berselindung di balik trademark cinta kerana Allah tidak wujud sama sekali!. Yang ada hanyalah cinta yang bertuankan manusia dan lebih parah lagi,ia membawa kepada zina hati!Cinta yang dibuai mainan perasaan jiwa,cinta yang disulami hitam zulumat,tiada cahaya dan barakah ke atas cinta yang pada hakikatnya kudus dan murni Apa erti semua ini?Di mana generasi syabab yang bakal mewarisi perjuangan Islam andai nafsu serakah tunduk merajai segala tindakan kita.Mengapa cinta haram yang dipertahankan?.

Lantang suara Hikayat sambil mempamerkan reaksi muka yang cukup agresif!Manar mengangguk.Setuju.

Manar berkata: Cinta Allah- cinta kudus yang dianugerahkan kepada setiap makhluk ciptaanNya.Allah akan membalas cinta kita tanpa kita sedari dan pinta.Bukan seperti cinta manusia yang sering meminta untuk dibalas malah ada juga yang menagih cinta yang melampau daripada pasangannya.Ibarat kata “beri betis hendakkan paha.”
Cinta Allah-Allah membalasnya dengan balasan yang berlipat kali ganda dan Allah tidak pernah mengungkit andai cinta yang dikurniakan kepada hambaNya tidak dibalas sama dengan apa yang diberikanNya.

Firman Allah : Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul,mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah,iaitu para nabi,para pencinta kebenaran,orang-orang yang mati syahid dan oang-orang soleh.Mereka itulah teman sebaik-baiknya.
Oleh itu,Anas r.a berkata” kami tidak pernah bergembira sebagaimana gembiranya kami dengan sabda Rasul s.a.w, “Seseorang itu bersama dengan orang yang dia cintai”.Lantas Anas berkata “ Aku mencintai Rasul,Abu bakar dan Umar.Dan aku harap dapat bersama mereka”.
Wah!begitu tulusnya cinta mereka.Cinta Allah dan Rasul tiada bersyarat Semestinya menjadikan kehidupan manusia tenang dan damai kerana cinta mereka hanyalah meletakkan Allah sebagai ghayah utama dalam ranjau kehidupan mereka.

Hikayat menyambung perbincangan.
“Cinta kudus disulami dengan matlamat dan pelaksanaan ke arah itu.Tapi harus diingat,matlamat tidak menghalalkan cara andai cinta XX dan XY dibayangi slogan cinta kerana Allah. Sebenarnya,tidak wujud perumpamaan “aku mencintai Asiah kerana Allah”.Siapa Asiah di sisi kita kerana dia belum tentu menjadi milik kita yang sah!sebaliknya tanya pada diri,siapa diri kita di sisi Allah?Layakkah kita memiliki dan memberi cinta kepada manusia lain sama seperti cinta yang dianugerahkan Ilahi kepada makhluknya?

Ayuha syabab,lakukan anjakan paradigma!.Bina tali hubungan dengan Allah.Sibukkan diri kalian dengan perkara yang membina potensi diri dan menyumbang kepada Islam .Tetapkan visi dan misi hidup kalian .Rancanglah segala aktiviti kehidupan kalian dengan sempurna dan dalamilah ilmu sebanyak mungkin seperti menghadiri majlis-majlis ilmu dan agama.Mengapa dilepaskan ‘hidangan taman-taman syurga dunia’ di depan mata?Bukankah ia memberi 1001 manfaat kepada diri? Banyakkan berzikir dan beristighfar memuji kebesaranNya,tanda kalian mencintai Allah. Sesungguhnya,rawatan hati ini amat penting bagi kalian yang bergelar syabab kerana tika inilah nafsu kalian teruji.Nafsu ibarat raja bagi hati.kalau ikut kata hati,binasalah badan.Kalau ikut kata iman,selamatlah jiwa.

Sebagai bukti cinta kepada Rasulullah,lazimilah lisan kalian dengan berselawat ke atas Rasululullah s.a.w sedangkan Rasulullah sendiri ketika di saat-saat menghembuskan nafas terakhir,baginda masih sempat lagi melafazkan ‘umatku..umatku..umatku”.Begitu tinggi kasih dan cinta yang ditunjukkan kepada umat baginda.Persoalannya,apakah tindakan kita,umat baginda untuk membalas cinta Rasulullah s.a.w ini?

Manar mengangguk-angguk mengiyakan bicara Hikayat.Skrin palmtop digenggam kemas olehnya.Terpapar wajah Hikayat yang bersemangat menyampaikan ceramahnya pada malam jumaat nan indah itu.

Manar di Venus..
Hikayat di Marikh..

Akhirnya,kedua-duanya tunduk sujud menyembah Yang Esa di sepertiga malam yang hening itu..masing-masing tunduk akur pada CINTA Allah dan Rasulullah s.a.w..CINTA yang Maha Agung..cinta sebenar-benar CINTA.

Fatnulhani
Izzrawda.wordpress.com
Rujukan : Al-Quran
Tentang Cinta-Pahrol Juoi

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: