..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Fiqh Mar’ah-siri 1

Siri 1- Haid

Haid dari segi bahasa ditakrifkan sebagai sesuatu yang mengalir.

Dari segi istilah,Haid diertikan sebagai darah yang keluar dari faraj perempuan dalam keadaan sihat tanpa ada sebab-sebab lain seperti darah wiladah.

Dalam kitab Ahatoh menyebut bahawa terdapat 10 nama lain bagi haid.Antaranya At-tamussu,Ad-dhihak,An-nifas dan al-hakkah.

Diriwayatkan bahawa wanita daripada Bani Israil merupakan wanita pertama yang didatangi haid. Ada riwayat lain yang menyebut bahawa Saiditina Hawa merupakan wanita pertama yang didatangi haid.Ada juga di kalangan wanita terpilih yang tidak pernah didatangi haid sepanjang hidupnya-beliau ialah Saiditina Fatimah Azzaharah,anak junjungan besar Rasulullah s.a.w dan digelar Fatimah Azzaharah Al-Batul. Gelaran Al-Batul merujuk kepada wanita yang suci daripada haid,nifas,wiladah.Ini merupakan satu penghormatan kepada anak junjungan besar Rasulullah s.a.w.Sungguhpun begitu,saiditina Fatimah tetap melahirkan putera terbilang iaitu saidina Hassan dan Hussin.Subhanallah!

Usia permulaan haid

Kebanyakan ulama meriwayatkan bahawa permulaan usia didatangi haid ialah pada umur 9 tahun ke atas.Jikalau seorang kanak-kanak berusia 5 tahun mendapati keluarnya darah pada kemaluannya,itu bukan dikira sebagai darah haid sebaliknya darah berpenyakit.kita akan perincikan skop perbahasan mengenai haid mengikut kalam 4 mazhab Islam.

Mazhab Malikiah

Imam Malik menyebut usia yang didatangi haid ialah pada julat umur antara 9 hingga 13 tahun.walaubagaimanapun,imam malik menegaskan bahawa usia ideal yang didatangi haid bergantung kepada keadaan persekitaran,uruf dan faktor pemakanan seorang wanita itu.dalam mengupas isu menopause,imam malik berpendapat usia menopause ialah pada umur 70 tahun,namun perlu juga bertanya kepada doktor yang amanah tentang darah yang keluar itu.

Mazhab Hanafiah

Imam Hanafi berkata apabila dilihat seorang wanita itu darah pada usianya 9 tahun,maka itu dikira darah haid.apabila didatangi haid,maka tinggalkanlah solat dan puasa.imam hanafi berpendapat usia menopause bagi seorang wanita ialah pada umur 55 tahun dan apabila dilihat ada juga darah yang keluar selepas usia menopause,maka itu bukan dikira sebagai darah haid.,kecuali darah yang dilihat bewarna hitam atau merah,maka itu adalah haid.

Mazhab Hanbali

Diriwayatkan bahawa usia menopause bagi seorang wanita ialah 50 tahun dan jika dilihat keluar darah selepas usia 50 tahun,maka itu bukan dikira haid.

Mazhab Syafiiah

Imam Syafii menyebut bahawa tiada had berhenti bagi darah haid.semuanya bergantung kepada kehidupan perempuan itu.kebiasannya wanita menopause pada usia 62 tahun.namun ada juga wanita yang putus haid di usia 50 tahun dan semuanya bergantung kepada iklim,faktor persekitaran semasa.

Warna darah haid

Para ulama bersepakat bahawa terdapat 6 warna yang berbeza bagi haid.

Antaranya : hitam,merah,kuning seperti nanah,warna keruh,hijau dan warna tanah. Warna yang disepakati ialah warna hitam dan merah.

Daripada Urwah,daripada Fatimah binti Abu Jahshi,Rasulullah s.a.w bersabda : apabila datangnya haid,maka umum mengetahui bahawa darah yang keluar berwarna hitam.apabila didatangi haid ,maka tinggalkanlah solat,apabila telah habis fatrah haid,maka wajiblah bagi perempuan itu berwuduk dan solat dan begitu juga bagi wanita yang beristihadhah”

Imam Hanafi mengatakan bahawa waktu suci bagi wanita ialah selma 10 hari manakala imam syafie mengatakan waktu suci bagi perempuan ialah selama 15 hari.

Setakat ini dahulu perbincangan buat kali ini.segala silap dan salah harap ditegur.sekadar berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang apa yang dipelajari tadi. sabda Rasul s.a.w, “sampaikan tentangku walaupun satu ayat”

Single Post Navigation

One thought on “Fiqh Mar’ah-siri 1

  1. Sekarang ada pengajian ttg haidh oleh syeikh Ahmad di masjid Azhar setiap ahad malam lepas maghrib…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: