..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Tafakkuh kitab-Fiqh Mar’ah

salam dari perlembahan Nil..

Pengajian Kitab Fiqh Mar’ah

pengajian kitab Fiqh Mar’ah telah dijadikan salah satu program pengisian rohani kepada warga akhawat perubatan Mesir yang dianjurkan di bawah unit diskusi dan pengajian kitab,Biro Pembangunan Insan,PERUBATAN.Alhamdulillah,kelas yang diajar oleh Ustzh Sharifah Durrah mendapat sambutan hangat daripada waga akhawat perubatan.saya juga tidak turut ketinggalan menyertainya. Amanah yang diberikan persatuan PERUBATAN kepada saya,selaku ajk unit diskusi dan pengajian,BPI tidak akan saya sia-siakan dengan begitu sahaja.Sebenarnya,penubuhan kelas tafakkuh khusus untuk akhawat baru sahaja dilancarkan pada penghujung tahun 2007.Idea untuk mewujudkan kelas pengajian fiqh mar’ah timbul berikutan kesedaran terhadap program ‘ibadah pesakit’ yang berlansung kira-kira pada pertengahan tahun 2006.Berikutan itu,unit diskusi dan pengajian mengambil satu langkah untuk mewujudkan kelas fiqh khusus untuk wanita yang banyak membincangkan tentang masalah hukum hakam berkaitan wanita.Saya berpendapat,sebelum kita melangkah mempelajari kitab fiqh yang lebih tinggi,ada baiknya,kita belajar dulu kitab fiqh asas dan sesuai dipraktikkan seiring usia sekarang.

6.jpg

apakah  perbincangan kitab fiqh mar’ah?

Kitab Fiqh Mar’ah membincangkan semua  hukum hakam yang berkaitan dengan wanita seperti bersuci,solat,mandi hadas,haid,nifas,muamalah harian dan sebagainya.Kali ini,kitab yang digunakan bertajuk “Fiqhul Mar’ah Muslimah-Ibadah dan Muamalat” tulisan Ibrahim Mohd Jamal.Kitab ini terdiri daripada 2 bab utama:

Fasa Pertama Ibadat

1. Bersuci

2.Solat

3.Zakat

4.Puasa

5.Haji

Fasa Kedua-Muamalat

1.perkahwinan dan pertunangan

2.talak

3.perkara yang menyerupai talak

4.Hadanah(hak penjagaan anak) dan Nafkah

5.Hudud

6.Pemakanan

7.Jual Beli

Pakar Sakit Puan

Tambahan pula,saya begitu terkesan dengan sentuhan penulisan buku Sakit Puan dan Perbidanan:Fardhu Kifayah yang terabai oleh Ust Hj Zaharuddin Muhammad.Menurut ust,Malaysia masih lagi kekurangan kepakaran doktor wanita yang menceburi bidang gynaecology.oleh itu,beliau menyeru supaya penuntut-penuntut perubatan(akhawat) supaya mengambil bidang gynaecology kelak.

kitab Hikam Ato’iah

selain pengajian kitab Fiqh Mar’ah,hari ini baru saja dilancarkan pengajian kitab’Al-Hikam Ato’iah’-sebuah kitab tasawuf yang wajib dibaca dan difahami oleh semua umat Islam.Kitab ini ditulis oleh Syeikh Kibir Syeikh Abdullah Syarqawi.Selain digelar ulama tasawufSyeikh A.Syarqawi sepanjang hidupnya suka mengumpul ilmu-ilmu tasawuf,ilmu nahu,tafsir dan usul fiqh.kehebatan beliau memang tidak dapat disangkal lagi.

Tadi saya berkesempatan mendapat amanat yang berharga daripada Uztazah Durrah yang lebih mesra dipanggil Kak Durrah,beliau memberikan formula bagaimana untuk mendapat cinta Allah.Antaranya ialah banyakkan solat sunat rawatib kerana solat sunat rawatib melengkapkan solat fardhu yang dilakukan.Selain itu,banyakkan solat tahajud pada Allah kerana di situlah kita dapati rasa zauk(rasa indah) dengan Allah s.w.t dan yang terakhir,banyakkan selawat terhadap Rasulullah s.w.t

untitled.jpg

Kelas pada hari ini ditangguhkan dengan dendangan nasyid ‘Dia Kekasih Allah’ oleh Hijjaz dan ‘Di Mana Ku cari Ganti’ sempena menjelangnya hari keputeraan baginda Rasulullah s.w.t.Suasana menjadi sepi dan sebak.Masing-masing menghayati bait-bait lirik yang didendangkan.Rata-rata di antara kami tidak dapatmenahan air mata yang gugur di pipi tatkala mendengar nasyid yang didendangkan.Tambahan pula dengan kata-kata semangat dan hints yang diberikan oleh Kak Durrah menjadikan air mata kami meluncur laju membasahi pipi.Antara kata-kata yang sempat dipetik “Cintailah Allah..jika kita cinta Allah,bermakna kita cinta Rasululullah s.w.t..rajin-rajinlah amalkan sunnah Rasulullah s.w.t dalam kehidupan dan yang paling penting,banyakkan berselawat kepada baginda sebgai tanda cinta padanya”.Ya Rasulullah,kami rindu padamu..

Single Post Navigation

3 thoughts on “Tafakkuh kitab-Fiqh Mar’ah

  1. salam,baguslah kalo dapat belajar ilmu perubatan dgn niat utk membela umat islam..bittaufiq wannajah

  2. tros cari song di mana ku cari ganti..
    mmg syahdu

  3. Kak Durrah on said:

    Salam…apakabar?fiqh mar’ah masih berjalan lagi?baru terjumpa blog ni dan tringat zaman mengajar adik-adik medic yg sungguh2, blog ni masih aktiv?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: