..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

MMP terus GEMILANG!

Petikan daripada harakahdaily.net

SPM: Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan perolehi 15 A1
Salmah Mat Husain
Thu | Mar 13, 08 | 4:23:47 pm MYT

KOTA BHARU, 13 Mac (Hrkh) � Biar pun kecemerlangan Siti Fatimah Mukhtar yang mendapat 17 A1 dalam peperiksaan 2006 gagal dipertahankan tahun ini, namun pencapaian pelajar sekolah agama tetap mengatasi sekolah kementerian di Kelantan.

Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan muncul pelajar paling cemerlang di Kelantan apabila mendapat 15 A1 dalam peperiksaan SPM tahun lalu.

Sedangkan pelajar terbaik sekolah di bawah Kementerian Pelajaran di Kelantan mendapat 11 A1 iaitu Ahmad Azim Pauzi dari Pasir Mas.

Bagaimanapun dalam laporan akhbar harian hari ini tidak disebut langsung kejayaan cemerlang pelajar sekolah agama di bawah kendalian Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Nor Amalina Johari mengekalkan kecemerlangan Maahad Muhammadi Perempuan dalam peperiksaan tersebut sejak beberapa tahun lalu.

Pengarah Yik, Haji Ahmad Mahmood berkata, selain itu Ahmad Fakhru Shah Hasmadi, pelajar Maahd Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Pulai Chondong mendapat 13 A1 dan 3B 3 dalam peperiksaan itu.

Pelajar lain yang cemerlang iaitu Fazlin Abdul Aziz dari Maahad Muhammadi Perempuan yang memperolehi 14 A1 dan rakannya Nur Humairah Che Ibrahim 13A (11 1A dan 2A).

�Walau pun tiada rekod baru sebagaimana peperiksaan SPM 2006, namun prestasi keseluruhan sekolah agama di bawah Yik mencatat peningkatan sebanyak 16 peratus.

�Sebanyak 16 sekolah di mana 10 daripadanya sekolah kerajaan dan enam lagi bantuan kerajaan memperolehi keputusan kelulusan 100 peratus,� ujarnya pada persidangan media di Nilam Puri petang semalam.

Manakala bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2007 turut meningkat berbanding sebelumnya apabila 224 pelajar memperolehi pangkat mumtaz (cemerlang).

Sedangkan pada 2006 hanya 182 calon memperolehi keputusan itu.

Kata Ahmad sekolah yang memperolehi keputusan 100 peratus dalam peperiksan STAM iaitu Maahad Muhammadi Lelaki dan Sekolah Menengah Ugama Arab Istiqamah Badang.

Seramai 15 pelajar dari sekolah kerajaan memperolehi mumtaz (10A) manakala sekolah bantuan yang memperolehi pangkat serupa seramai lima orang.

Keputusan STPM juga turut meningkat kepada 0.68 peratus iaitu 91.92 peratus berbanding 2006 (83.89 peratus).

Pada peperiksaan terbabit Sekolah Menengah Ugama (Arab) Saniah Pasir Puteh dan SMU (A) Tarbiah Panchor mendapat keputusan peperiksaan 100 peratus.

Alhamdulillah..Maahad Muhammadi Perempuan(Lilbanat) masih lagi mengekalkan kecemerlangannya.syabas diucapkan buat adik Amalina.teringat lagi ketika sama-sama berjuang dalam meneruskan kecemerlangan Persatuan Seni Khat MMP bersama adik Amalina.ketika itu,pada pandangan peribadi,saya selaku Pengerusi pada masa itu amat kagum dengan kesungguhan kerja yang dilakukan oleh adik Amalina.Selain bijak dalam pelajaran,beliau juga amat aktif dalam aktiviti berpersatuan dan beliau merupakan Ketua Pelajar MMP sesi 2007.Saya juga pernah berjuang bersama-sama dengannya dalam Badan Disiplin MMP.Masa itu,adik Amalina menjadi AJK saya..di bawah Biro Kehadiran dan Ponteng.sekali lagi syabas buat adik Amalina.buat adik-adik MMP yang baru saja melakarkan kecemerlangan dalam SPM musim lalu,tahniah juga akak ucapkan.semoga MMP terus gemilang di bawah naungan pemerintahan ulama’. 

p/s: saya sebenarnya tidak sabar menantikan kedatangan junior2 saya ke Mesir.. 

Single Post Navigation

One thought on “MMP terus GEMILANG!

  1. Salam, doakan agar kami berjaya ke Mesir, meneruskan perjuangan ini.

    Dan, makluman, hehe.. Amalina dpt 13 1A, Fadzlin 11 1A.. nasib baik yg saya btol.. klu x malu jer…

    Kak, silalah berkongsi cerita di http://www.maahadmuhammadi.com yer..!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: