..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

International Day

alhamdulillah,pada 20 Mac baru-baru ini,pihak Fakulti Perubatan, Cairo University telah mengadakan Hari Antarabangsa 2008 yang disertai oleh 8 buah negara termasuklah Malaysia.Negara lain yang terlibat ialah Palestin,Syria,Yaman,Etria,Arab Saudi,Mesir.Tujuan Hari Antarabangsa 2008 ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama saudara Islam,mengetahui kebudayaan negara masing-masing dan memupuk semangat cinta akan keamanan.Dan semestinya booth Malaysia yang menjadi tumpuan.Nak tahu apa yang menarik??..Jom..

“Your food are colourful “

Seawal pagi lagi,kami telah bersepakat menghias tapak pameran yang disediakan oleh pihak penganjur khusus untuk Malaysia.Semua risalah berkaitan negara tercinta, kami tampal dan hiasi dengan menarik sekali.Terima kasih diucapkan kepada adik-adik junior tahun satu kerana telah bersusah payah membantu kami untuk melancarkan lagi aktiviti pada hari tersebut.Dan terima kasih juga buat Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah(JPMK) yang menyumbangkan barang-barang untuk dipamerkan di booth kami.Tidak turut ketinggalan juga,kami mempamerkan makanan tradisi Malaysia yang semestinya ditunggu-tunggu oleh semua orang.Antara juadah yang dipamerkan termasuklah nasi lemak,donut,cucur pisang,karipap dan kuih cara.Para pengunjung tidak melepaskan peluang mencuba aneka kepelbagaian juadah yang terhidang di depan mata.Bak kata seorang kawan arab saya “your food are colourful and wonderful”..hehe..saya tergelak besar mendengarkan potongan ayat..’colourful’!!syabas diucapkan buat rakan-rakan seangkatan yang berpenat pelah menguli adunan untuk dijadikan kuih,menggoreng karipap dan menggentel donut yang semuanya cute-cute..kami menjalankan misi membuat kuih ini pada malam tersebut dan alhamdulillah segala kepenatan yang ditanggung pada malam tersebut berbaloi jua.Tergambar riak kegembiraan pada wajah-wajah kami tatkala pengunjung tidak putus-putus datang bertandang ke booth kami..senyum tak pernah lekang di bibir malah meleret-leret sampai ke telinga!!

image014.jpg

pengunjung ke booth Malaysia

Duta Kecil Malaysia
Pengalaman yang saya tak boleh lupa apabila terpaksa menjadi jurucakap kepada pengunjung yang tidak sabar-sabar untuk mengetahui tentang Malaysia. Saya menerangkan kepada mereka bermula darpada agama rasmi Malaysia,populasi penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum,makanan tradisi Malaysia,politik Malaysia dan sistem pendidikan di Malaysia. Rata-rata daripada mereka banyak bertanyakan soalan kepada saya tentang Dr Mahathir!Terpinga-pinga juga saya untuk menjawabnya..namun,berdasarkan pembacaan saya tentang Dr Mahathir sebelum ini,saya menjawab soalan mereka sedaya yang termampu sahaja..Syabas Tun!Nama Tun Dr Mahathir disebut-sebut dan disanjung tinggi oleh penduduk arab di sini.

Dikir Barat

Kemuncak program dihiasi dengan pertunjukan kebudayaan oleh 8 buah negara yang terlibat.Malaysia tidak turut ketinggalan menyertai acara ini.Kami mempersembahkan kepada tetamu yang hadir dengan dikir barat dan tayangan slide show.Ramai orang memuji kedua-dua persembahan ini kerana mereka menganggap dikir barat sangat unik dan mereka mengatakan masyarakat Malaysia begitu kreatif!saya tidak berpeluang menyaksikan kedua-dua persembahan ini kerana saya pulang awal ke rumah.tambahan pula,kesihatan saya tidak mengizinkan saya untuk terus menunggu menyaksikan acara yang berprestij pada malam gilang-gemilang itu..

image031.jpg

Kata orang,sia-sia sahaja sesuatu program itu diadakan kalau tiada pengajaran yang boleh kita ambil daripadanya bukan??Antara ‘ibrah yang boleh saya ambil ialah bersyukur.Bersyukur?dari aspek apa?Ya,kita sememangnya perlu bersyukur atas nikmat kurniaan Allah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang subur,ekonomi stabil,kebajikan rakyat terjaga dan yang paling penting keamanan yang kita kecapi selama kira-kira 51 tahun kita mengecapi nikmat kemerdekaan..semua masyarakat dunia melaung-laungkan slogan keamanan dan kebanyakan negara yang masih lagi dicengkam genggaman ‘jajahan’ US berusaha untuk meloloskan diri daripada cengkaman Yahudi Laknatullah dan mereka dahagakan keamanan!keamanan negara mampu menghasilkan aset rakyat yang mampu berfikiran jauh dan berdaya saing!keamanan mampu meningkatkan ekonomi dan kestabilan negara..kemanan mampu melahirkan seorang pemimpin yang bijak..hadirlah..Peace!!

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: