..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Muslim Medical Student

Muslim medical student : satu anjakan paradigma??

Artikel ini telah dimuatkan dalam majalah rasmi PERUBATAN,i-man edisi pertama

Profesionalisme
Golongan intelek dan professional sering diwar-warkan sebgai ikon yang banyak mempengaruhi warna-warna kehidupan profesionalisme di Malaysia kini apatah lagi golongan inilah yang sering mendapat tempat di hati masyarakat islam mahupun bukan islam.kewujudan golongan ini mendapat pengaruh dan impak yang besar terhadap gaya kehidupan masyarakat khususnya.siapa yang tidak kenal dengan kehebatan Dr Lo’lo’ menyampaikan ceramah di hadapan ribuan hadirin.ketegasan dan ketrampilannya sebagai muslimah doctor sangat digeruni oleh pelbagai pihak.beliau bukan sahaja faqih dalam ilmu perubatan kontemporari malah boleh menyampaikan ceramah-ceramah agama di hadapan masyarakat.lihat pula kepada ketokohan Dato’ Dr Zainal Abidin.beliau bukan sahaja terkenal sebagai seorang doctor perubatan,malah masyarakat lebih mengenalinya melalui medan-medan ceramah yang selalu disampaikannya. ‘life is so busy”,begitulah ungkapan yang sesuai diberikan kepada golongan professional yang bergelar muslim doctor.benarkah sebegitu atau hanya sekadar retorika?

Realiti yang pasti
Kita tinggalkan sejenak kisah kejayaan Dr lo’lo dan Dato’ Dr zainal abidin.sememangnya kisah kehebatan dua tokoh perubatan kontemporari ini mengundang rasa iri hati dan membakar semangat kita untuk mengikuti jejak langkah mereka.apa kata kita sempitkan skop kita untuk membincangkan isu muslim doctor yang saban hari kerap meniti di bibir pelajar perubatan khususnya di kalangan pelajar perubatan yang menuntut di bumi anbia?sudah besediakah anda untuk menggalas tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah ini untuk menjadi muslim doctor yang faqih dalam kedua-dua ilmu perubatan dan agama?sudah banyakkah persediaan yang dibuat untuk merealisasikan impian ini?.bukan gelaran yang dikejar,bukan glamour yang dicari tetapi pelaksanaan ke arah mengimplementasi gelaran ini perlu dikaji.

Bersetujukan anda jika penulis mengatakan untuk menjadi seorang muslim doctor yang berjaya,kita seharusnya perlu menjadi seorang muslim medical student.dalam erti kata lain,kita perlu melengkapkan diri kita dengan setiap aspek ilmu ad-din seperti ilmu fiqah,ilmu tafisr,ilmu sirah dan ilmu tauhid.diri ibarat satu cawan kosong yang perlu diisi dengan air,jika tidak,molekul-mlekul angin akan masuk dan menempati seluruh ruang kosong di dalam cawan.begitu juga dengan diri kita sendiri,jika tidak diisi dengan ilmu,anasir-anasir lain akan meresap masuk ke dalam jiwa kita dan kita akan jadi lagha,malas, dan pelbagai sifat negative yang lain.firman Allah taala,”ilmu itu cahaya dan cahaya tidak akan menerangi orang yang berbuat kemaksiatan”(an-nur: ).

melihat kepada senario masyarakat Malaysia hari ini yang begitu memandang tinggi terhadap golongan doctor yang versatile yang boleh membawa islam dan menerapkan aspek islam dalam kehidupan mereka.melihat kepada keadaan ini,penulis merasakan ianya satu bonus buat semua golongan doktor untuk mendekati masyarakat khususnya dan menyebarkan unsur-unsur pentarbiahan islam kepada masyarakat.golongan seperti kitalah yang senang didampingi dan mudah mendampingi masyarakat.bukan penulis ingin meminggirkan golongan cendekiawan yang lain seperti golongan azhariyun,memang tak dapat disangkal lagi,penguasaan ilmu agama mereka amat mantap sehinggakan mereka mampu menulis dan menterjemah satu kitab arab!, teringat kepada sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud pembentukan sahsiah dan peribadi seseorang mengikut arus peredaran zaman.zaman millennium tidak sama seperti zaman basikal jepun.zaman ini menyaksikan ilmu dan kecanggihan sains dan teknologi mengisi tempat di hati masyarakat.tdak hairanlah,apabila ada di kalangan ibu bapa yang pantang dipuji apabila ada dikalangan anak mereka mengikuti kursus kedoktoran tambah-tambah di luar Negara!setiap kali pujian diterima,senyum meleret sampai ke telinga.ibarat mandi tak basah,makan tak kenyang dan tidur tak lena!begitulah hebatnya penangan kemunculan golongan muslim professional ini di mata masyarakat.

Rebut peluang
Jadi,mari kita renung seketika.perjalanan hidup kita masih lagi jauh.bagi yang masih bergelar mahasiswa perubatan tahun pertama,teruskan langkah anda,jangan pandang belakang.bagi yang sudahpun menyandang gelaran doctor,tahniah diucapkan dan ingat perjalanan anda baru bermula.segala ilmu yang dipelajari selama 6 tahun berada di bumi anbia harus dipraktikkan mengikut landasan islam yang sempurna.bagi kita yang masih lagi bergelar mahasiswa perubatan,apa plan kita seterusnya?adakah kita masih lagi mahu mengamalkan sikap bertangguh-tangguh dalam setiap perkara yang kita laksanakan?”takpe,aku lama lagi kat mesir ni,esok luse aku belajarlah kitab fiqah tu”.adakah kata-kata ini seing bermain di fikran anda?kalau ya,fikir-fikirkan kembali kata-kata anda itu.hari-hari yang berlalu terlalu singkat rasanya.andai diri dijemput awal oleh malaikat maut,tiada siapa yang mampu menolong melainkan diri sendiri.masa muda yang diberikan Allah merupakan satu nikmat yang tidak ternilai kalau hendak dibandingkan dengan sebutir nilam.masa muda inilah merupakan masa yang paling sesuai untuk membentuk karakter sebagai seorang muslim dan muslimah yang berjaya.jangan sia-siakan peluang yang diberikan Allah.kita perlu ingat,bila-bila masa sahaja allah akan tarik nikmat dan hidayah yang diberikan kepada kita.jadi,sementara masa masih ada,rebutlah sebanyak mungkin peluang di bumi mesir ini dengan mendalami pelbagai ilmu agama dan ilmu perubatan.ambil peluang sebanyak mungkin ketika cuti musim panas untuk bertalaqi bersama-same syaikh azhar dan sentiasa berdamping dengan ustaz dan ustazah yang faqih ilmu agamanya.sabda rasulullah s.a.w “dunia akan terlaknat kecuali dengan 3 perkara :pertama orang yanh selalu mengucapkan alhamdulillah,kedua,golongan ulama’ dan ketiga orang yang menuntut ilmu”

Habits of highly effective of muslim medical student
Jadi bagaimana?sudah mencapai taraf muslim medical student?bagi penulis,kita masih lagi berada di capaian 50 peratus andai kemahiran-kemahiran lain tidak bergerak seiringan dengan penguasaan ilmu yang ada.ilmu yang ada harus dipraktikkan dan diamalkan dengan betul dan hendaklah disampaikan kepada masyarakat.menyedari kefahaman ini,seorang muslim medical student harus melengkapkan diri dengan pelbagai aspek kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi,kemahiran berorganisasi dan kemahiran dari segi pergaulan dengan masyarakat.menurut Stephen covey dalam bukunya 7 habits of highly effective people,manusia yang paling bertuah ialah manusia yang mampu menguruskan kehidupannya dengan cemerlang.oleh itu,menurutnya lagi,be proactive dalam setiap tindakan yang dilakukan,begin with the in mind dan synergizae dalam tidak-tanduk pengamalan kita.bermula sekarang,ayuh lakukan anjakan paradigma dalam 3 aspek kemahiran ini agar satu hari nanti kita tak kekok dalam melayan pesakit yang tentunya mempunyai pelbagai ragam dan kerenah.ilmu psicology yang dipelajari harus dipraktikkan.peribadi baginda Rasulullah s..a.w perlu dipelajari secara mendalam dan diikuti terutama dari aspek kemahiran rasulullah berkomunikasi dengan sahabat baginda,isteri dan anak-anak,kemahiran rasulullah dalam berorganisasi dan bersiasah dan pelbagai lagi sifat terpuji junjungan mulia rasul.dalam situasi ini,kita perlu ingat bahawa golongan masyarakat yang akan mendampingi kita suatu hari kelak terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat-tua,muda,kecil besar,cina,India dan sebagainya.justeru,pemantapan ilmu psikologi dan spiritual yang tinggi perlu dipelajari dan dipraktikkan mulai sekarang agar apabila bergelar muslim doctor kelak,diri tidak terpinga-pinga melayan kerenah karakter masyarakat yang pelbagai.

Wacana pemikiran seorang muslim medical student dan medical student muslim amat berbeza sama-sekali.alhamdulillah,kita semua dilahirkan dalam sinar islami.satu anugerah kurniaam Rabb yang tidak ternilai.namun,untuk menjadi seorang muslim doctor,kita mestilah menjadi seorang muslim mukmin yang berpegang teguh kepada ajaran islam dan mengamalkan segala apa yang diperintahkan allah dan meninggalkan semua larangannNya.apa yang penulis kesalkan ialah terdapat segelintir mahasiswa perubatan yang mengambil sikap acuh-acuh dalam hal yang membabitkan aurat,muamalah antara lelaki dan perempuan dan sebagainya yang sedikit sebanyak boleh menjejaskan reputasi dan persepsi masyarakat terhadap doctor keluaran Mesir.seorang muslim medical student perlu tahu akan aspek penampilan diri yang dituntut oleh syariat.istilah don’t judge a book by its cover tidak sesuai dianugerahkan kepada muslim medical student.lihat sajalah,bagi seorang doctor yang tidak menjaga penampilan seperti berambut panjang,pakaian tidak kemas boleh disama tarafkan dengan golongan yang bukan dari aliran professional.lambat laun,masyarakat akan menaksir dan menyamatarafkan golongan doctor dengan golongan tidak professional.fitnah berlaku dan matlamat asal untuk mendekati masyarakat dan berdakwah kepada mereka tentang islam gagal disebabkan penampilan diri yang tidak terurus.kita tidak boleh menafikan hal ini kerana lain orang,lain pemikirannya.ibarat ‘rambut sama hitam tapi hati lain-lain’.begitu juga dengan penampilan muslimah doctor.mereka ibarat ikon dan role model yang sentiasa menjadi ikutan masyarakat.seorang muslimah doctor tahu akan batasan aurat islam dan tahu akan kepentingan menutup aurat untuk mengelakkan daripada fitnah dan mengangkat martabat islam ke darjat yang tertinggi.apa salahnya,tudung segi tiga kecil dilabuhkan sehingga melepasi paras dada,apa salahnya,rambut yang ikal di tutup dengan sempurna dengan tudung corak bunga-bunga.ayuh mahasiswa perubatan sekalian,lakukan anjakan paradigma sekali lagi.tidak rugi kita berhijrah ke arah kebaikan.malah pahala berlipat kali ganda diperolehi.tidak teringinkah anda wahai muslimah medical student untuk menjadi seperti ummu humaira?jangan diungkap “aku jahil!aku tak sebaik si Mira tu”.ingat,anda bukanlah yang terbaik dan anda bukanlah yang terjahil,tiada siapa di dunia ini yang tidak terlepas daripada melakukan dosa walau sekelumit kecuali Rasululullah s.a.w yang maksum.tiada antara anda yang terbaik.sama-sama islah diri masing-masing.kembalilah ke pangkal jalan kerana kita semua dicipta dari setitis air yang hina.sedarlah wahai muslimah!andalah bakal muslimah doctor suatu hari nanti!

Prihatin dan bertanggungjawab
Tidak terlambat bagi penulis mengucapkan tahniah dan syabas kepada delegasi mahasiswa perubatan ke darfur dalam misi keamanan baru-baru ini.andalah ikon muslim medical student yang dikagumi.tidak hairan mungkin selepas ini ramai yang akan mengkuti jejak langkah anda.prihatin dan bertanggungjawab-itu merupakan salah satu sikap muslim medical student dan muslim doctor.Rasul s.a.w ada berpesan bahawa hormatilah yang tua dan sayangilah yang muda.anda jangan salah sangka dengan penulis,prihatin bukan bermaksud ‘busy body’tetapi prihatin bermaksud mengambil berat,mengambil tahu dan peka terhadap masalah yang dihadapi oleh orang tertentu.sikap prihatin perlu ada dalam diri setiap muslim medical student.anda harus melatih diri anda untuk bersikap prihatin terhadap orang di sekeliling anda sebagai persiapan untuk anda menjadi doctor suatu hari kelak.mulai sekarang,cuba ‘manage’ kehidupan anda daripada seorang yang selalu berdamping dengan buku kepada berdamping dengan masyarakat.hasilnya,anda mampu menjadi seorang yang matang dari segi pemikiran dan tindakan.lupakan seketika masalah hidup anda,sebaliknya carilah ketenangan dengan turun berdamping dengan orang sekeliling dan sebenarnya kaedah ini boleh melatih anda untuk berkomunikasi dengan baik dan lancar bersama masyarakat.jangan jadi pesimis dalam berkomuniti.sebaliknya,jadilah seorang yang proaktif dalam mendepani masyarakat.

Tuntasnya,kebanjiran mahsiswa perubatan di ardul kinanah ini bukanlah faktor yang menyumbang kepada kegagalan mengimplementasi corak wahana pemikiran muslim medical student,malah jika betul tindakan dan pelaksaan yang diambil,insya allah,semua mahasiswa mampu memegang title muslim doctor suatu hari nanti dan membawa seribu perubahan dalam industri perubatan Negara.penulis menyeru kepada diri sendiri dan rakan-rakan seperjuanagn tibbiyans sekalian supaya melengkapkan diri dengan penguasaan ilmu perubatan dan agama agar kita mampu menjadi muslim doctor yang berkualiti.mungkin suatu hari nanti terdapat dikalangan kita yang mampu membaca satu kitab arab dan menyampaikan maknanya kepada masyarakat!kita mampu merancang,dan perancangan Allah mengatasi segala-galanya.oleh itu,jangan jadikan muslim medical student sebagai satu retorik semata,sebaliknya ayuh bersama,gerak langkah ke depan untuk menjadikanya suatu realiti yang pasti.segala-galanya bergantung kepada diri.Nak atau tak nak?!

Fatnulhani
http://www.izzrawda.wordpress.com
sayeda zenab,cairo
8.45a.m

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: