..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

MMP Gemilang-Siri 2

Entah mengapa hati ini sering meronta-ronta untuk menukilkan sesuatu yang istimewa mengenai MMP..

Hati ini rindu pada perjuangan dahulu~perjuangan menuntut ilmu di bumi barakah..SMU(A)Maahad Muhammadi Perempuan..sebuah institusi pendidikan yang banyak melahirkan golongan intelektual dan berwawasan..Alhamdulillah,seribu kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Allah kerana Dia yang menentukan perjalanan kehidupanku di sini..

Pujian atau sindiran?

“akak tengok dalam blog awak asyik puji Maahad je..”,tegur seorang senior saya yang merupakan seorang pelajar perubatan di Universiti Kaherah..saya sekadar tersenyum.Bangga.walaupun saya tahu,tegurannya berbaur nada sinis..

emm..mengapa ye saya terlalu kerap bercerita mengenai MMP?adakah saya layak tergolong dalam kumpulan yang taksub pada MMP?

jawapannya..tidak sama sekali..saya bukan taksub pada sekolah lama saya..tetapi saya amat menyayangi MMP kerana di sinilah bermulanya segala titik tolak penghidupan saya..di sini saya mengenal Islam dengan lebih mendalam..

pembelajaran di MMP amat unik.saya masih ingat lagi pengalaman pertama menghafal nahu dan soraf dalam bahasa arab..memang tidak dapat dilupakan sampaikan ustazah saya pada masa itu,Ust Khadijah Kun Ahmed terpaksa mengajar kami menghafalnya melalui rentak lagu..terasa indahnya saat itu..kami terpaksa berhempas pulas belajar dan menghafal nama-nama objek dalam bahasa arab..rindunya saat itu.bukan itu sahaja,kami juga perlu belajar dan menghadam beberapa subjek yang lain seperti Tauhid,Tafsir,Hadith,Mutalaah,Sirah Islam,Fiqah..semuanya dalam bahasa arab..jenuh menghafalnya..begitu juga dengan subjek Sejarah,Geografi,English,Maths..tapi,alhamdulillah,segala apa yang dipelajari tidak disia-siakan..

Selain belajar subjek agama yang kesemuanya menggunakan silibus dari Universiti Al-Azhar,kami juga diwajibkan menyertai mana-mana persatuan dan kelab untuk memantapkan lagi pemahaman kami dalam pelajaran dan juga sebagai medan untuk kami mengamalkan apa yang telah kami pelajari theoritically..

saya menyertai persatuan seni khat sejak di tingkatan 2 lagi dan alhamdulillah,saya telah dilantik untuk menerajui persatuan ini semasa di tingkatan 5.walaupun sibuk dengan bebanan tugas sebagai Exco Badan Disiplin waktu itu,namun saya tetap luangkan masa untuk memastikan agar gerak kerja persatuan berjalan lancar.Di sinilah,kami dilatih untuk merancang dan melaksanakan gerak kerja dengan sempurna dan bersistem..selain itu,kami juga dilatih untuk mengendalikan program-program mini dan mega khas untuk rawatan rohani dan fizikal puteri-puteri MMP..dan antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah sewaktu mengendalikan program orientasi pelajar baru dan Tamrin Qiadi-program tahunan untuk dhabitah(pengawas) sekolah..semoga dengan sedikit pengalaman ini dapat menjadikan diri ini seorang yang bersistem dan berwawasan..

apa yang menarik di MMP ialah setiap pelajar diwajibkan memakai tudung labuh bersyarat- labuh tudung melebihi paras siku sebanyak 5 inci dan para pelajar tidak dibenarkan melipat lengan baju sewaktu sesi pembelajarn atau selepasnya. di sini,kod etika berpakaian amat ditekankan..inilah tarbiah yang cuba disuntik ke dalam jiwa puteri-puteri MMP ..

di sini jugalah segala kenangan pahit manis terukir..

semoga perjuangan sewaktu di MMP dahulu berjaya diteruskan di sini..

doakan moga saya istiqamah dalam perjuangan..

buat adik-adik di MMP,tuntutlah ilmu betul-betul dan suburkanlah rasa cinta kepada sekolah kita kerana di sinilah tempat bermulanya segala..

salam sayang dan salam perjuangan dari Perlembahan Nil..

senior MMP
Faculty of Medicine,Cairo University

Single Post Navigation

3 thoughts on “MMP Gemilang-Siri 2

  1. Salam….. akak pun ex mmp, khharrijah sanah 1994, sem berapa sudah di kuliyyah thibb ni? Imta satkharrujin? Alaa kulli hal bitaufiq wan najah… salam ukhuwwah dari Borneo…

  2. Salam.

    Ni ambil SPM kat MMP tahun berapa ek?

  3. Salam.

    Hmm..tak sangka plak cepat dapat balasan. Dok depan komputer jugak rupanya.

    Kiranya ukhti ni sama dengan anak ustazah Noriah la. Anak beliau pun ambik Medic kat Mesir gak. Mesti tertanya camner ana tahukan? Jawabnya sebab ana knal abang dia Abal Khair dan Faiz Rahimi (keluarganya).

    Ana pun tgh exam akhir gak ni utk beroleh Ijazah bulan 7 ni. Skrg dok ngaji lagi kat Universiti Ibn Tofail, Kenitra, Maghribi kos Pengajian Islam.

    Insya Allah semoga kita dapat share pelbagai maklumat. Ana dapat tahu blog ni pun lepas baca blog ustaz Hasrizal. Apa pun, salam perkenalan dan semoga kita dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan.

    wassalam.

    YB : ABCD

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: