..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Persoalan Hidup..

Persoalan hidup??

“akak,kita banyak lagi tak baca ni”
“kak tin,cane nak bagi ingat sume subjek yang kite belajar?’
“tin,doakan kejayaan bersama..i’m going to be crazy nih!Argh..banyak lagi tak baca!”

Begitulah antara beberapa paparan mesej yang saya terima sejak akhir-akhir ini.sama ada daripada junior saya ataupun sahabat saya sendiri..dan hasilnya,beberapa mesej yang telah sampai ke dalam inbox Nokia 5300(boikot Nokia) tidak terbalas oleh saya dan saya biarkan mesej-mesej tersebut bersemadi di dalam handphone saya..saya biarkan mereka di dalam dilemma sendiri.kejamkah saya? Wahai sahabat,saya juga seperti anda,ada naluri dan impian yang mahu dilaksanakan.apa-apa pun,saya memohon jutaan kemaafan andai mesej-mesej yang dikirimkan oleh junior sendiri tidak terbalas-tandanya kredit saya dah habis..

Lantas,saya mengambil keputusan untuk menjawab segala persoalan mereka di sini.
Sebelum itu,sejuta penghargaan yang tidak terhingga saya tujukan buat seorang sahabat saya yang menghantar mesej yang begitu bermakna buat saya..mesejnya berbunyi:

“Dalam kesibukan kita menelaah pelajaran,menghafal,menghadam subjek-subjek medic ni,kite kene ingat LEARNING THE HIGHEST CREATION OF ALLAH IS NEVER EASY”- Kak Irham,Faculty of Medicine,Mansourah University-Egypt..

Alhamdulillah,dalam banyak-banyak mesej yang saya terima,mesej kak irham berjaya menambat hati saya dan membuatkan saya berfikir sejenak..dan segalanya saya simpulkan di bawah..

1. Apa matlamat kita sebagai seorang pelajar perubatan?
2. apa matlamat kita sebagai seorang khalifah Allah?
3. bagaimanakah kedudukan kita di sisi Allah dan masyarakat?
4. apa sebenarnya tujuan kita hidup?

Jadi,buat sahabat-sahabat,marilah kita sama-sama koreksi diri..pernahkah terlintas di hati kita untuk memikirkan segala persoalan di atas?apa yang kita tahu hanyalah exam..exam..exam..tak terlintaskah di hati kita bahawa exam final di akhirat kelak lagi maha dasyat..

Kita sebenarnya tidak sedar,mulut memang senang berbicara..”aku solat dah ok,siap wat solat sunat rawatib lagi..puasa sunat pun aku wat..apa lagi yang aku perlu buat untuk membuktikan aku ni betul-betul soleh?Awas sahabat sekalian,dalam anda mengejar keredhaan Allah,tetapi sebenarnya anda telah tersasar dari melaksanakan perintahnya dengan betul..lihat saja pada situasi ini:

• Ali bangun di awal pagi untuk Qiamullail..dia bangun sorang-sorang tanpa mengejutkan kawannya yang lena diulit mimpi..selepas solat Subuh,dia terus mengulangkaji pelajaran..sedangkan sahabatnya,Abu,masih lagi lena di peraduannya..
• Ahmad bangun di awal pagi untuk qiamullail.Dia mengejutkan semua kawan-kawannya untuk solat berjemaah bersama.selepas solat Subuh,mereka sama-sama mengulangkaji pelajaran

Sekarang,cuba buat perbandingan?

Saya biarkan sahabat semua untuk berfikir.

Kedua-dua pihak berkongsi satu matlamat utama iaitu mengejar kejayaan dalam imtihan masing-masing.namun,dalam situasi Ali,secara teorinya,Ali memang seorang yang rajin dan bermotivasi tinggi (berdasarkan selepas Subuh,dia terus study),namun dari segi praktikalnya Ali seorang yang mementingkan diri dan mempunyai keegoan yang tinggi.
Dalam hal ini,Ali tidak berjaya mencapai tahap persolan yang kedua dan ketiga~ apa matlamat aku sebagai khalifah Allah dan apa kedudukan aku di sisi masyarakat dan Allah. Apa yang Ali tahu,dia mahu bolot kejayaannya sorang-sorang tanpa memikirkan sahabatnya yang lain..

Dalam situasi kedua,Ahmad berjaya menjawab semua persoalan di atas.Dia mempunyai sifat kendiri yang cemerlang dan boleh dijadikan pelajar Muslim contoh.Dia tidak memntingkan diri sendiri.

Hasilnya,apabila keputusan peperiksaan keluar,Ahmad berjaya menjadi salah seorang pelajar terbaik dan kejayaannya DIKONGSI oleh sahabat-sahabat yang lain.malah,ada antara sahabatnya berjaya meraih kejayaan yang sama sepertinya…manakala Ali..alhamdulillah,dia juga mendapat kejayaan cemerlang tetapi kejayaannya tidak DIKONGSI oleh sahabat-sahabat yang lain..akhirnya,kejayaannya tidak menjanjikan apa-apa untuk dirinya..

Saya harap dengan analogi yang saya berikan dapat menjawab segala persoalan yang diutarakan oelh sahabat saya sebelum ini..apa yang saya ingin tekankan ialah:
– dalam memburu kejayaan,kita hendaklah sama-sama memburunya bersama sahabat-sahabat kita yang lain..manusa diciptakan untuk saling melengkapi antara satu sama lain..

– nasihat saya untuk diri ini dan sahabat sekalian,carilah sahabat yang sama-sama berkongsi matlamat yang sama..agar bila kita jatuh,sahabat kita berjaya menenagkan kita dan sama-sama memberi semangat untuk meraih kejayaan yang diharapkan..

– ingat..pergantungan dengan Allah itu lebih utama..dengan mengingati Allah,jiwa menjadi tenang..

– akhirnya..masa semakin cemburu dengan kita..tapi bukan bermakna,kita perlu mengejar masa yang ada..sebaliknya,dengan masa yang berbaki ini,hargailah ia betul-betul..jangan tersasar dari matlamat anda yang sebenar..rancanglah masa dengan sebaiknya..jangan mudah tension!ingat,Allah akan beri kejayaan kepada orang-orang yang sabar..

– berusaha lah sedaya yang mampu..selebihnya,tawakkallah pada Allah..kerana Dia lebih Mengetahui perjalanan hidup anda..

– sentiasa berdoa untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat anda..doakan kejayaan mereka..dan mintalah ibu dan ayah mendoakan kejayaan anda..

Buat rakan-rakan seperjuangan..selamat menempuh imtihan..doakan kejayaan bersama~

-maaf,artikel kali ini tidak menggunakan bahasa yang rasmi..

Single Post Navigation

2 thoughts on “Persoalan Hidup..

  1. salam

    mahu bertnya, akk ni bljr d mesir kan (brdsarkan dari blog…xtau la kalau salah baca)

    hummm…knal dgn 1 muslimt ni…namanya sakinah (pmilik http://autumnzapple.wordpress.com/)

    ok…mngkin itu shja

    salam

  2. salam..sokong semua penulisan di atas…
    kita usaha sama2 & dlm doa selingkn skali doa buat shbt2 kita..
    doakn ana jua..
    tak de benda yg mudah untuk raih redha Allah..apa2 pun kena usaha sehabis daya..natijah bukan lah pengukur keredhaan Allah pada kita..
    kejayaan dan kegagalan 2 2 adalah ujian
    namun itu rezeki msg2..
    mahu keredhaan maka bersedialah utk redha..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: