..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Mumtaz??

“Tin,doakan za(bukan nama sebenar)..za tak leh jwb paper fisio td..”aku sekadar mendengar kalimah ucapannya itu..tanpa disedari..za terus memelukku..pelukan yang sangat erat..di kala manusia bersesak-sesak keluar dari dewan exam td,di kala itu,kami berpelukan..masing-masing mahu melemparkan kesedihan yang bersarang di jiwa..

“sabarlah sahabat..ada hikmah semua ini..tawakkal je la ye”..saya cuba memujuknya..namun saya terasa titik-titik jernih membasahi telekung saya.dalam situasi ini,saya cuba menenangkannya..walaupun saya tahu berat rasanya ujian yang Allah bagi kali ini..saya tetap tempuhinya..kuncinya redha dan tawakkal..kita sudah berusaha semampu mungkin..insya Allah,ada la hikmah di sebaliknya..yakin dan percayalah pada Allah..

Penangan imtihan

setiap kali imtihan menjengah,saya terasa satu endemik yang berlaku kepada pelajar-pelajar medic di sini..sindrom stress untuk exam..berjuang bermati-matian untuk mendapatkan anugerah mumtaz yang diimpikan oleh setiap warga pelajar perubatan di sini..

“tengok akak tu..setiap kali exam..mumtaz tu”..”terror la die”

balik-balik ayat ni juga yang dilontarkan..

saya menggeleng-gelengkan kepala saya.

Ada Apa pada mumtaz?

Mumtaz?macam nama orang je kan..Mumtaz Nawi ke?

bukan..mumtaz dalam istilah pelajar perubatan di mesir ni ialah pencapaian tertinggi yang kita perolehi setiap kali peperiksaan berlansung..macam CGPA 4.0..setiap insan mengimpikan gelaran mumtaz ni..tak salah andainya kita semua bercita-cita untuk mendapatkannya..saya sendiri mengimpikan kejayaan Mumtaz ini dan berjuang untuk mendapatkannya..dan saya tahu sahabat-sahabat lain juga pun begitu kan?

Mumtaz dalam peperiksaan merupakan aset penting bagi setiap pelajar untuk mengorak langkah lebih jauh ke depan..dan untuk mendapatkan mumtaz bukan sesuatu yang mudah..sistem peperiksaan di sini memerlukan anda mengingat dan menghafal setiap benda..dalam erti kata lain,anda perlu memahami dan mengetahui setiap benda,organ,sistem yang terjadi dalam badan kita..sekadar berkongsi pengalaman dengan seorang sahabat saya ni..”kau nak mumtaz,kacang aje!kau hapal satu2 dalam buku teks tu..jangan tinggal walau sepatah pun!”..amboi!betul ke?

bagi pendapat peribadi,kejayaan mumtaz ni bukan sahaja bergantung kepada usaha kita semata..tetapi juga memrlukan hubb yang tinggi kepada Allah..mana pilihan kita,mumtaz di dunia sahaja atau mumtaz di akhirat atau mumtaz di kedua-duanya sekali?

cuba fikirkan:

1. setiap kali exam menjelang,Diana selalu je rasa tension sebab tiap-tiap hari menghadap buku dan memerap dalam bilik,langsung tidak bersua dengan ahli rumahnya yang lain.

2. Di kala exam menjelang,Arachadina akan mencuri peluang untuk berbuat baik dengan sahabatnya dan orang sekeliling..dia memang seorang yang bijak dan kepandaiannya disalurkan ke arah kebaikan seperti menyampaikan ilmu kepada sahabat-sahabatnya yang lain..

Mana satu yang dianggap mumtaz? situasi 1.hanyalah mumtaz pada nama manakala situasi 2 mumtaz pada nurani…

fikir-fikirkanlah..

dalam kita sibuk mengejar kecemerlangan di dunia,fikirkanlah tentang nasib sahabat-sahabat kita yang lain juga..ni tak termasuk saudara-saudara kita di Palesti,Iraq,Iran dan sebagainya..sebaliknya,jalinlah ukhuwwah sesama kita dahulu..semua nak cemerlang kan?semua nak mumtaz kan?Alangkah manisnya sebuah kecemerlangan jika dikongsi bersama sahabat-sahabat yang turut mengiringi kejayaan kita..

Pilihan di tangan anda..Marilah sama-sama menuju kecemerlangan..

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: