..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Waktu itu..

“DOCTOR,ade kawan kita terseliuh kat hujung bukit sana”,jerit kawan saya dalam nada cemas. suasana menjadi tegang. saya meninjau-ninjau arah bukit yang dimaksudkan.em,jauh juga dari tempat kami berehat sekarang..”sabar wani,saya rasa baik kita bagitau JU(jurulatih utama)”..dia mengangguk-anggukkan kepala..sejurus selepas itu kedengaran suara JU memanggil-manggil nama saya “Doc,jom ikut saya ke bukit seberang”,ujarnya sambil membawa kit keselamatan. akhirnya,saya terpaksa menjadi doktor tidak bertauliah membalut luka dan memasang anduh pada lengan wirawati tersebut sambil dibantu oleh beberapa JU yang lain..

Itulah kenangan saya semasa di PLKN Bukit Besar,Kulim,Kedah dua tahun yang lalu..panggilan doktor begitu sinonim dengan saya ketika itu.nak tahu kenapa?hmm..jom dengar cerita..

“saya dapat tahu awak dapat best result ye dalam SPM?”tanya JU kepada saya.waktu itu saya menghadiri kelas pembinaan karakter.saya hanya mengangguk-anggukkan kepala saya.serba salah saya dibuatnya.sebenarnya saya tidak senang jika ada orang yang bertanyakan result saya tika itu. “wah,belum terlewat cikgu ucapkan tahniah pada awak..sebenarnya result awak tu semua pihak pentadbiran PLKN ni dah tau dan saya lagi bangga sebab awak pelajar kelas ni”..saya hanya tunduk tenang. “em,boleh bitau semua kawan-kawan awak,apa cita-cita awak nanti?”..saya diam. “ya Allah,jauhkanlah perasaan ujub,takabbur,riya’ dalam diriku”.saya menarik nafas dalam-dalam..”cikgu,kawan-kawan semua..saya harap kamu semua dapat mendoakan kejayaan saya nanti..i.allah,kalau ditakdirkan saya ingin menjadi seorang doktor pakar sakit puan dan belajar perubatan di Universiti Kaherah,Mesir.itu impian saya sejak kecil lagi.”semua rakan-rakan terdiam. tiba-tiba,.. “laa..awat tak pi wat medic kat UK ka,Ireland ka..hang tu dapat __ A(i dont want to expose it here..hehe)…takkan tak mau pi belah sana kot..nak banding ngan kami ni..UK pun tak mau pandang kami..”,getus seorang wira. saya terdiam.selepas itu menyambung” kat Mesir,ilmu perubatan cukup tinggi..saya sebut Ibnu sina..mesti kamu semua kenal kan?ilmu perubatan sebenarnya diasaskan pada zaman Rasulullah s.a.w lagi..baginda memperkenalkan Tibb Nabawi..Ibnu Sina,seorang tokoh perubatan yang terkenal..hatta pelajar-pelajar di sekolah perubatan Barat pun masih lagi menggunakan kitab beliau sebagai rujukan.that’s why i wanna further my study there”terang saya dengan panjang lebar dan bersungguh-sungguh.

ketika di PLKN,saya telah mengikuti ujian kengerian kerjaya kedoktoran JPA di Hospital Kulim,Kedah.saya berasa seronok mengikuti kursus pendedahan kerjaya itu.apa yang paling menyeronokkan selama 3 hari itu,saya telah diberi pengecualian untuk tidak menyertai mana-mana aktiviti di PLKN(that’s amazing)truly,saya pun tak suka sebenarnya berkawad and berjemur di bawah pancaran matahari berjam-jam lamanya.hehe. selepas itu,saya kerap digelar dengan panggilan Doktor..dan kalau ada apa-apa kes kecemasan,sayalah orang pertama yang akan dipanggil oleh JU!

itulah kenangan yang paling bermakna dalam hidup saya selama 2 bulan saya mengikuti latihan di PLKN Bukit Besar,Kulim..teringat pula pada rakan-rakan seperjuangan..Siti Sarah,Nurul,Siti Aminah(pulau pinang),Hidayah(Kedah),Farhana,Lin,Boon..serta semua peserta kem PLKN Bukit Besar,Kulim 2005/2006..juga tak lupa buat semua cikgu-cikgu yang banyak membimbing saya ketika itu..terima kasih semua!

dan terima kasih pada semua rakan-rakan yang mendoakan kejayaan saya..sekarang..i’ve to fight here..in Kasr El-Ainy,Faculty of Medicine,Cairo University,Egypt..

Single Post Navigation

One thought on “Waktu itu..

  1. paih on said:

    salam..sehat?
    terkejut jgk dlu ms fatin bgtau nk gi egypt. why not ireland or australia besides their students are getting more respectance in malaysia? but now i realize something, that is ad-deenul islam that i think it is really hard to find it eleswhere except here in the middle east. so they are no more than us, instead we actually have more advantages. bahasa arab pon cair lah. umrah pon dekat naik bas sajo. syukurlah.

    btw, pelepasan aktiviti 3 hari??? x aci nih sy x dpt..JU pilih kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: