..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Kembara Ilmu di bumi Sufi..

semalam telah berlalu meninggalkan seribu kenangan buat saya sendiri..sudah sekian lama saya menyepi..bukan menghilang ye..saya tetap ada di sini..cuma mungkin kembara saya kali ini menuntut pengorbanan yang besar buat diri ini apabila terpaksa berpisah dengan laptop kesayangan selama hampir 2 bulan rasanya..2 bulan yang berlalu bagai semalam baru terasa..bagai semalam rasanya saya baru menghabiskan final paper examination of 2nd year medical school of cairo university..baru semalam juga masih terngiang-ngiang bunyi dengungan enjin kapal terbang yang akan berlepas ke KLIA..dan hari ini,saya di sini..di bumi bertuah-Malaysia..

banyak pula rasanya ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang pengembaraan saya selama 1 bulan menghabiskan masa saya dengan pelbagai aktiviti yang menarik di bumi anbia’ ini dan pastinya hanya linangan air mata sahaja ang mengiringi sebuah perpisahan sementara dengan perlembahan Nil ini..

Cairo International Airport,Egypt

Cairo International Airport,Egypt

‘when are you going back to your hometown?”,tanya seorang kawan kepada saya.

“insya Allah,on 2 August soon”..

“eh,lambatnya!nape lewat sangat awak balik?”tanyanya dengan separuh terkejut.

saya hanya tersenyum sendirian..

tindakan saya untuk pulang ke Malaysia sebulan selepas peperiksaan akhir tahun menjadi tanda tanya semua rakan-rakan saya..

kelas talaqi Al-Quran

Alhamdulillah saya telah diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di bumi Anbiya’ ini.maka,peluang yang datang kepada saya tidak akan saya sia-siakan begitu sahaja.semenjak hari pertama cuti musim panas bermula,saya telah mengikuti pengajian Al-Quran bersanad bersama syeih kabir Al-Azhar As-Syarif di Markaz Bahasa Arab dan Al-Quran yang lebih dikenali sebagai Maahad Iqra’ di Hayyu Asyir,Kaherah..Alhamdulillah,pengajian saya pada hari pertama dan hari-hari seterusnya berjalan dengan lancar..saya telah berpeluang untuk memperelokkan bacaan saya dengan syeikhah Karimah,seorang ustazah yang amat baik dan lembut perwatakannya.saya mengambil masa selama 17 hari untuk menghabiskan bacaan 30 juzuk Al-Quran beserta tajwidnya sekali..sepanjang mengikuti pengajian di sini,saya telah menetap buat sementara waktu di Rumah Negeri Kelantan di Hayyu Sabie,Kaherah.seawal jam 6.45 pagi,saya telah bersiap sedia untuk ke kelas tersebut.saya hanya menaiki tremco-sebuah van kecil yang bayarnnya hanya 75 sen untuk ke tempat pengajian saya..dan kelas saya akan berakhir pada pukul 12 tengahari..Alhamdulillah,dengan berkat tunjuk ajar guru saya,saya berjaya mendapatkan sanad Al-Quran daripada Syeikh Nabil-seorang ulama Al-Azhar As-Syarif..dan insya Allah,semoga dengan penghargaan yang diberikan,saya akan terus bersemangat untuk mendalami Al-Quran dengan bersungguh-sungguh.

Kelas pengajian tafakkuh kitab
Saya juga berpeluang mengikuti kelas talaqi kitab di Rumah Kelantan dan juga di Rumah Pahang.walaupun tidak berpeluang mengikutinya setiap hari,namun apabila ada sahaja masa terluang,saya akan duduk bersama-sama rakan-rakan ustazah yang lain sambil menadah kitab mendengar setiap bait patah perkataan arab yang dilontarkan oleh mursyid.setiap perkataan arab yang asing pada pendengaran saya,saya catat dan hafal maknanya.Alhamdulillah,walaupun tak sepenuhnya memahami bahasa arab,namun saya kini sudah boleh membaca kutaib(kitab/buku-buku kecil tulisan arab).kelas talaki kitab ini bermula di awal pagi selepas Subuh,kemudian disambung selepas Asar dan selepas Maghrib.antara kitab yang diajar seperti kitab tauhid,sirah,fiqah dan nahu.saya berasa teruja setiap kali mengikuti pengajian di sini.

Bacaan Qasidah
apabila terdengar alunan irama qasidah,hati saya merintih sayu..hiba terus menyelinap dalam sanubari..sepanjang cuti ini,saya tidak lupa untuk mempelajari dan mendalami alunan bacaan qasidah-iaitu alunan nasyid yang memuji junjungan besar Rasululullah s.a.w.terima kasih kepada rakan-rakan ustazah yang sudi membantu saya mendalami alunan bacaan qasidah ini.

SPEKTRUM II 08′
pengalaman pertama mengendalikan majlis berprestij ini memang tidak dapat dilupakan.kak Adyana selaku timbalan ketua eksektuif Sidang dan Dewan terus ‘melamar’ saya sebagai AJK Sidang dan Dewan.amanah yang diberikan ini harus dipikul dengan baik apatah lagi unit Sidang dan Dewan merupakan tulang belakang untuk program ini.seminar Peradaban Kerajaan Negeri Kelantan(SPEKTRUM II) dihadiri oleh mahasiswa dan mahasisiwi yang menuntut dalam pelbagai bidang seperti perubatan dan agama.tidak hairanlah,program seumpama ini menyatukan kembali erat persaudaraan yang terjalin antara pelajar perubatan dan agama di sini.SPEKTRUM II kali ini dirasmikan oleh YB Husam Musa(exco Kerajaan Negeri Kelantan) dan dihadiri oleh beberapa dif kehormat yang lain seperti YB Zaki,YB Zailah dan lain-lain lagi.

Emcee?
“hah,emcee?”,hampir tersedak saya dibuatnya tika itu.air sirap yang mengalir di tekak saya seolah-olah berhenti mengalir..saya tersedak. “kak yana nak fatin jadi emcee perasmian pembukaan nanti”,jelas kak Adyana sambil tersenyum ke arah saya. “err..cume kali ini fatin kena cakap bi”.
Huh~saya mengeluh..pening kepala saya dibuatnya..semenjak itu,kelam kabut saya dibuatnya menyiapkan bahan-bahan untuk teks emcee nanti..tambahan pula,saya dilantik sebagai salah seorang ahli panel pengerusi majlis,jadi,tidak dapat tidak,selain menyiapkan teks untuk saya sendiri,saya harus juga menyiapkan bahan-bahan untuk beberapa pengerusi majlis yang lain.
Alhamdulillah,segala yang dirancang akhirnya terlaksana jua pada hari yang dinantikan.bersama gandingan Us Arifuddin selaku emcee Bahasa Melayu dan Us Ariff Fadhilah selaku emcee Bahasa Arab dan saya sendiri selaku emcee Bahasa Inggeris,kami bersama-sama berpadu suara dan tenaga menjayakan majlis perasmian pembukaan pada pagi yang berbahagia itu.

bagaimana pula dengan majlis perasmian penutup?
kali ini saya juga telah ditaklifkan untuk mengemudi majlis ini.cuma kali ini saya tidak bergandingan dengan sesiapa,hanya saya seorang sahaja berada di depan dewan.hati saya berdebar-debar.adakah saya mampu lakukan?pelbagai andaian negatif muncul di minda saya ketika itu.akhirnya saya mengambil keputusan untuk berbincang dengan timbalan pengarah II,Kak Bal.Kak Bal yang terkenal dengan sikap ramah dan penyayangnya itu hanya mampu terkejut apabila mengetahui bahawa saya bakal mengendalikan slot itu sebentar lagi.mana tidaknya,saya seorang sahaja wakil gadis sunti yang bakal berada di hadapan dewan sambil disaksikan oleh ribuan mata ustaz-ustaz di situ.mahukah saya dipertontonkan sedemikian rupa?oh,tidak sama sekali!i’m still have my dignity!akhirnya,setelah kata putus dicapai,saya digantikan oleh seorang ustaz yang cukup berpengalaman dalam bidang pengacaraan iaitu Us Syafiq Irsyaduddin.alhamdulillah,saya menarik nafas lega..terima kasih Kak Bal..

nak tau kisah selanjutnya?tunggu..

to be continued….

Single Post Navigation

2 thoughts on “Kembara Ilmu di bumi Sufi..

  1. salam..
    akak..bestnya dpt blaja talaqqi n tafakuh kitab..alangkah bertuahnya kalau dpt sertai mjls ilmu seperti itu…
    saya selalu wonder bila lah agaknya sy dpt peluang yg sama ye..sy berminat tapi x tau cara…
    akak..nk minta ym akak boleh? xpun..no phone pun ok..
    =]

  2. wildan on said:

    assalamualaikum…fatin kalau tk keberatan bulih tk nak tahu..kak bal yg fatin maksudkan tu dulunya asal sek maahad muhammadi perempuan kan?..klau yer..kak bal masih ade kat mesir ke? kalau masih ade boleh tk dapatkan no contact kak bal utk saya..saya junior kak bal masa kat sek dulu..ingin sgt nk contact kak bal..tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: