..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Erti Sebuah Kemerdekaan..

Merdekakah kita?

Merdeka!!

Merdeka!!

masih terngiang-ngiang laungan keramat ‘merdeka’ yang bergema di Stadium Negara pada 31 Ogos 1957 oleh para pejuang kemerdekaan waktu itu.Masyarakat yang setia pada tanah air dilihat mengalirkan air mata tanda kegembiraan selepas 446 tahun Tanah Melayu dijajah oleh penjajah asing-Portugis,British dan Jepun.di wajah anak-anak muda terpahat seribu pahit manis perjuangan dalam usaha untuk membebaskan tanah melayu daripada cengkaman penjajah.Bermula dengan era Dol Said,Datuk Maharajela Lela hinggalah sampai ke tangan Tunku Abd Rahman sendiri,akhirnya,dengan rahmat Allah,Tanah Melayu dimerdekakan dalam suasana yang penuh aman tanpa sedikit pertumpahan darah yang berlaku.

sudah 51 tahun negara kita mengecapi kemerdekaan.namun persoalannya,adakah kita sudah benar-benar merdeka.dalam erti kata lain,merdekakah kita?jika ditanya kepada anak muda sekarang,apa itu erti merdeka,lantas jawapan hambar yang terpacul dari bibir masing-masing..”bebas,freedom,enjoy”!nah,inikah yang dikatakan merdeka?

Minda terjajah?

confused?adakah minda anda dijajah sekarang?

confused?adakah minda anda dijajah sekarang?

“saya suka Avril Lavinge..she’s hot”,teriak anak muda di salah sebuah sekolah menengah kebangsaan di ibu negara.apa maknanya semua ini?adakah ini dikatakan merdeka?minda anak-anak muda sekarang masih lagi dibelenggu fahaman penjajah.sebut Avril Lavinge,Britney,Westlife..pasti mereka tidak teragak-agak untuk menyebut satu persatu profil bintang pujaan mereka ini.tetapi apabila diajukan soalan tentang para pejuang tanah melayu dan Islam suatu ketika dahulu,mereka pasti terkial-kial untuk menjawabnya.nah!inilah penangannya.akibat kerakusan sistem pemerintahan negara yang ampuh,minda anak-anak muda sekarang menjadi liar-masih lagi dijajah.ya!kita masih lagi dijajah..jajahan minda oleh kuasa barat.lihat saja,baru-baru ini,siri Gang Starz yang mendapat perhatian daripada remaja Islam di negara ini,kelihatan peserta terkinja-kinja di atas pentas sambil disaksikan ribuan remaja islam yang turut sama terlompat-lompat,bergelak ketawa sesama mereka.nah,tanpa disedari,ikhtilat berlaku..tak pasal-pasal,mereka telah menempah tiket untuk masuk ke lubang neraka jahannam kelak..apa yang kita nak jawab di hadapan munkar dan nakir nanti?fikirkan sebelum terlambat..

Sabda Rasulullah s.a.w, “Islam datang dalam keadaan dagang dan berakhir dalam keadaan dagang“.(Hadis sahih).Hadis ini sedikit sebanyak menggambarkan senario yang berlaku dalam masyarakat kita terutamanya anak-anak muda zaman ini.lihat sahaja,budaya hedonisme semakin rancak menghiasi pentas kehidupan remaja zaman ini.mengapa mereka sanggup menggadaikan maruah agama dengan sewenang-wenangnya?para pemikir orientalis yahudi sudah sekian lama merancang dan mengatur pelbagai strategi untuk memporak-perandakan pemikiran anak-anak muda sekarang.mengapa kita yang tergolong dalam golongan cerdik pandai ini yang mengaku bahawa Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah sanggup membelakangkan agama Islam sendiri?merdekakah kita sebenarnya?fikir-fikirkan..

Ubah paradigma pemikiran

ready?ubahlah paradigma anda ke arah kebaikan..

ready?ubahlah paradigma anda ke arah kebaikan..

kehidupan kita di dunia hanyalah sementara,akhirat kekal abadi.ajal menjemput kita tanpa mengira usia,pangkat,darjat dan harta.oleh itu,sempena sambutan kemerdekaan yang akan berlangsung tidak lama lagi,marilah sama-sama kita tanamkan azam dan semangat yang baru untuk sama-sama memerdekakan diri daripada belenggu penjajahan minda oleh kuasa Barat!kita bangsa Malaysia,bangsa berdaulat!ayuh,bebaskan diri daripada penjajahan minda!

merdekakah kita?
merdekakah kita?
kita merdeka?

tepuk dada,tanya iman..kitalah penentu masa depan negara..wahai syabab..

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-51
HAPPY BIRTHDAY MY DEAR DAD!!

Single Post Navigation

One thought on “Erti Sebuah Kemerdekaan..

  1. arjuna on said:

    Hmm.. merdekalah tuu!! Apalagi nak pikir-pikir pasal merdeka kan kita sudah merdeka. Dan generasi kini cuma merasakan gembira dihari kemerdekaan kerana dapat bercuti dan berhibur tanpa sempadan. Dan tv pulak hanya bercerita tentang komunis yang telah lama lenyap. Kerajaan pulak asyik menggembar gemburkan bahawa jika kita tidak bersama dengan BN sudah tentu kita akan dijajah lagi. Padahal penjajah sudah lama tiada, yang ada adalah pemikiran penjajah pada BN yakni ingin terus kekal berkuasa selama-lamanya walaupun rata-rata rakyat telah menyedari bahawa yang berada diatas tidak selamanya kekal disana. Jika 50 tahun selepas Tun Abdul Razak, kita masih lagi berbicara tentang bagaimana nak bertani dan menyediakan kemudahan asas rakyat, dimanakah erti kemerdekaan kita. Ya Kita telah merdeka, merdeka kerana anak cucu kita gembira..walaupun harga barang2 melonjak2 kerana kita masih bergantung kepada keluaran dari negara luar. Negara kita tidak mampu mengeluarkan barangan asas makanan walaupun tanah terbiar sampaike banjaran titiwangsa… Tu lah merdeka… selamat menyambut kemerdekaan.. kerana lagi 50 tahun kita akan bercakap bahasa yang serupa.

Leave a reply to arjuna Cancel reply