..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Salam Ramadhan..

diubahsuai daripada majalah Anis edisi September 2008

Tips Sihat dan Ceria tika berpuasa..

dewasa ini,ramai pakar perubatan mengakui bahawa banyak manfaat yang diperoleh daripada amalan berpuasa yang menjamin kesihatan tubuh badan dan minda.sesuai dengan hadis baginda s.a.w , “berpuasa itu untuk sihat”

berpuasa juga dapat merawat segala jenis gangguan emosi dan jiwa dengan berkesan.dengan berpuasa,kita dapat memulihkan dan menguatkan semangat,menyemai akhlak yang terpuji dan menggalakkan perbuatan yang baik dan menjauhi kemungkaran.Dari Jabir r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: “puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka”.

menurut ahli perubatan,Dr Barsilus dari Switzerland berkata,”manfaat daripada rasa lapar merupakan penawar yang sangat kuat.Ia beberapa kali lebih berkesan daripada mengambil ubat yang ditelan.ini kerana apabila berpuasa,perut kita diberi kerehatan daripada melakukan proses pencernaan.ini sesuai dengan sabda Nabi s.a.w ,”punca segala penyakit datangya dari perut”.

berikut merupakan laporan penyelidikan profesor Nutrisi dari West Virginia University,Prof Dr Mohd Zafar A.Nomani tentang manfaat puasa terhadap kesihatan,berdasarkan kepada sunnah Rasulullah s.a.w.sajian yang dikemukakan diubahsuai dan diadaptasi daripada sunnah diet baginda Rasulullah s.a.w.sajiannya seperti berikut:

makanan sihat,minda pun cerdas

makanan sihat,minda pun cerdas

1. kumpulan karbohidrat(roti,pasta,bikirin)= 6-11 sajian sehari
2.kumpulan daging/kekacang = 2-3 sajian sehari
3.susu dan kumpulan tenusu = 2-3 sajian sehari
4.sayur-sayuran = 3-5 sajian sehari
5.buah-buahan = 2-4 sajian sehari
6.gula tambahan =sedikit sahaja
7.lemak tambahan =4-7 sudu makan

waktu berbuka puasa
1.tamar=3 biji
2.jus = 1 sajian(4 auns)
3.sup sayur dengan sedikit pasta=1 cawan

perlu diingatkan ketika berpuasa,badan akan menjalankan proses gluconeogenesis(proses pembinaan glukosa daripada protein,lemak dsb selain karbohidrat).jadi,apabila waktu berbuka puasa,apa yang segera diperlukan oleh tubuh ialah sumber tenaga yang diperolehi dengan mudah dalam bentuk glukosa untuk sel hidup terumata sel otak dan saraf.Tamar dan buah-buahan ialah sumber gula yang baik.kuantiti tamar dan jus adalah memadai untuk mengembalikan paras glukosa darah yang rendah ke paras normal.(sekitar 75 mg/dl)

manakala jus dan sup membantu mengekalkan keadaan homeostasis dalam badan-mengekalkan keseimbangan air mineral di dalam tubuh.

Sahur

makan bijirin oat atau sumber karbihidrat yang lain sebanyak 1-2 sajian dengan secawan susu.tambahkan 2-3 sudu teh minyak zaitun atau sebarang lemak tak tepu di dalam salad atau bijirin.makan 1-2 sajian buah-buahan sebagai makanan terakhir waktu sahur.(kesemua makanan ini merupakan makanan pembekal tenaga(glukosa) dalam badan)

Senaman

lakukan aktiviti senaman ringan seperti berjalan kaki ketika berpuasa bagi melancarkan lagi perjalanan darah.
solat terawih dan solat sunat yang lain merupakan salah satu daripada aktiviti senaman untuk menjana kesihatan akal dan jasmani yang sihat.

Elakkan..

1. makanan bergoreng dan berlemak
2.makanan/minuman yang bergula
3.makan berlebihan semasa sahur
4.banyak minum teh semasa sahur(teh bersifat diuretik-mengandungi bahan dipanggil theophylinne dan menggalakkan kencing.justeru badan tidak dapat mengekalkan keseimbangan air dan mineral dalam tubuh)
5.merokok

rujukan

1.majalah Anis edisi September:Berpuasa untuk sihat karangan Suraiya Pauzi

Single Post Navigation

2 thoughts on “

  1. salam ziarah dari bumi Dublin.. jemput2lah ke blog hamba..🙂

  2. I must be honest not really sure i completly buy the whole food pyramid thing.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: