..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

my journey at HUSM

“you,wearing white scarft and brown blouse..tell me about the diagnosis of this patient?”..
Huh~masih terngiang-ngiang kata-kata seorang doctor sewaktu saya melakukan latihan separa praktikal di Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM) sewaktu bercuti selama 2 bulan di Malaysia baru-baru ini.nak tahu kisah selanjutnya??

“me?”..
“yes,of course.this patient has bradycardia,hypotension,what should we do to overcome her problem?”..tegas doctor sambil membetulkan kaca matanya.
“err..err..”,saya memandang kesemua pelajar perubatan USM di situ.semuanya berjumlah 12 orang..
“what did you say?!hah?err..err..you as a medical student,you should know the simplest thing in ur medical practice..don’t you know that?you’re gonna be a doctor one day..how are you gonna treat this patient easily..you make me sad today..with high reputation of USM medical student….”
“doc..i’m very sorry..frankly,I am a pre-clinical medical student and currently I’m studying at Cairo University.whatever it is,I appreciate for what have you said to me just now..i’m willing to be the best doctor like you..insya Allah..”

What happen next?

“owh..really?why don’t you said it earlier?haha..but you really make me think of something..keep it up a good work and perhaps you gonna be a very good doctor one day..study hard as you can.ok..class..dismiss!But don’t forget to submit your case about this patient next week,ok?”

OK!..bergema satu wad dibuatnya..(macam dalam cite korea la plak..)

with my patient~

with my patient~

Fuh~saya menarik nafas lega yang teramat..sesi round bersama doctor dan 12 orang pelajar perubatan Universiti Sains Malaysia begitu membuatkan saya berfikir~berfikir untuk jadi yang terbaik di antara yang terbaik!!

Seringkali mahasiswa perubatan yang menuntut di luar negara dilemparkan dengan tohmahan dan sindiran yang kadang-kadang tidak masuk akal..baru-baru ini,saya berkesempatan berjumpa dengan senior saya yang kini sedang menjalani latihan praktikal sebagai seorang intern di HUSM,Dr Zuhdi..

Amanat Dr Zuhdi,

“belajar rajin-rajin dan bersungguh-sungguh..mesti ada himmah ‘aliyah..buktikan pada masyarakat bahawa kita semua,mahasiswa perubatan Mesir mampu berdiri sama tinggi dengan penuntut perubatan dalam negara..jangan jadikan kata-kata saya ini sebagai cabaran kerana jika anda menganggap sebagai cabaran,niat anda akan tersasar daripada landasan yang sebenar..dalam erti kata lain,niat anda hanyalah untuk membuktikan bahawa anda lah yang terbaik,andalah yang patut dipuji…sepatutnya,anda harus setkan minda bahawa kepulangan anda ke Malaysia nanti untuk ‘melengkapi’ antara satu sama lain..bantu membantu..berkongsi ilmu dan kepakaran yang ada..kerjaya doctor merupakan kerjaya yang mulia,jangan cemarinya dengan perkara yang remeh..yang ahsannya-sepakat membawa berkat”..

Saya mengangguk-angguk tanda setuju dan menyokong segala kata-kata senior saya tadi..

“ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tak berbuah”

Pagi yang cerah.sejurus tiba di perkarangan hospital,saya dan Kak Irham(mahasiswa perubatan tahun 4,Kuliah Perubatan,Mansoura Universiti) terus menapak ke lobi utama dan melaporkan diri di Unit kejururawatan,tingkat 8,HUSM. Tepat jam 8.30pagi,saya dibawa oleh Kak Mashitah,seorang jururawat yang ditugaskan untuk membawa dan menyelia kami di wad sakit puan..

Pintu ditolak.saya dan kak Irham dibawa berjumpa sister yang menguruskan wad tersebut.saya memerhatikan keadaan sekeliling.suasana wad yang sejuk dan tenang amat menyenangkan hati saya.di sini,saya diperkenalkan dengan seorang doctor wanita yang merupakan seorang pakar sakit puan.sejuk mata memandangnya..seorang Muslimah doctor,lengkap dengan bertudung litup dan berjubah biru,memegang steteskop di tangan,dia terus menyambut kami dengan kuntuman senyuman yang mendamaikan..

wanita-solehah
Salam disambut.
“adik berdua ni belajar kat Mesir ye?”..tegurnya dengan senyuman yang masih tak lekang dari bibir.
Kami mengangguk.spontan.Dia tertawa.kami tersentak..
“tahniah..doktor harap adik mampu menjadi muslimah doctor..kite dah belajar kat Negara Islam,belajar sebanyak mungkin ilmu kat sana..balik nanti tolong orang Islam kat sini”.Doktor tadi menepuk bahu kami dan berlalu.kami terdiam.masing-masing memikirkan sesuatu…

Pengalaman hari ini di wad O&G betul-betul menguji kesabaran saya.kami ditugaskan di setiap wad bermula jam 8.30pagi hingga jam 4 petang.tatkala melihat makanan di kafetaria hospital,timbul keinginan untuk mecubanya..namun apakan daya..bulan puasa..hmm..

Apa tugasan saya di setiap wad?
Owh~begini..saya ditugaskan untuk mengambil history pesakit,examination dan melihat prosedur perubatan yang biasa dilakukan oleh nurse ataupun doctor di sini.contohnya,prosedur ECG,menyukat suhu,mengambil BP,urinary catheterization dan mengambil darah.saya juga ditujuk ajar cara-cara melakukan cannulation dan injection sama ada IV,IM,SC…

\Peristiwa 1..

Tempat :wad medical

Selepas memberi salam dan memperkenalkan diri,kami menemuramah Mak Mah
Mak Mah: mok cik keno kencing manis lamo doh..bertahun-tahun..
Kak Irham : owh..mok cik ado amik ubat gapo sebelum ni?
Mak Mah : tok tahu la..ubat gitu-gitu jah..mok cikpun tok reti la doctor..

Azan Asar berkumandang.kami memberi laluan kepada azan.

Kak Irham :dah asar dah ni..ambo gi semaye dulu deh..hmm..sebelum tu nok tanyo mok cik la..mok cik smaye dok kalau sakit-sakit lagu ni?
Mak Mah:eh,keno smaye ko doctor?mok cik tok tahu la..tak dok sapo-sapo pun oyat ko mok cik..
Kami menarik nafas panjang..
Saya : mok cik,kito org Islam,kewajipan utamo kito solat..Islam ni ibarat rumoh..dan tiangnyo adalah solat..kalu runtuh tiang,runtuh la rumoh..begitu jugok dengan agama kito..sakit macam mano pun,mok cik keno smaye tuh..tok leh smye sambil berdiri,mok cik buleh duduk,tok leh jugok,mok cik baring..islam nak mudahkan umatnyo..
Mak Mah : oo..baru mok cik faham.patutla mok cik tengok kawan mok cik sebelah ni,walaupun sakit,dio tetap smaye..kalu gitu,mok cik nok gi smaye la doctor..
Saya :mok cik buleh guno debu untuk tayammum..nanti ambo mitok kat nurse..

Saya lihat Mak Mah gembira sekali.
Rasulullah s.a.w bersabda “sampaikan dariku walaupun satu ayat”

Rasulullulah s.a.w bersabda lagi “sesiapa yang mengucapkan la ilaha illallah..maka dia adalah pendakwah”

Sahabat semua,pentingnya kita mengajak manusia lain ke arah kebaikan.menjadi kewajipan kita semua untuk menyebarkan Islam kepada semua berlandaskan metode dakwah yang betul.oleh itu,penting bagi kita semua,sebagai penuntut perubatan untuk mengusai soft skill yang kadang-kadang dipandang enteng oleh semua pihak.

‘al-islam yu’la wala yu’la alaih’..

Single Post Navigation

One thought on “my journey at HUSM

  1. Assalamualaikum….

    Lama betul awak tak update blog ni. Actually dah lama saya ikuti blog awak ni. Rasanya dari awal tahun ni atau dari tahun lepas lagi.

    Pengalaman awk buat elektif kat HUSM tu mengingatkan sy kisah sy first time buat elektif kat HUSM, sorang2 pulak tu. Jadi termangu2 lah jugak sy.hehe.. Ape tu bagus buat elektif masa cuti ni. Kalau tak nanti balik kolej otak dah jadi ‘beku’ balik :p

    Sudilah kiranya awak link blog sy di blog awak.

    Salam ukhwah dari saya.

    Mohd Rizuan Bin Ali,
    http://www.akupunyacerite.blogspot.com
    http://www.astromas2020.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: