..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Anugerah Niqabi

salam sejahtera buat semua..

(post kali ini ditulis setelah mendapat banyak pertanyaan daripada sahabat berkenaan niqab)

wanita hiasan dunia..seindah hiasan adalah wanita solehah~

wanita hiasan dunia..seindah hiasan adalah wanita solehah~

“kak atin,cane ek perasaan bila pakai niqab?”tanya seorang junior kepada saya..

“alhamdulillah”..jawab saya sambil mengukir senyuman yang terlindung di balik niqab..

Anugerah Niqabi?antara tuntutan dan kewajipan..

Alhamdulillah,serafa’ kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana telah membuka pintu hati saya untuk bersama-sama dalam golongan muntaqibat..walaupun saya mengambil jurusan perubatan,namun itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus berjuang bersama muntaqibat yang lain..

niqabi atau purdah merupakan kain yang digunakan untuk menutupi wajah daripada pandangan ajnabi.kebanyakan wanita berniqab di Arab Saudi,Mesir dan di negara-negara Barat.terdapat banyak khilaf di dalam hukum pemakaian niqab..ada yang mengatakan sunat dan ada pula yang mengatakan hukum memakainya harus.

detik-detik indah..

semuanya berlaku sekelip mata sahaja.memang semenjak di tahun pertama lagi,saya memang berazam untuk berniqab tetapi atas faktor-faktor tertentu,niat saya tertangguh..sehinggalah pada awal bulan November baru-baru ini,saya mula berjinak-jinak dan mula menghayati pemakaian niqab ini.selain itu,saya juga mendapat galakan daripada ibu bapa,kawan-kawan,ustaz dan ustazah.pengalaman pertama memakainya..alhamdulillah,i feel overprotected!!ia amat memudahkan pergerakan saya ke mana-mana(tambahan,saya ni jenis tak lekat dok rumah,selalu keluar untuk menghadiri kelas-kelas luaran(tuition/kelas agama),smart circle,ke rumah negeri).

alhamdulillah,saya juga turut mengamalkan memakai niqab ke kuliah.alhamdulillah,2 minggu sudah berlalu dengan tenang..tanpa ada apa-apa halangan..cuma,baru-baru ini,saya telah ditegur oleh beberapa orang doktor dan mereka tidak menggalakkan saya memakainya ke kuliah..alasan~

1.kerajaan Mesir sendiri telah mengeluarkan arahan kepada mana-mana penuntut universiti supaya tidak memakai niqab ke kuliah..(baru-baru ini sahaja)

2.kuliah kami berbeza from other egyptian as well as i’m JPA’s student(scholar student)..

3.”I cant see your facial expression!!”..

Pada mulanya,selepas peristiwa tersebut,saya tetap memakainya ke kuliah,namun,setelah ditegur buat kali kedua,saya tidak lagi memakainya.walaupun jauh di sudut hati,terasa sedih yang teramat,namun demi kemaslahatan bersama(tak nak dengar diorng complaint Malaysian student is stubborn and tak nak jejaskan reputasi Malaysian student),saya terpaksa ‘tawakkuf’ niqabi di kuliah sahaja.tapi,Alhamdulillah,di luar waktu pengkuliahan(universiti),saya masih lagi memakainya..doakan semoga saya thabat dan istiqamah terhadap apa yang saya lakukan..Ya Allah,berikanku kekuatan untuk mengharungi ranjau duniawi ini~

Ala kulli hal,setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya..be yourself!!

Buat sahabat di luar sana,laksanakanlah setiap perkara yang kita lakukan kerana Allah..jika anda diuji dengan sesuatu yang tidak diduga..ingatlah,Allah sayangkan anda..Allah sentiasa ada bersama kita..teruskanlah langkah ke hadapan,jangan pandang ke belakang..kerana setiap apa yang ditakdirkan buat kita pasti terselit 1001 hikmah yang tersembunyi..

Al-Islam yu’la wala yu’la alaih…

Single Post Navigation

13 thoughts on “Anugerah Niqabi

  1. tahniah! semoga kuat ok

  2. effysaiful on said:

    tahniah n semoga diberi kekuatan utk istiqamah dalam memenuhi tuntutan berniqab..aminn~

  3. princess kacang on said:

    tenanglah sahabat.moga dithabatkan hatimu. =)

  4. shafiq irsyad on said:

    ..Alhamdulillah,semoga us menjadi doktor muslimah yang diredhai Allah SWT,kuatkan semangat! setiap sesuatu kebaikan yang us lakukan pasti ada ganjaran baik dari Allah SWT. moga us istiqamah dengan setiap perkara yang baik yang us lakukan dalam kehidupan us.SYABAS dan TAHNIAH us.moga Allah memberi kekuatan pada us dalam menempuh mehna dan tribulasi yang datang.bittaufiq wannajah siiru ala barakatillah.Allahumma faqqihna fiddeen w’allimna ta’wil.Allah iftah alaik..amin

  5. Salam kak atin..

    ikhwah azhar ada cakap dekat ana….ada 5 sebab mengapa akhawat pakai niqab….

    1-tok sir wi masuk habuk
    2-terlampau cantik
    3-tok comel
    4-tok sir wi orang lain tahu duk wwat gapo..
    5-tok ingat doh..

    ana tak tahu ni…ana dengar dari kawan kat Al-azhar

  6. izzrawda on said:

    thanks to all sahabat..doakan sy ye..
    emm..buat sisyahid…sape sbnrnye sisyahid ni?buleh k.tin nak tau?

  7. saya amat tertarik membaca catatan anda..

  8. salam alayk.. baru je taw ade akak (sje pgil akak) yg pakai niqab, moga istiqamah insyaAllah

    n sisyahid, 5sbb tu x smsti boleh apply utk smue org kan? masing2 ade pndangan sndiri, cume jgn buruk sngke @ terlalu cpt dlm menilai (ust Azhar tu melawak je kot) =)

  9. atiqullah on said:

    Alhamdullillah..semoga Fatin terus istiqamah dan kuat dalam menempuh cabaran..

  10. mabruk.semoga istiqomah.kyana doakan atin.

  11. Tapi kenapa pelajar Malaysia bila pulang ke malaysia terus buang niqab,,,,,,,,,,

  12. Pemakaian niqab merupakan lambang wanita mukminah..namun ulama As-Syafi3iyyah dan Imam As-Syafie sendiri tidak mewajibkan pemakaian purdah mutlaqan kecuali jika tanpanya boleh membuka pintu fitnah.

  13. sufiah ismail on said:

    alhamdulillah,.atin..bagus atin ikut waqi’ & suasana.(ble rasa kperluan utk bukak tme kuliah )…kpd yg len ust ana pernah gtau JGAN PERSOALKAN SGT/PERTIKAIKAN ISU NIQOB..bnda KHILAF,masalah FURU’ x yah kita pertikai..if di mesir akhowat pakai,tapi balik msia x pakai..usah persoalkan kat akhowat tu..BUKAN WAJIB kan..ramai yg pakai kat mesir sbb ikut waqi'(utk lebih mnjga)..lagipun ramai yg pakai kat cni..tapi if ada akhowat balik msia bukak niqab coz utk seng nak dakwah,dekati masyarakat..x salah kan..JANGAN SUSAHKAN DIRI KERANA NIQAB..KRN X WAJIB..banyak ag isu ummah & fardhu ain len yg perlu kita amik cakna..A’la kulli hal buat atin.i’ll be beside u as u ar in da rite path..MUNTAQIBAT TAU KNAPA mereka BERNIQAb..USAH dpersoalkn masalah hati ikhlas @ x. coz only HE knows everything..salam mujahadah atin =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: