..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Salam Maal Hijrah 1430H

Hijrah~hijrah~

Hijrah~hijrah~

Alhamdulillah,diri ini masih lagi diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk meneruskan hidup di dunia fana ini..sedar tak sedar,kita telah menjengah ke fasa baru-1430 H..alhamdulillah,pujian padaNya kerana telah meminjamkan nafas selama 21 tahun menjadi hambaNya..entah apa status diri ini sekarang..semakin dekat padaNya atau semakin jauh daripada nurNya(nauzubillah)…seringkali,diri ini selalu mendoakan agar diberi kekuatan dan petunjuk ..

‘tunjukkan kami jalan yang lurus’-(Al-Fatihah:5)

diri ini merenung pada kejadian yang berlaku 28 Disember 2008 di mana 1429H baru saja ingin melabuhkan tirainya,dunia dikejutkan dengan pengeboman Palestin oleh Israel laknatullah yang meragut nyawa seramai 280 orang dan kira-kira 600 orang cedera dalam peristiwa kejam tersebut..diri ini merintih sayu..di benak fikiran terbayang bagaimana mesingan peluru mengejar mangsa-mangsanya tanpa rasa belas kasihan..anak-anak kecil menjadi mangsa,wanita-wanita turut menjadi bahan eksperimen manusia bertopengkan binatang!!ayyuha syabab!bangkitlah!bangkitlah!jangan kau biar sekali lagi Palestin diperkosa!jangan kau biar bakal pewaris Salahudin AL-Ayubi cedera menderita!jangan kau biar wanita-wanita cerminan Rabiatul Adawiyah ditindas!jangan kau biar ISLAM dihina sedemikian rupa!!Allahu akbar!!

wahai syabab!ubahlah minda kita semua..tanamkan sensitiviti terhadap isu-isu yang membabitkan maruah ISLAM..mari lah sama-sama kita berhijrah..hijrah ke arah perdamaian..hijrah ke arah keamanan..hijrah ke arah kesaksamaan..

ini baru cerita Palestin…bagaimana pula dengan cerita hidup kita?graf kehidupan yang penuh dengan onak duri,suka duka,pahit manis kehidupan yang merupakan entiti alam..takdir hidup yang berpaksikan pada keimanan dan keyakinan pada Allah s.w.t..kembalilah pada fitrah..

duduk diam-diam.ambil pen dan kertas.cuba catat satu-persatu apa yang telah kita lakukan selaku bergelar seorang Muslim Mukmin..bukan Muslim pada nama..dan setiap apa yang kita lakukan,cuba nilaikan kembali,dan segera bertindak ke arah yang lebih baik..kelak berjaya menjana pemikiran dan attitude “How to be the effective Muslim Mukmin person..”…jangan mudah untuk berkata ‘tidak’ pada sesuatu yang belum kita lakukan lagi..sebaliknya ‘cuba’ untuk melakukan sesuatu perkara dengan baik dan cemerlang..

buat semua,sempena Maal Hijrah 1430H,jom tanam azam baru!tapi awas..jangan terlalu drastik dalam melakukan perubahan..binalah keyakinan dahulu..buat secara istimrar dan berterusan..moga kejayaan dunia akhirat milik kita bersama..Moga roh Hijrah akan terus bersemarak untuk saban tahun dan tiap ketika..

Selamat menyambut Maal Hijrah 1430H dan welcome 2009!!

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: