..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

seruan Palestin..

“kak tin,ade program derma darah untuk Palestin kat Kasr einy hari ni”..jelas adik junior saya,Efa..

“Donate your blood to Palestinian..Saturday and Sunday,at baitul Hikmah,Kasr El-Ainy street,Cairo..from 9am-9pm”

“ye k?”jerit saya..teruja..sudah lama saya menantikan saat ini.walaupun kesihatan saya tidak pulih sepenuhnya lagi,namun saya tawakkal padaNya..dan walaupun tidak dapat berjuang,memegang senjata bersama-sama jundu Palestin..namun,bagi saya,perjuangan saya untuk membantu saudara-saudara saya di Palestin hanyalah dengan cara ini..menjadi sukarelawan tak bertauliah..apalah nak diharapkan dengan sejumlah darah 63ml(1 beg) jika dibandingkan dengan beratus-ratus nyawa yang telah terkorban,menjadi mangsa rakus kezaliman Zionis..apakah dosa mereka semua?anak-anak kecil yang tidak pernah mengenal erti hidup dibunuh hidup-hidup,wanita-wanita dibunuh dengan kejam tanpa ada secebis pun rasa belas kasihan terhadap mereka..

housemate ku yang very2 sporting nd supportive!semangat nak derma darah time ni..syg lin n kak az..

housemate ku yang very2 sporting nd supportive!semangat nak derma darah time ni..syg lin n kak az..

view at blood donation camp~kitorng ms ni tengah berangan jd sukarelawan MERCY Malaysia..haha(look at the place!)

view at blood donation camp~kitorng ms ni tengah berangan jd sukarelawan MERCY Malaysia..haha(look at the place!)

Petikan berita..

Kaherah 8 Jan 2009:Berikutan dengan serangan Israel ke atas Ghaza,pimpinan-pimpinan mahasiswi Asia Tenggara yang menuntut di bumi Anbiya’ ini bersatu hati membantah dan mengecam serangan tersebut yang disifatkan sebagai kejam ,tidak berperikemanusiaan dan merobek maruah umat Islam.Berikut adalah kenyataan-kenyataan mereka:

Kami barisan kepimpinan PMRAM 2008 bersama seluruh saf kepimpinan BKAN & DPM serta seluruh umat islam di serata dunia sebulat hati dan suara, mengutuk, mengecam dan menyatakan rasa tidak bersetuju dengan kezaliman dan tindakan yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap penduduk—penduduk di Palestin seterusnya menyeru kepada sahabat –sahabat supaya terus melipatgandakan doa kita untuk mereka , solat hajat beramai-ramai dan qunut nazilah moga –moga mereka diberi kekuatan , kesabaran dan nusrah dari Allah bagi menghadapi kezaliman pihak—pihak kuffar ini. Allahhuakbar,Allahhuakbar,Allahhuakbar. Sedarlah sahabat-sahabat dan marilah sama-sama kita mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang berlaku dan sedaya upaya menyelami dan merasai derita dan kesengsaraaan sahabat—sahabat dan saudara—saudara kita di bumi Palestin.Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w

diantara penyumbang peluru yang menembusi saudara—saudara kita disana .
Akhirnya , marilah kita sama—sama berdoa moga bumi barakah ini terus dipelihara oleh Allah s.w.t dari di cerobohi oleh pihak kuffar laknatullah.
من لم يهتم بامر مسلمين فليس منهم Disamping itu juga, marilah kita sama—sama perkasakan kempen boikot barangan yahudi bersama –sama mudah mudahan kita tidak tergolong

Norfaizah Md Ali
Tim Pengerusi HEWI PMRAM

Kami dari pihak PERKEMAS mengutuk serangan tentera Israel yang tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin samada yang Islam mahupun Kristian. Jangan jadikan konflik politik penyebab ramai wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa. Kami menggesa seluruh umat Islam sedunia untuk bersatu dan bangkit bersuara menentang kekejaman yang berlaku terhadap saudara seIslam kita di Palestin dan mengharapkan genjatan senjata serta merta.

Fazidah Manap

Ketua Siswi PERKEMAS

Agresi militer yang dilakukan oleh Israel sungguh telah melampaui batas. Dengan dalih ingin menghancurkan Hamas mereka membunuh ratusan rakyat Palestina yang tidak berdosa. Semua orang yang berakal pasti akan mengutuk perlakuan Israel yang sangat tidak berperikemanusiaan.

Israel mungkin tau cara masuk ke Palestina, tapi mereka tidak akan tau bagaimana cara keluar dari Palestina. Karena Israel akan menjemput kematiannya disana.

Kami sebagai perwakilan Mahasiswi Indonesia menghimbau kepada segenap Umat Muslim di dunia untuk terus memberikan dukungan baik moril maupun materil bagi rakyat Palestina berupa sumbangan do`a, dana, tenaga, darah bahkan dengan nyawa. Kemudian mari kita boikot seluruh produk Israel, dan senantiasa berdo`a bagi keselamatan saudara-saudara kita di Palestina.

Allahu Akbar!!!

Aprina Levy Wulandari
Ketua WIHDAH PPMI 2008-2009

semalam berlalu meninggalkan kenangan buat saya dan kawan-kawan seumur hidup.Moga setiap beg darah yang didermakan dapat memebantu menyelamatkan satu nyawa untuk rakyat Palestin..mudah-mudahan allah membantu kita semua dalam imtihan nanti..Allhamdulillah,Allah telah memberi peluang kepada kami semua untuk berjihad bersama-sama rakyat Palestin di Gaza.semoga Allah memberi kekuatan kepada mujahidin kita di sana..dan buat semua sahabat di sini,teruskan berdoa,memohon kepada Allah s.w.t agar Palestin dan umat Islam seluruhnya dapat diselamatkan daripada tangan-tangan rakus Zionis..Allahu akbar!!

“Islam tidak pernah jatuh dan tidak akan selama-lamanya jatuh.Islam pasti bengkit semula suatu hari nanti!”
“Al-Islam ya’lu wala yu’la alaih”

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: