..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

“Jadi yang luar biasa”-part 1

Kebanjiran pelajar perubatan ke Perlembahan Nil ini menuntut kita semua untuk berfikir,mencari satu resolusi yang kadang-kadang tak mampu dicapai dengan akal sekalipun.saya sendiri terkejut apabila diberitakan pelajar perubatan di Mesir sudah mencecah ribuan orang..wah,gembira sekali pihak Kementerian Kesihatan Malaysia apabila mendengar angka sejumlah ini!dan di kalangan doktor-doktor sendiri pun,mesti ada yang tersenyum lebar apabila mendengar bilangan ini..jadual on-call tak perlu padat-padat lagi,masa untuk family dah terisi,penat lelah berkejar-kejar dengan pesakit tak perlu dirisaukan lagi..ALHAMDULILLAH..

images-doc

kualiti vs kuantiti

dianggarkan bilangan graduan perubatan Mesir yang akan balik berkhidmat di Malaysia pada 2012 nanti mencecah seribu orang!hmm..saya merenung sejenak..itu baru graduan lulusan Mesir(Cairo universiti,Mansoura un,Al-Azhar,Ain-Shams,Zagazig,Tanta dan Alexandria)..tak campur lagi dengan graduan-graduan negara lain..

saya tersenyum sendirian apabila ada sahabat yang berjenaka dengan saya mengenai isu ini..

“aku pikir bila kite grad nanti,semua hospital jadi ke’mesir’an la lepas ni..doctor-doctor pun cakap bahasa ammiyah mesir jap lagi..tak caya..kau tengok la nnti..sampai nurse yang nama zaiydah boleh terperasan bile ko cakap ‘zai dah'(macam ini) dan ulang-ulang ayat ‘zai dah helwa'(macam ni baru cantik/ok)..hai..senyum sorang2 la nurse brnama zaidah ko nanti..haha!”

saya tersenyum.mengangguk lemah.mengiyakan apa yang sahabat saya perkatakan tadi.

“tapi aku pikir,kite kene jadi lain dari yang lain..jadi yang LUAR BIASA..”,terang sahabat saya tadi dengan begitu bersemangat..

saya termenung sejenak.hmm…betul kata-kata sahabat saya tadi..jadi yang LUAR BIASA..untuk menjadi yang luar biasa,kita perlu menyiapkan diri dengan pelbagai aspek-aspek fizikal,aspek ilmu,aspek soft skill dan sebagainya..

saya terpanggil untuk berkongsi dengan sahabat semua mengenai pengalaman saya melakukan attachment di HUSM.saya pernah berborak dengan seorang doktor yang merupakan pakar dalam bidang kritikal dan kecemasan.saya begitu kagum dengan beliau tatkala melihat kecekapan beliau dalam mengendali kes-kes kecemasan..seriuosly!kenangan yang tak mungkin saya lupa ialah ketika berada dalam wad A&E..macam dalam cite ER..tabik springg kat doktor-doktor HUSM kerana berjaya memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pesakit!!

ok,berbalik kepada kisah pertemuan saya ngn doktor tadi,beliau menasihatkan saya supaya belajar ilmu perubatan dengan bersungguh-sungguh dan antara kata-katanya yang membuatkan saya lebih bersemangat ,” kat Mesir kurang praktikal..kurang berkualiti..semua orang tahu hakikat ini..doktor-doktor lepasan mesir yang keje kat sini pun mengakui hakikat itu..jadi..saya cabar awak Dr Fatin!awak mesti buktikan yang awak boleh..awak kene jadi yang luar biasa!!”..

mata saya berkaca-kaca tatkala mendengar sebuah nasihat daripada seorang doktor yang amat disegani di sini.betul!saya mesti jadi yang luar biasa!!

jadi,buat sahabat di luar sana yang saya sayangi semua,ayuh,kita sahut cabaran ini..rakyat Malaysia memang mengharapkan sesuatu yang terbaik dari kita semua..pulanglah anda nanti berkhidmat dengan sebaik mungkin..mulakanlah langkah untuk jadi yang luar biasa bermula SEKARANG!!buat segala perancangan dengan rapi diiringi dengan doa dan tawakal padaNya..moga semuanya pulang dengan membawa title Muslim Doktor yang diidamkan!!amin..

pesan Pak Hassan Al-Bana:tanggungjawab kita lebih banyak pada masa yang ada..

‘Menjana Mukmin Doktor”(hehe..pinjam tema Biro Pembangunan Insan,PERUBATAN,Mesir)

Ingin tahu apa yang dikatakan LUAR BIASA..nantikan entry yang seterusnya..to be continued..

SAYA INGIN JADI YANG LUAR BIASA!!-fikir-fikirkan!

Single Post Navigation

2 thoughts on ““Jadi yang luar biasa”-part 1

  1. salam fatin.
    eh..tukar layout? hehe..yg ni tampak lebih matang..hehe..
    waiting for ur next entry!^_^
    al d best exam sabtu ni..=]

  2. tapi kan cube fikir..kalo sume jadi luar luar biasa ..last2 luarbiasa akan bertukar menjadi biasa …..ke camne?..hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: