..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

“Jadi yang luar biasa”-Part 2

salam dihulur pengikat kasih..moga-moga sahabat di luar sana sentiasa bersemangat dan terus bersemangat menempuh hari-hari yang mendatang..moga ceria-ceria selalu..

semenjak post saya yang bertajuk “jadi yang luar biasa”-Part 1 tersiar di halaman ini,saya mendapat banyak respon dari kawan-kawan semua sama ada melalui ruangan komentar di bawah ataupun melalui mesej SMS yang dihantar oleh teman-teman.hakikatnya,mereka menginginkan jawapan sebenar di sebalik tajuk yang saya kira misteri ini.hehe..saya kehilangan kata.sebenarnya,saya ingin menyambung artikel ini selepas saya habis imtihan nanti..namun,melihatkan feedback daripada kawan-kawan yang ingin sekali mengetahui maksud tersirat di sebalik penyataan “jadi yang luar biasa”(JLB),akhirnya saya meluangkan sedikit masa untuk berkongsi dengan anda semua.moga-moga beroleh manfaat dan pengajaran.

13_11-ayat-allah

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa-apa yang dialami oleh sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka” [al-Ra’d 13: 11]

Perjalanan hidup sebagai seorang HambaNya tidak pernah lekang daripada diuji dengan pelbagai ujian yang mendatang.ada orang diuji dengan ujian kesabaran,ada orang diuji dengan ujian kesihatan dan ada orang yang diuji dengan ujian hati dan perasaan..begitulah rempah ratus kehidupan yang penuh dengan 1001 hikmah yang tidak mungkin dapat ditafsir dengan minda jiwa Hamba..sesungguhnya setiap ujian yang datang mematangkan hidup seseorang dan setiap dugaan yang menimpa kita menunjukkan tanda sayangnya Allah kepada kita..Alhamdulillah,kita telah terpilih untuk menjadi hamba kesayanganNya..tak mahukah kita?saya sendiri pernah diuji dengan dugaan yang maha dasyat..ujian sakit dan ujian hati dan perasaan..walaupun pada mulanya payah untuk saya menerimanya,namun saya tahu Allah masih sayangkan saya..dan konklusinya,setiap dugaan yang mendatang kepada saya,saya akan mengadu kepada Kekasih saya,saya hamburkan segala kesedihan kepadaNya kerana saya tahu “La ila ha illallah”..

dugaan mematangkan hidup..la tahzan!

dugaan mematangkan hidup..la tahzan!

Apa kaitan Ayat Allah di atas dengan kisah saya sebentar tadi?hmm..(termenung sejenak).

Gugusan penderitaan yang saya alami selama ini tidak saya terimanya dengan begitu sahaja..tetapi apabila mendengar ayat di atas,membuatkan saya berfikir bahawa peta kehidupan kita bukanlah terhenti setakat ini.banyak lagi perkara yang harus kita terokai.ayat ini menegaskan supaya kita berfikir dan bertindak secara “out of the box”.kita bukan manusia robot!kita manusia yang bertamadun,percaya adanya Allah dan Rasul dan pegangan tauhid inilah yang membuktikan bahawa kita mampu bergerak maju ke hadapan dan berusaha untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih positif..hasilnya..”JADI YANG LUAR BIASA”

images-frog

Kisah Katak.

Ada dua ekor katak.

katak satu tinggal di sebuah pedalaman dan menghabiskan sisa hidupnya di bawah tempurung sebagai tempat tinggalnya.

katak dua tinggal di kawasan bandar dan dipelihara oleh seekor katak besar dan tinggal di dalam rumah kaca lutsinar yang besar dan mewah.

pada suatu hari,satu letupan telah berlaku di negeri mereka.

katak satu hanya dapat mendengar bunyi letupan dan merasakan gegarannya sahaja,tetapi dia berkata “emm,mungkin bunyi sang Gajah yang hendak turun bersiram ke kolam tu agaknya”..Gajah??

katak dua lebih bernasib baik kerana dapat menyaksikan peristiwa letupan tersebut dengan matanya sendiri.dia hendak menyelamatkan kawan-kawannya di luar sana.namun,apakan daya,tuannya tidak membenarkan sang katak keluar daripada rumah kaca tersebut.

akibatnya..kesan daripada letupan tersebut,seluruh negeri katak terbakar dan kedua-keduanya mati hangus dalam peristiwa tersebut.

pengajaran.

jangan sesekali jadi seperti katak di bawah tempurung..tidak tahu apa-apa yang berlaku di luar sana.sebaliknya,terus menyerahkan takdir bulat-bulat kepada penciptaNya tanpa ada sebarang usaha untuk mengubah nasib hidupnya..(lihat saja,katak satu tidak dapat membezakan antara bunyi letupan dan bunyi derap kaki gajah)

katak dua pula ada keinginan untuk berubah,tetapi setiap perubahan yang hendak dilakukannya sentiasa terhalang dan dihalang oleh pihak lain..namun,jika katak dua mempunyai semangat ‘think out of the box”..berfikir menjangkaui pemikirannya,maka katak dua boleh melepaskan diri daripada rumah tersebut dan boleh menyelamatkan kawan-kawannya yang lain..di sini lah pentingnya konsep “JADI YANG LUAR BIASA”..

images-out-box

Kawan-kawan,

kehidupan sekarang tidak seperti dahulu.betul tak kalau saya katakan,kehidupan kita penuh dengan persaingan?persaingan untuk merebut kuasa,persaingan membolot harta,persaingan merebut pangkat,persaingan menjadi yang terbaik?namun,untuk apa semuanya ini?dunia semata-mata.namun,jika kita betulkan sedikit konsep persaingan ini…jom kita bersaing untuk menjadi “YANG LUAR BIASA” di sisi Allah?

Bagaimana?

baiklah,saya ingin mengecilkan skop perkongsian saya.ingin saya sentuh mengenai kehidupan sebagai seorang pelajar perubatan.memang tidak dinafikan,kehidupan pelajar perubatan memang memeritkan dan memayahkan.hidup ditimbuni buku-buku,kuliah berjam-jam memaksa ilmu diserap masuk dengan kadar maksimum tanpa mengira tahap tepu!,assignment yang berlambak-lambak..tapi,pernahkan kita persoalkan diri kita..”sebab apa aku buat ini semua?untuk siapa?”..sebetulnya jawapan kita – kerana Allah..inilah yang dikatakan luar biasa..seorang pelajar perubatan yang menuntut ilmunya dan bersungguh-sungguh dalam mendalami ilmunya kerana Allah..bukan kerana exam,bukan kerana ingin jadi yang hebat dan terhebat,bukan kerana ingin mendapat pujian manusia tatkala meraih anugerah Dekan..tapi semuanya dipusatkan kepada Allah..

dah jadi YANG LUAR BIASA?

maaf,andainya entry kali ini lebih mensasarkan golongan perubatan sahaja..namun,inilah yang ingin saya sampaikan,mengajak kawan-kawan semua terutama yang belajar di Perlembahan Nil ini,agar mengisi sedikit ruang cerebrum dengan pencapahan idea ‘JADI YANG LUAR BIASA” ini..sebagaimana entry pertama saya dahulu,saya menyampaikan amanat daripada seorang doktor lulusan universiti tempatan yang menginginkan kualiti produk keluaran Mesir..setakat omongan kosong saja tidak memadai..sebaliknya,ayuh kita atur strategi untuk merealisasikan harapan rakyat dan ummah khususnya..agar kepulangan kita ke Malaysia nanti tidak sia-sia..

Doktor Hati?

Tenang.jangan alihkan skrin laptop anda.

Pertama sekali,syukur dirafa’kan kepada Rabbul Jalil kerana kita semua telah tercampak ke bumi Mesir ini untuk mendalami ilmu perubatan di sini.bumi yang penuh dengan segala macam ilmu..Mesir-Kiblat Ilmu..baik dari segi ilmu perubatan mahupun ilmu agama kerana kedua-dua jenis ilmu ini bergerak seiring. untuk jadi YANG LUAR BIASA,lain dari yang lain,perlengkapkanlah diri kita dengan ilmu agama sebanyak yang mampu..belajarlah ilmu fiqah dengan mendalam bersama syeikh-syeikh di sini..tadabburlah Al-Quran bersama syeikh di sini dan banyakkan bergaul dengan ustaz ustazah di sini semoga pencapahan ilmu dapat dicapai dengan meluas..pendek kata,ambillah sebanyak mungkin peluang yang ada di sini..tanya diri kita sendiri,nak atau tak nak?jika kita berkehendak,lautan api sanggup direnangi,betul tak?

konsep nya sekarang..RAJIN dan POWERFUL..

33167004660329l

aspek lain yang perlu diambil kira:

aspek mental

sentiasa hadirkan dalam diri sifat ikhlas dalam setiap kerja buat kita dan perbaharuilah niat kita setiap masa.sesungguhnya setiap amal yang kita niatkan kerana Allah semuanya akan menjadi ibadah dan setiap ibadah yang kita lakukan semuanya akan mendapat ganjaran di sisi Allah.

aspek sosial

penguasaan soft skill yang mantap

setiap orang ditaklifkan untuk jadi pemimpin..sama ada pemimpin untuk masyarakat mahupun pemimpin untuk dirinya sendiri.Dalam buku ‘Good to Great”(bestseller book) karya Jim Collins menjelaskan tentang kepimpinan yang tertinggi ialah apabila seseorang itu mampu mengukir kejayaan YANG LUAR BIASA.modal utamanya,kerendahan hati(tawadduk) dan sikap kemahuan profesionalnya.

paksa diri untuk turun bersama masyarakat seperti melibatkan diri dalam aktiviti persatuan.dengan berpersatuan,lebih melatih diri kita untuk menjadi matang dan sebagai persiapan untuk memasuki era profesionalisme nanti.

saya sendiri menjadikan konsep 4F sebagai rujukan hidup saya(nama saya pun start ngan pangkal F)

Faith- have faith to God..husnuzzon padaNya pada setiap waktu

Focus- have focus in whatever you do..

Fight-hmm..mesti ada semangat untuk bersaing sama ada dalam pelajaran,dalam pengajian agama dan sebagainya..tapi ingat konsep utama kita..jadikan persaingan itu untuk mendapatkan keredhaan Allah

Friendly– fiendly dengan semua orang,tak kira agama,bangsa dan negara..

images-planner

Strategi

“Kebaikan yang tidak tersusun(tidak berorganisasi) akan dikalahkan dengan kebatilan yang tersusun”-Saidina Ali

strategi awal..pandang ke hadapan..letakkan target untuk masa sekarang dan masa mendatang..

“pembentukan generasi hari ini dilihat pada generasi sebelumnya”-saidina Umar r.a

sediakan plan tindakan untuk kita lakukan-Plan A,B,C dan seterusnya..letakkan target utama kita seperti ingin mencapai Mumtaz dalam setiap imtihan,menjadi Mukmin Doktor 3 tahun dari sekarang,mencapai taraf isteri  solehah 3 tahun lagi dan sebagainya(sekadar contoh) dan sediakan modus operandi yang tersusun agar kita tak tersasar dari apa yang kita target.then,berdoa dan tawakkal dengan sepenuh hati kepadaNya..agar diribatkan hati untuk bersama jalanNya.

semuanya bergantung kepada diri  kita sekarang..untuk jadi YANG LUAR BIASA,kita perlu berkorban lebih daripada orang lain..dan yang pastinya pengorbanan kita nanti tidak  sia-sia..jadilah obor yang boleh menerangi yang lain dan boleh memberikan manfaat kepada orang lain..ubahlah diri ke arah yang lebih baik selagi masa masih ada..synergize dalam kehidupan..dan letakkan Allah di hadapan dalam setiap tindak tanduk yang lakukan..ingat kisah katak?impian jangan tinggal sekadar impian!realisasikan impian anda!pegang ayat Allah di atas!!anda mampu jadi YANG LUAR BIASA!!

images-diff

*doakan saya dan kawan-kawan yang menuntut di Fakulti Perubatan,Tahun 3,Cairo Universiti dalam peperiksaan pertengahan tahun yang bermula pada 17/1/09 hingga 27/1/09.

*doakan moga saya berjaya menjadi Muslimah Doktor dan motivator terbaik satu hari nanti..insyaAllah..

*semangat baru?-Deputy Dean of Faculty of Medicine,University Sains Malaysia was graduated from Cairo University(MBBcH)…so,for all Malaysian Medical Student yang belajar kat Mesir..anda bersedia sahut cabaran ini??

Single Post Navigation

2 thoughts on ““Jadi yang luar biasa”-Part 2

  1. Salam..

    ukh fateen AKA izzrawda.:)

    Anem suka baca entri ni.2 kali dah ni.
    eheh.Indah dan ikhlas.Somehow, buat anem terfikir.Tpai setakat ni, softskill anem kena tingkatkan lagi.

    Sesetengah sahabt memang ‘friendly’ tapi dgn kawan2 dia je (friendly ke tu?eheh), takut2 nak mula bicara cerita dgn org yang mereka tak tahu nama.

    erm, syukran jazilan atas perkongsian yg sgt2 menarik ini.semoga sahabat anem ni berjaya menjadi eorang motivator, pendorong dan doktor muslimah yang disegani satu hari nanti,insyaallah. AMIN.

    ma’at taufiq wan najah~

    salam ukhwah mahabbah:)

  2. izzrawda on said:

    thanks atas doamu wahai sahabat..(aneem)..moga kita sama-sama dapat mencapai mardhatillah..redha Allah lebih utama..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: