..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Anugerah Niqabi-updated!

(maaf kiranya artikel ini amat panjang sedikit~)

soal jawab bersama ulama Dr.Yusof Qardawi-petikan diambil daripada kitab fatwa-fatwa kontemporari karangan Dr Yusof Qardawi

ADAKAH MEMAKAI NIQAB ITU WAJIB?

Saya tahu bahawa perdebatan mengenai masalah-masalah khilafiyah itu tidak akan selesai dengan adanya makalah-makalah dan tulisan-tulisan lepas, bahkan dalam bentuk sebuah buku (kitab) sekalipun.

Selama sebab-sebab Perbezaan pendapat itu masih ada, maka ikhtilaf (Perbezaan pendapat) itu akan senantiasa ada diantara manusia, meskipun mereka sama-sama muslim, patuh pada agamanya, dan ikhlas.

Adalah merupakan rahmat Allah bahawa Perbezaan pendapat seperti ini tidak terlarang dan bukan perbuatan dosa, dan orang yang keliru dalam berijtihad ini dimaafkan bahkan mendapat pahala satu. Bahkan ada orang yang mengatakan, “Tidak ada yang salah dalam ijtihad-ijtihad furu’iyah ini, semuanya benar.”

Para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik juga sering berbeza pendapat antara yang satu dengan yang lain mengenai masalah-masalah furu’ (cabang) dalam agama, namun mereka tidak menganggap hal itu sebagai bahaya. Mereka tetap bersikap toleran.

Memperlihatkan Muka Dan Tangan Menurut Pendapat Jumhur Ulama

Ingin segera saya tegaskan disini tentang suatu hakikat yang sebenarnya sudah tidak perlu penegasan, kerana di kalangan ahli ilmu hal itu sudah terkenal dan tidak ragu-ragulagi,iaitu bahawa pendapat tentang tidak wajibnya memakai cadar serta bolehnya membuka wajah dan kedua telapak tangan bagi wanita muslimah di depan laki-laki lain yang bukan muhrimnya adalah pendapat jumhur fuqaha umat semenjak zaman sahabat r.a..

Kerana itu tidak perlu dipertengkarkan, sebagaimana yang ditimbulkan oleh sebahagian yang ikhlas tetapi tidak berilmu dan oleh sebahagian pelajar dan ilmuwan yang bersikap syadid terhadap pendapat yang dikemukakan seorang pendakwah-Syekh Muhammad al-Ghazali dalam beberapa buku dan makalahnya. Mereka beranggapan seakan-akan beliau membawa bid’ah atau pendapat baru, padahal sebenarnya apa yang beliau kemukakan itu merupakan pendapat imam-imam yang mu’tabar dan fuqaha yang andal, sebagaimana yang akan saya jelaskan kemudian. Selain itu, apa yang beliau kemukakan merupakan pendapat yang didukung oleh dalil-dalil dan atsar, disandarkan pada penalaran dan i’tibar, dan didukung pula oleh realiti dalam beberapa zaman.

Mazhab Hanafi

Dalam kitab al-Ikhtiyar, salah satu kitab Mazhab Hanafi, disebutkan: Tidak diperbolehkan melihat wanita lain kecuali wajah dan telapak tangannya, jika tidak dikhuwatiri akan menimbulkan syahwat. Dan diriwayatkan dari Abu Hanifah bahawa beliau menambahkan dengan kaki, kerana pada yang demikian itu ada kedaruratan untuk mengambil dan memberi serta untuk mengenal wajahnya ketika bermuamalah dengan orang lain, untuk menegakkan kehidupan dan keperluannya, kerana tidak adanya orang yang melaksanakan sebab-sebab penghidupannya.

Beliau berkata: Sebagai dasarnya ialah firman Allah, “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa tampak daripadanya.” (an-Nur: 31)

Para sahabat pada umumnya berpendapat bahawa yang dimaksud ayat tersebut ialah celak dan cincin, iaitu tempatnya (bahagian tubuh yang ditempati celak dan cincin). Hal ini sebagaimana telah saya jelaskan bahawa celak, cincin, dan macam-macam perhiasan itu halal dilihat oleh kerabat mahupun orang lain. Maka yang dimaksud disini ialah ‘tempat perhiasan itu,’ dengan jalan membuang mudhaf dan menempatkan mudhaf ilaih pada tempatnya.

Beliau berkata, adapun kaki, maka diriwayatkan bahawa ia bukanlah aurat secara mutlak, kerana bahagian ini diperlukan untuk berjalan sehingga akan tampak. Selain itu, kemungkinan timbulnya syahwat kerana melihat muka dan tangan itu lebih besar, maka halalnya melihat kaki adalah lebih utama.

Mazhab Maliki

Dalam syarah shaghir (penjelasan ringkas) karya ad-Dardir yang berjudul Aqrabul Masalik ilaa Malik, disebutkan:

“Aurat wanita merdeka terhadap laki-laki asing, yakni yang bukan mahramnya, ialah seluruh tubuhnya selain wajah dan telapak tangan. Adapun selain itu bukanlah aurat.”

Ash-Shawi mengomentari pendapat tersebut dalam Hasyiyah-nya, katanya, “Maksudnya, boleh melihatnya, baik bahagian luar mahupun bahagian dalam (tangan itu), tanpa maksud berlazat-lazat dan merasakannya, dan jika tidak demikian maka hukumnya haram.”

Beliau berkata, “Apakah pada waktu itu wajib menutup wajah dan kedua tangannya?” Itulah pendapat Ibnu Marzuq yang mengatakan bahawa ini merupakan mazhab (Maliki) yang masyhur.

Atau, apakah wanita tidak wajib menutup wajah dan tangannya hanya si laki-laki yang harus menundukkan pandangannya? Ini adalah pendapat yang dinukil oleh al-Mawaq dari ‘Iyadh.

Sedangkan Zurruq memperincikan dalam Syarah al-Waghlisiyah antara wanita yang cantik dan yang tidak, yang cantik wajib menutupnya, sedangkan yang tidak cantik hanya mustahab.”

Mazhab Syafi’i

Asy-Syirazi, salah seorang ulama Syafi’iyah, pengarang kitab al-Muhadzdzab mengatakan:

“Adapun wanita merdeka, maka seluruh tubuhnya adalah aurat, kecuali wajah dan telapak tangan – Imam Nawawi berkata: hingga pergelangan tangan – berdasarkan firman Allah ‘Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa tampak daripadanya.’ Ibnu Abbas berkata, ‘Wajahnya dan kedua telapak tangannya.”

Disamping itu, kerana Nabi saw. ‘melarang wanita yang sedang ihram mengenakan sarung tangan dan purdah Seandainya wajah dan telapak tangan itu aurat, niscaya beliau tidak akan mengharamkan menutupnya. Selain itu, juga kerana dorongan keperluan untuk menampakkan wajah pada waktu jual beli, serta perlu menampakkan tangan untuk mengambil dan memberikan sesuatu, kerana itu (wajah dan tangan) ini tidak dianggap aurat.

Mazhab Hambali

Dalam mazhab Hambali kita dapati Ibnu Qudamah mengatakan dalam kitabnya al-Mughni (1: 601) seperti berikut: Tidak diperselisihkan dalam mazhab tentang bolehnya wanita membuka wajahnya dalam shalat, dan dia tidak boleh membuka selain wajah dan telapak tangannya. Sedangkan mengenai telapak tangan ini ada dua riwayat.

Para ahli ilmu berbeza pendapat, tetapi kebanyakan mereka sepakat bahawa ia boleh melakukan shalat dengan wajah terbuka. Dan mereka juga sepakat bahawa wanita merdeka itu harus mengenakan tutup kepalanya jika menunaikan solat, dan jika ia menunaikan solat dalam keadaan seluruh kepalanya terbuka, maka ia wajib mengulangmya.

Imam Abu Hanifah berkata, “Kaki itu bukan aurat, kerana kedua kaki itu memang biasanya tampak. Kerana itu, ia seperti wajah.”

Imam Malik, al-Auza’i, dan Imam Syafi’i berkata, “Seluruh tubuh wanita itu adalah aurat kecuali muka dan tangannya, dan selain itu wajib ditutup pada waktu shalat, kerana dalam menafsirkan ayat ,dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa tampak daripadanya,” Ibnu Abbas berkata, ‘Iaitu wajah dan telapak tangan.”

Selain itu, kerana Nabi saw. melarang wanita berihram memakai sarung tangan dan cadar. Andaikata wajah dan tangan itu aurat niscaya beliau tidak akan mengharamkan menutupnya. Selain itu, kerana diperlukan membuka wajah dalam urusan jual beli, begitupun kedua tangan untuk mengambil (memegang) dan memberikan sesuatu.

Sebahagian sahabat kami berkata, “Wanita itu seluruhnya adalah aurat, kerana diriwayatkan dari Nabi saw. bahawa wanita itu aurat.” Diriwayatkan oleh Tirmidzi dan beliau berkata, “Hadis hasan sahih.” Tetapi beliau memberinya rukhshah (keringanan) untuk membuka wajah dan tangannya kerana jika ditutup akan menimbulkan kesulitan. Dan diperbolehkan melihatnya pada waktu meminang kerana wajah itu merupakan pusat kecantikan. Dan ini adalah pendapat Abu Bakar al-Harits bin Hisyam, beliau berkata, “Wanita itu seluruhnya adalah aurat hingga kukunya.”

Demikian keterangan dalam kitab al-Mughni.

Dalil-Dalil Golongan Yang Memperbolehkan Membuka Wajah Dan Telapak Tangan

Saya akan kemukakan beberapa dalil syar’iyah terpenting yang dijadikan dasar oleh golongan yang berpendapat tidak wajib memakai cadar serta boleh membuka wajah dan telapak tangan – iaitu jumhur ulama – seperti berikut ini, dan insya Allah hal ini sudah memadai.

1. Penafsiran sahabat terhadap ayat “kecuali apa yang biasa tampak daripadanya.”-surah An-Nur

Jumhur ulama dari kalangan sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik (para tabi’in) menafsirkan firman Allah dalam surah an-Nur ayat 31 “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa tampak daripadanya” bahawa yang dimaksud adalah “wajah dan telapak tangan, atau celak dan cincin, serta perhiasan-perhiasan yang serupa dengannya.”

Al-Hafizh as-Suyuthi menyebutkan sejumlah besar pendapat mengenai masalah ini dalam kitabnya Ad-durrul Mantsur fit Tafsir bil Ma’tsur.

Ibnul Mundzir meriwayatkan dari Anas mengenai firman Allah “dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa tampak daripadanya,” yang maksudnya adalah “celak dan cincin.”

Sa’id bin Manshur, Ibnu Jarir, Abdullah bin Humaid, Ibnul Mundzir, dan al-Baihaqi meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. mengenai bunyi ayat tersebut dengan “celak, cincin, anting-anting, dan kalung.”

Abdur Razaq dan Abd bin Humaid meriwayatkan dari Ibnu Abbas mengenai “kecuali apa yang biasa tampak daripadanya,” iaitu “pemerah kuku dan cincin.”

Ibnu Abi Syaibah, Abd bin Humaid, dan Ibnu Abi Hatim meriWayatkan dari Ibnu Abbas mengenai “apa yang biasa tampak daripadanya,” iaitu “wajah, telapak tangan, dan cincin.

Ibnu Abi Syaibah, Abd bin Humaid, dan Ibnu Abi Hatim juga meriwayatkan dari Ibnu Abbas mengenai firman Allah “kecuali apa yang biasa tampak daripadanya,” iaitu “raut wajah dan telapak tangan.”

Ibnu Abi Syaibah, Abd bin Humaid, Ibnul Mundzir, dan al-Baihaqi dalam sunan-nya, meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa beliau pernah ditanya mengenai perhiasan yang biasa tampak itu, lalu beliau menJawab, “gelang dan cincin.” Beliau mengatakan demikian sambil mengatupkan hujung lengan bajunya.

Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan dari Ikrimah mengenai firman Allah “kecuali apa yang biasa tampak daripadanya.” Menurut beliau yang dimaksud adalah “wajah dan lingkar leher (antara dua tulang selangka).”

Ibnu Jarir meriwayatkan dari Sa’id bin Jubair mengenai ayat tersebut dengan penafsiran “wajah dan telapak tangan.” Ibnu Jarir juga meriwayatkan dari ‘Atha mengenai ayat yang sama dengan penafsiran “kedua telapak tangan dan wajah.”

Abdur Razaq dan Ibnu Jarir, dari Qatadah, menasirkan ayat tersebut dengan “kedua gelang, cincin, dan celak.” Menurut Qatadah, “Telah sampai berita kepadaku bahawa Nabi saw. bersabda:

“Tidak halal bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhir (untuk menampakkan tangannya) kecuali hingga ini, seraya beliau memegang separuh lengannya.”

Abdur Razaq dan Ibnu Jarir, dari Ibnu Juraij, yang mengutip perkataan Ibnu Abbas bahawa yang dimaksud bunyi ayat “dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa tampak daripadanya” adalah “cincin dan gelang.”

Menurut pendapat saya, penafsiran Ibnu Abbas dan yang sependapat dengannya itu merupakan penafsiran yang rajih (kuat), kerana pengecualian dalam ayat “kecuali apa yang biasa tampak daripadanya” itu datang setelah larangan menampakkan perhiasan, yang hal ini menunjukkan semacam rukhshah (keringanan) dan pemberian kemudahan, sedangkan tampaknya selendang, jilbab, dan pakaian-pakaian luar lainnya sama sekali bukan rukhshah atau kemudahan, atau menghilangkan kesulitan, kerana tampak atau terlihatnya pakaian luar itu sudah otomatis. Oleh kerana itu, pendapat ini dikuatkan oleh ath-Thabari, al-Qurthubi, ar-Razi, al-Baidhawi, dan lain-lainnya, dan ini merupakan pendapat jumhur ulama.

Adapun al-Qurthubi menguatkan pendapat ini kerana sudah lumrah wajah dan tangan itu tampak baik dalam adat mahupun dalam ibadah, seperti dalam shalat dan haji. Oleh kerana itu, tepatlah apabila istitsna’ (pengecualian) itu kembali kepadanya.

Pendapat ini dimantapkan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Asma binti Abu Bakar pernah menghadap Nabi saw. dengan mengenakan pakaian yang tipis, lalu Nabi saw. berpaling seraya berkata:

“‘Wahai Asma, apabila wanita telah mengeluarkan darah haid (sudah dewasa), maka tidak boleh tampak dari tubuhnya selain ini dan ini,’ dan beliau berisyarat kepada wajah dan kedua tangannya.”

2. Perintah Melabuhkan Tudung ke Dada, bukan ke Wajah

Allah berfirman:

“… Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya …” (an Nur: 31)

Seandainya menutup muka itu wajib, niscaya dijelaskan dengan tegas oleh ayat itu dengan memerintahkan wanita menutup wajahnya, sebagaimana dengan tegas ayat itu memerintahkan mereka menutup dadanya. Kerana itu, setelah mengemukakan ayat ini Ibnu Hazm berkata, “Maka Allah Ta’ala memerintahkan mereka (kaum wanita) menutupkan tudungnya ke dadanya, dan ini merupakan nash untuk menutup aurat, leher, dan dada, dan ini juga merupakan nash yang memperbolehkan membuka wajah, dan tidak mungkin dapat diertikan selain itu.”

3. Perintah kepada Laki-laki untuk Menahan Pandangan

Al-Qur’an dan As-Sunnah menyuruh laki-laki menahan pandangannya. Firman Allah:

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (an-Nur: 30)

Sabda Nabi saw.:

“Jaminlah untukku enam perkara, niscaya aku menjamin untuk kamu syurga, iaitu jujurlah bila kamu berbicara, tunaikanlah jika kamu diamanati, dan tahanlah pandanganmu …?”[9]

“Janganlah engkau ikuti pandangan (pertama) dengan pandangan (berikutnya), kerana engkau hanya diperbolehkan melakukan pandangan pertama itu dan tidak diperbolehkan pandangan yang kedua.”[10]

“Wahai para pemuda, barangsiapa diantara kamu yang telah mampu kahwin, maka kahwinlah, kerana kahwin itu lebih dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan…” (HR al-Jama’ah dari Ibnu Mas’ud)

Kalau seluruh wajah itu harus tertutup dan semua wanita harus memakai niqab, maka apakah erti anjuran untuk menahan pandangan? Dan apakah yang dapat dilihat oleh mata jika wajah itu tidak terbuka yang memungkinkan menarik minat dan dapat menimbulkan fitnah? Dan apa ertinya bahawa kahwin itu dapat lebih menundukkan pandangan jika mata tidak pernah dapat melihat sesuatu pun dari tubuh wanita?

4. Ayat “meskipun kecantikannya menarik hatimu”

Hal ini diperkuat lagi oleh firman Allah:

“Tidak halal bagimu mengawini perempuan-perempuan sesudah itu dan tidak boleh (pula) mengganti mereka dengan isteri-isteri (yang lain), meskipun kecantikannya menarik hatimu…” (al-Ahzab: 52)

Maka dari manakah laki-laki akan tertarik kecantikan wanita kalau tidak ada kemungkinan melihat wajah yang sudah disepakati merupakan pusat kecantikan wanita?

5. Hadis: “Apabila salah seorang di antara kamu melihat wanita lantas ia tertarik kepadanya.”

Nash-nash dan fakta-fakta menunjukkan bahawa umumnya kaum wanita pada zaman Nabi saw. jarang sekali yang memakai niqab bahkan wajah mereka biasa terbuka.

Diantaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Muslim, dan Abu Daud dari Jabir bahawa Nabi saw. Pernah melihat seorang wanita lalu beliau tertarik kepadanya, kemudian beliau mendatangi Zainab – isterinya – yang waktu itu sedang menyamak kulit, kemudian beliau melepaskan hasratnya, dan beliau bersabda:

“Sesungguhnya wanita itu datang dalam gambaran syaitan dan pergi dalam gambaran syaitan. Maka apabila salah seorang diantara kamu melihat seorang wanita lantas ia tertarik kepadanya, maka hendaklah ia mendatangi isterinya, kerana yang demikian itu dapat menghalangkan hasrat yang ada dalam hatinya itu.” (HR Muslim)”

Hadis ini juga diriwayatkan oleh ad-Darimi dari ibnu Mas’ud, tetapi isteri Nabi saw. yang disebutkan di situ ialah “Saudah,” dan beliau bersabda:

“Sesiapa yang melihat seorang wanita yang menarik hatinya, maka hendaklah ia mendatangi isterinya, kerana apa yang dimiliki wanita itu ada pula pada isterinya.”

Peristiwa yang menjadi sebab atau latar belakang timbulnya hadis ini menunjukkan bahawa Rasul yang mulia melihat seorang wanita tertentu, lantas timbul hasratnya terhadap wanita itu, sebagaimana layaknya manusia dan seorang laki-laki. Tentu saja, hal ini tidak mungkin terjadi tanpa melihat wajahnya, sehingga dapat dikenal si Fulanah atau si Anu. Dalam hal ini, pandangannya itulah yang menimbulkan hasratnya selaku manusia, sebagaimana sabda beliau: “Apabila salah seorang diantara kamu melihat seorang wanita lantas hatinya tertarik kepadanya …” Maka menunjukkan bahawa hal ini mudah terjadi dan biasa terjadi.

6. Hadis: “Lalu beliau menaikkan pandangannya dan mengarahkannya.”

Diantaranya lagi ialah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Sahl bin Sa’ad bahawa seorang wanita datang kepada Nabi saw. lalu ia berkata, “Wahai Rasulullah, saya datang hendak memberikan diri saya kepadamu.” Lalu Rasulullah saw. melihatnya, lantas menaikkan pandangannya dan mengarahkannya terhadapnya, kemudian menundukkan kepalanya. Ketika wanita itu tahu bahawa Rasulullah saw. tidak berminat kepadanya, maka ia pun duduk.

Seandainya wanita itu tidak terbuka wajahnya, niscaya Nabi saw. tidak mungkin dapat melihat kepadanya, dan memandangnya agak lama, dengan menaikkan dan mengarahkan pandangannya (memandang ke atas dan ke bawah, dari atas sampai bawah).

Wanita itu berbuat demikian bukanlah untuk keperluan pinangan. Kemudian dia menutup wajahnya setelah itu, bahkan disebutkan bahawa dia lantas duduk dalam kondisi seperti pada waktu dia datang. Maka sebahagian sahabat yang hadir dan melihat wanita tersebut meminta kepada Rasulullah saw. Agar menikahkannya dengan wanita itu.

9. Para Sahabat Memandang Aneh Memakai Niqab

Diperoleh keterangan dalam Sunnah yang menunjukkan bahawa apabila pada suatu waktu ada wanita yang memakai niqab, maka hal itu dianggap aneh, menarik perhatian, dan menimbulkan pertanyaan,

Abu Daud meriwayatkan dari Qais bin Syamas r.a., ia berkata, “Seorang wanita yang bernama Ummu Khalad datang kepada Nabi saw. sambil memakai cadar (penutup muka) untuk menanyakan anaknya yang terbunuh. Lalu sebahagian sahabat Nabi berkata kepadanya, ‘Anda datang untuk menanyakan anak Anda sambil memakai niqab?’ Lalu dia menjawab, ‘Jika aku telah kehilangan anakku, maka aku tidak kehilangan perasaan maluku …”

Jika niqab  itu sudah menjadi kebiasaan pada waktu itu, maka tidak perlulah si perawi mengatakan bahawa dia datang dengan “memakai niqab,” dan tidak ada ertinya pula kehairanan para sahabat dengan mengatakan, “Anda datang untuk menanyakan anak Anda sambil memakai niqab?”

Bahkan dari jawapan wanita itu menunjukkan bahawa perasaan malunyalah yang mendorongnya memakai niqab, bukan kerana perintah Allah dan Rasul-Nya. Dan seandainya niqab itu diwajibkan oleh syara’, maka tidak mungkin ia menjawab dengan jawapan seperti itu, bahkan tidak mungkin timbul pertanyaan dari para sahabat dengan pertanyaan seperti itu, kerana seorang muslim tidak akan menanyakan, “Mengapa dia melakukan shalat? Mengapa dia mengeluarkan zakat?” Dan telah ditetapkan dalam kaedah, “Apa yang sudah ada dasarnya tidak perlu ditanyakan ‘illat-nya.”

10. Tuntutan Muamalah Mengharuskan Mengenal/Mengetahui Peribadi yang Bersangkutan

Muamalah (pergaulan) seorang wanita dengan orang lain dalam berbagai persoalan hidup mengharuskan peribadinya dikenal oleh orang-orang yang bermuamalah dengannya, baik sebagai penjual mahupun pembeli, yang mewakilkan mahupun yang menjadi wakil, menjadi saksi, penggugat, ataupun tergugat. Kerana itu, para fuqaha telah sepakat bahawa seorang wanita harus membuka wajahnya apabila sedang beperkara di muka pengadilan, sehingga hakim boleh mengetahui personalia saksi dan orang-orang yang beperkara. Seseorang (wanita) tidak mungkin dapat diketahui atau dikenal identitinya jika sebelumnya wajahnya tidak dikenal oleh masyarakat. Maka tidak ada ertinya bagi seorang wanita membuka wajahnya di sidang pengadilan jika sebelumnya memang tidak pernah dikenal oleh masyarakat di sekitarnya.

~ARTIKEL ini diharapkan dapat memanfaatkan semua..dan saya memegang pada pendapat ini walau asalnya saya dikategorikan dalam golongan muntaqibat suatu ketika dahulu..tetapi atas sebab-sebab tertentu(masalah kesihatan,masalah muamalah dan sebagainya),saya tidak lagi bersama para muntaqibat yang lain.kepada adik-adik perubatan dan rakan-rakan perubatan muntaqibat sekalian,kuatkan semangat anda..jangan mudah putus asa..tapi,jangan terlalu syadid dengan tindakan anda..jangan menyukarkan keadaan apabila anda berniqab…

Islam itu INDAH..

20982880357013l

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: