..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Hijab di sebalik Kuasa Pencipta..

Saya terjaga dari tidur.Jam menunjukkan pukul 4 pagi.Astaghfirullahalazim..igauan semalam masih menghantui diri.bayangannya masih bermain-main di fikiran saya.suaranya yang menyeramkan masih terngiang-ngiang di corong timpani saya.jantung saya berdegup kencang..tidak tahu bagaimana perasaan saya ketika berhadapan dengan makhluk itu.Ya Rabb,ampunilah dosa hambaMu..tolonglah hambaMu ini dikala ditimpa musibah yang maha dasyat ini..

Malam Istimewa

Malam itu sungguh dingin.angin bertiup kencang memaksa saya untuk terus diam di dalam rumah.namun,hati ini meronta-ronta jua mahu ke tempat itu-mendengar ceramah yang akan di sampaikan oleh pemimpin Islam yang terkenal di Malaysia,seorang ulama yang masyhur dan disegani.saat melangkah keluar daripada kediaman,hati ini berasa amat lega sekali.pertarungan jiwa dan nafsu dengan pak syaitan telah berjaya diharungi.Alhamdulillah,Allah masih lagi mengikat hati-hati hambaNya untuk bersama dalam perjuangan yang diredhaiNya.

Suasana di perkarangan Hayyu Asyir meriah dengan kebanjiran warga penuntut Malaysia yang datang dari segenap ceruk bumi Perlembahan Nil ini.saya sempat bersalaman dan beramah mesra dengan kenalan dari Mansurah,Alexandria,Tanta dan Zagazig.tidak lupa juga kepada teman sahabat di Kaherah.mulut masing-masing tak berhenti untuk berceloteh,maklumlah,sekian lama menjalani proses ‘pertapaan’ di rumah untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun,akhirnya pada malam ini,kami dipertemukan,di dalam satu majlis ilmu..inilah dikatakan ukhuwwah.betapa indahnya nikmat berukhuwwah.ukhuwwah medan penyatuan ummah.ukhuwwah medan kejernihan hati.ukhuwwah proksi rantaian perjuangan..

saya mengambil tempat di hadapan dan hujung sekali barisan akhawat.kelihatan perkarangan sudah dipenuhi dengan pelbagai rumpun manusia.sementara mennatikan penceramah tiba,hadirin dihidangkan dengan tayangan slide show keadaan di Gaza dan tayangan Yayasan Amal Malaysia.teruja sekali melihatnya.ada suara-suara esakan kecil kedengaran.tersentuh hati menyaksikan tradegi berdarah di genting Gaza.anak-anak kecil disembelih hidup-hidup,wanita-wanita suci Palestin dibunuh hidup-hidup,remaja-remaja ditembak dengan sewenang-wenangnya..namun,timbul kekesalan di hati,masih ada lagi manusia binatang di luar sana,yang mengaku mengucap dua kalimah syahadah dan beriman dengan Rukun Iman,tidak langsung menunjukkan sensitiviti terhadap saudara mereka sendiri.malah mereka lebih senang menolong dan menghambakan diri kepada Zionis atas dasar politik yang merapu dan material semata-mata.Kejam!semua kejam!

Majlis bermula pada jam 8.30 malam.seorang demi seorang perwakilan dari Malaysia melontarkan curahan idea masing-masing kepada hadirin.Dr Lo’lo,Dr Mohd Hatta Ramli,Dr Zulkifli,Salahudin ayubi bergilir-gilir mengambil giliran menyampaikan ceramah dan tatkala sesi Dr Lo’lo berhujah,kelihatan di pentas utama, kelibat seorang warga arab Mesir memeluk dan bersalaman dengan Tuan Guru Hj Hadi Awang.persis seorang ayah mencurahkan kasih sayang kepada anaknya,Tuan Guru memeluk erat dan berkali-kali anak muda itu.hadirin tergamam.saya sedikit tersentak.seorang anak muda berketurunan Arab begitu menyanjung tinggi ulama-ulama kita,namun kita sendiri..?berlumba-lumba untuk menjatuhkan ulama’ tempatan,berlumba-lumba memfitnah seorang ulama yang begitu faqih dalam bidang agama Islam..kita harus sedar,menuduh orang-orang yang baik adalah berdosa dan dimurkai Allah..ulama membawa wasilah perjuangan Islam..agama warisan Rasulullah s.a.w..ingat,menghina ulama sama sahaja anda menghina junjungan besar kita..menghina Rasulullah s.a.w,hukumnya murtad!!

Alhamdulillah,majlis semalam berakhir lewat jam 12 malam.saya bersama 5 orang akhawat ditemani seorang mushrif menaiki bas untuk pulang ke hayyu sabie(seksyen 7,Madinah Nasr).memang pada mulanya saya ingin terus pulang ke rumah di Sayeda Zenab,tetapi memikirkan kerja-kerja yang tertangguh di Rumah Kelantan,akhirnya saya mengambil keputusan untuk pulang ke Sabie dahulu.mata terasa liat..badan mula berasa lenguh-lenguh..angin terus bertiup kencang,mencucuk tulang hitam saya.jam menunjukkan hampir 12.30 malam.akhirnya,kami mengambil keputusan untuk melalui jalan pintas ke rumah.saya berasa tidak sedap hati.mulut terkumat-kamit membaca ayat-ayat lazim dan zikir sebagai perisai diri.kelihatan teman-teman saya juga begitu.masing-masing menahan debar.seolah-olah ada ‘sesuatu’ yang menanti di hadapan..

Dugaan datang mengejut

Saat melalui taman itu, salakan dan lolongan anjing kedengaran.kami menahan nafas.langkah diatur berhati-hati.mata melilau mencari-cari arah suara itu.tiba-tiba berpuluh-puluh ekor anjing liar menerpa ke arah kami..”Astaghfirullah!!banyaknya Ya Allah”,saya berteriak. “Ustaz,jangan hayunkan plastik tu”,jerit Kak Za kepada mushrif kami.ya!dalam plastik merah itu terdapat dua biji ‘burger’ untuk mengisi perut kami pada malam itu. “agak-agak anjing ni bau daging burger tu gamaknya”,telah Kak Ju.kami mengambil posisi masing-masing.kedudukan berubah.kami berpasangan sesama sendiri.nasib baik mushrif abang kepada salah seorang teman saya.saya dan Ucu bertindak sebagai barisan pertahanan belakang.kami beristighfar panjang.debaran kian kencang.manik-manik jernih menitik di dahi saya.suasana bertambah gamat.Kami DIKEPUNG!!!tersirap darah kami tatkala melihat anjing serigala yang berbadan besar sebesar seekor singa menerpa ke arah kami! “Relax..cool..selawat banyak-banyak”,pesan mushrif.

“baik undur ke belakang..patah balik!!”teriak Kak Ju.

“Ya Rabbi!!Ya Allah!!”

keadaan kian genting.berbekalkan tawakkal padaNya,kami memusingkan badan kami membelakangi anjing-anjing dan bergerak selangkah demi langkah..perlahan-lahan..tiba-tiba,anjing-anjing liar terus mengekori kami..

“BERHENTI”,jerit Kak Ju..kami mengambil nafas.terasa nyawa berada di hujung tanduk.soal hidup dan mati.terbayang di fikiran masing-masing,seorang ustaz pernah dikejar dan digigit anjing suatu ketika dahulu..juga berlaku di kawasan itu.masing-masing menggigil ketakutan.kolam air mata saya bertakung.. Ucu sabar menenangkan.dalam situasi yang genting ini,apa-apa sahaja boleh berlaku. saya menoleh ke kiri dan ke kanan..melihat kalau-kalau ada kelibat manusia yang melalui kawasan itu..namun,hampa..salakan anjing kian kuat kedengaran.saya ingin berteriak meminta tolong,namun seakan-akan suara tersekat di kerongkong..Ya Allah!!aku pasrah padaMu..

Langkah diatur perlahan-lahan. sesekali saya menoleh ke belakang. tiba-tiba Kak Za tersadung lubang di hadapan. keadaan makin genting tatkala ada anjing yang mahu menerkam Kak Za..Kak Ju berteriak.berusaha menyelamatkan temannya..alhamdulillah,nasib baik tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini pada Kak Za. akhirnya kami mengambil keputusan untuk berdiam diri.berselawat,berzikir,membaca apa-apa ayat yang terlintas di minda pada ketika itu..

Kuasa Allah

Allah Maha Kuasa..semuanya yang berlaku di bawah kekuasaanya..entah kenapa,tiba-tiba seekor demi seekor anjing meninggalkan gelanggang pertarungan. ada kelibat seorang Arab cuba menghalau anjing-anjing tadi.Alhamdulillah,bantuan sudah sampai..namun yang menakjubkan,anjing-anjing tadi meninggalkan kami tanpa ada apa-apa yang berlaku sebelum itu.seolah-olah ada sesuatu yang menjadi hijab antara kami dan anjing-anjing tadi.Allah!sekali lagi kami mengucap syukur yang amat sangat. Kuasa Pencipta tiada tara tandingannya..

Malam itu terakam kisah yang menjadi pedoman buat kami semua.saya sendiri berasa takjub dengan kejadiaan itu.mana tidaknya,kami seolah-olah bertarung soal hidup dan mati..dikerumuni berpuluh -puluh ekor anjing liar yang sedang menanti habuan mereka masing-masing.malam itu,sujud syukur dipersembahkan padaNya atas pertolongan Al-Khaliq yang Maha Kuasa..peristiwa yang terselit 1001 hikmah yang tak terjangkau dek pemikiran manusiawi..

Antara petua yang boleh dikongsi saat berdepan dengan musibah

1. bertakbir! ALLAHUAKBAR!!

2.AZAN

3. bacalah ayat-ayat lazim seperti ‘bismillahillazi la yadurru ma’asmihi…..(sehingga akhir)

4.bacaan salah satu ayat dari Doa Haikal “”اعيذ نفسي بالله العلي العظيم

-kalau boleh lazimilah doa-doa atau ayat-ayat di atas dalam setiap kerja yang kita lakukan..

Single Post Navigation

3 thoughts on “Hijab di sebalik Kuasa Pencipta..

  1. kasih abadi on said:

    ayat haikal kalau boleh amalkan selalu smpai habis tujuh 2…

  2. alhamdulillah..posting yang menarik ttg satu malam yang penuh dengan kisah

    smoge istiqamah dalam perjuangan

    p/s: sy pun linkkan blog kak dlm blog sy..trimas

  3. A’kum…Doa Haikal tu mcmn bacaannya? Leh email kat sy tak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: