..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Ini Kisah Penjual Tisu..

pr0066

Sedih.Hampa.Kecewa.

untaian tiga kata yang amat-amat membuatkan jiwa saya tertekan.ngilu masih terasa.rakaman episod kisah duka sewaktu di dalam Metro siang tadi diulang tayang kembali di kotak minda saya.kisah yang begitu menggamit hati dan perasaan oleh seorang insan bergelar hamba.

“Aiz manadil..aiz manadil (1)”,jerit seorang wanita tua berjubah hitam sambil mengunjukkan sekotak tisu kepada penumpang yang berada di dalam metro.suara jeritannya memecah keheningan pagi yang dingin,menandakan misi pencarian rezeki di bumi Allah bermula.sayup-sayup kedengaran suara wanita kental ini tatkala menghampiri gerabak akhir yang dikhaskan untuk wanita sahaja.

saya menghampirinya.”Salam aleik”,salam dihulur.senyum bertaut.

waalaikumussalam..aiza manadil?“,dia bertanya kepada saya dengan wajah yang redup.wajah tua yang menzahirkan kepenatan dan kesusahan penderitaan yang ditanggung semata-mata untuk mencari sesuap rezeki untuk suami dan anak-anak tersayang.

laa.ma fish haagah..syukran..khudi ya mama (2) “,saya tersenyum ke arahnya sambil memberikan sesuatu kepadanya.

eih dih?..laa..laa..mush aiza dah..khudi di awwalan ya anisaa,we ba’din akhud da (3)“,dia bersungguh-sungguh menolak pemberian saya.

saya tersenyum ke arahnya kembali.walaupun jauh di sudut hati timbul rasa kasihan pada wanita itu,namun sikap kental yang ditunjukkannya telah membuatkan saya berfikir.berfikir tentang lumrah kehidupan yang penuh dengan suka dan duka.kehidupan yang penuh dengan helah dunia.pesona dunia telah mengaburi mata dan minda kita semua.orang yang berharta dan berpendidikan diagung-agungkan seolah-olah tiada yang lebih Agung padanya.orang yang tidak berharta dan tidak berpendidikan dipandang begitu hina,lebih hina daripada seekor binatang.inilah kehidupan.walaupun dikatakan zaman sudah berubah ke arah yang lebih membangun,namun manusia tidak pernah berubah.setiap penciptaan yang diciptakan semuanya mewarisi genetik yang sama-bapa kaki loteri,anak kaki judi,emak jual emas,anak jual tubuh dan pelbagai lagi kisah hidup masyarakat global amnya.

kembali kepada kisah wanita tua tadi.sebaik wanita tua itu beredar,saya cepat-cepat memerhatikan langkahnya.ternyata jiwa wanita ini sungguh kental.dia tidak berputus asa menjual tisu-tisu yang hanya berharga 50 sen setiap satu walaupun dia tahu keuntungan yang akan didapati tidak setimpal dengan apa yang diusahakan.namun,berpegang pada ayat Allah- “apabila kamu berusaha,bertawakkallah pada Allah”,dia terus gagah berdiri walaupun usianya sudah tidak memungkinkannya untuk terus berada di sini..menurut Stephen Covey dalam bukunya the 8th Habit-from Effectiveness to Greatness , konsep vision merupakan paksi sentral terhadap faktor spiritual dalam diri kita seperti passion dantalent.ianya boleh diibaratkan seperti konsep usaha dan tawakkal pada diri kita.ini kerana vision merupakan cerminan pantulan daripada setiap titik usaha yang kita lakukan dan sebagai pelengkap kepada misi kita dalam memburu sesuatu kecemerlangan.

Tiba-tiba suasana menjadi huru-hara. saya terkejut kerana kejadian tersebut berlaku dalam sekelip mata.seorang wanita tua berjubah hitam ditengking dengan kasar oleh seorang wanita yang tidak bertudung-agak kabur pada pandangan saya.lagak singa betina yang ingin membaham mangsanya.kelihatan beberapa orang wanita cuba meredakan situasi yang tegang itu. saya mengecilkan anak mata. jarak yang jauh pada penglihatan saya mengakibatkan saya sukar mengecam wanita tua itu.akhirnya saya membulatkan tekad menuju ke tempat tersebut.

“Mama!”saya separuh berteriak. kelihatan wanita tua itu tunduk tatkala mendengar amarah daripada wanita yang tidak bertudung itu.

Hanya kerana 50 sen,maruah suci seorang wanita tua diperlekehkan..Allahu Rabbi!apa dunia nak kiamat?masakan tidak,sikap wanita yang menengking mama kerana mama terlupa memberi baki 50 sen kepadanya memang tidak masuk akal langsung!!.apa lagi,mengamuk la wanita tersebut.apa la nak dibandingkan 50 sen dengan ganjaran syurga di akhirat kelak?.apa la nak dibandingkan 50 sen dengan jerit perih penderitaan mama mencari rezeki dengan menjual tisu?!satu pekerjaan yang dianggap hina oleh seglintir pihak..

Wajah itu sayu.jiwa saya tersentuh.tanpa disedari,air mata mengalir membasahi pipi.cepat-cepat saya menyekanya dengan hujung baju saya.biarlah saya menangis kerananya..kerana seorang wanita tua yang suci hatinya..terdetik di hati mengapa manusia masih lagi bersikap sedemikian rupa?hina sangatkan seorang penjual tisu pada pandangan mereka?lebih baik menjual tisu daripada menjual dara..

lihatlah dunia.diskriminasi kasta masih berlaku pada zaman ini.satu hipotesis tercetus: semakin maju sesuatu negara,semakin rosak sesebuah bangsa.adakah semua hipotesis ini benar?tidak semuanya begitu.sejarah membuktikan,negara yang diacu dengan acuan pemerintahan Islam akan menghasilkan rakyat yang berjiwa Islam,berfikiran global dan berakhlak dengan sifat mahmudah.namun realiti hari ini,banyak negara yang beridentitikan Islamic country,tetapi sekularisme dan liberalisme menguasai entiti negara masing-masing..Islam bukan hanya pada nama..tetapi Islam melitupi segenap aspek kehidupan..kesyumulan Islam wadah kecemerlangan siasah!!

Ini kisah penjual tisu..

Dihina dicaci oleh manusia yang tidak bertamadun..

Dasar diskriminasi terus berleluasa..

Kaya,miskin,gelap,putih..

semuanya jadi ukuran..

kerana hilang kredibiliti dalam siasah negara..

pemerintahan sekular menguasai segala..

memisahkan agama dan urusan dunia..

hasilnya..

terimalah..rakyat yang tidak bertamadun..

emosi melebihi tindakan rasional akal..

ayuh..kita fikir-fikirkan dan laksanakan..

sebuah pemerintahan negara Islam yang syumul..

agar Khilafah Islamiah pasti tertegak suatu hari nanti!!

di Bumi Allah..bumi abdi..

Glosari

(1) – siapa yang nak tisu?

(2)- tak de ape-ape..terima kasih..ambillah wahai mak cik!

(3)- apa ni?tak.saya tak mahukan pemberian awak.awak ambil dulu tisu saya,kemudian saya ambil duit tu.

Single Post Navigation

One thought on “Ini Kisah Penjual Tisu..

  1. salam..
    cukup sedih jika dilihat keadaan di mesir ni…nampak sangat sistem kapitalis bertakhta di sini…yang kaya terus kaya, yang miskin berterusan dengan kemiskinan…
    apa nak jadi dgn dunia Islam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: