..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Cuti-cuti Mesir-part 1

“mau ke mana cuti-cuti begini?”,tanya Chaq,kawan saya yang mengambil jurusan perubatan di Universiti Zagaziq.

“hmm…”saya mengeluh kecil.tiada kata-kata yang terucap.sekadar keluhan kecil yang mengundang tanda tanya kawan-kawan saya yang lain.

Hanya kalam Allah yang terngiang-ngiang di telinga saya tika itu.

“Katakanlah wahai Muhammad s.a.w,jelajahilah bumi kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu”(Al-An’am:11)

Journey to Mansurah(JTM)

Mansurah.sebuah bandar kecil yang terletak berhampiran dengan Kaherah.perjalanan dari Kaherah merentasi Mansurah memakan masa selama lebih kurang 3 jam.Mansurah boleh dikatakan seperti bandar kecil yang jauh lebih bersih daripada Kaherah terutama dari segi indeks udaranya.Lambaian pokok-pokok hijau dan sawah padi yang terbentang luas menggamit rasa rindu dalam hati ini untuk lekas-lekas bertandang ke Mansurah.

Jiwa sudah berkobar-kobar.Mahu melancarkan misi pertama cuti kali ini.ke mana kalau bukan ke Mansurah!

Kadang-kadang,terbit rasa cemburu di hati melihatkan teman-teman seperjuangan terbang ke London.Ada juga yang menghabiskan cuti di Jordan,Turki,Syria dan Ireland.Pastinya,inilah destinasi yang menjadi tumpuan pelajar Malaysia di sini untuk menghabiskan cuti musim sejuk mereka. Jauh perjalanan luas pengalaman,luas pemikiran.Tak pa lah!saya boleh habiskan cuti saya di Mesir sahaja!sahut seruan kerajaan!cuti-cuti dalam negara!

Kembara Ilmu

Perbualan telefon dengan Ummi pada hari itu memberikan sesuatu yang berguna buat diri ini.Ummi menasihatkan saya supaya berfikir tentang matlamat sebenar saya berada di sini.

“Ada matlamat,usaha ke arahnya..Pasti cita-cita akan tercapai.”,lantang suara Ummi di corong telefon.Jarak beribu-beribu kilometer tidak membataskan perhubungan kami.segala jenis capaian teknologi digunakan bagi memastikan hubungan ibu-anak bertambah erat.saya mengangguk.setuju dengan kata-kata ummi.

“yang pastinya,ke Mekah dahulu..”,potong ayah.walaupun saya jarang bercakap dengan ayah,namun setiap kata-katanya berunsur nasihat yang amat berguna buat diri.menjadi peta panduan tika berkelana mencari ilmu di bumi nabawi ini.

Ayah dan Ummi amat syadid sedikit mengenai isu safar mar’ah.seawal di Tahun 1,ayah selalu mengingatkan saya tentang kepentingan mencari Ilmu di sini agar menjadi insan berguna suatu hari nanti.Tidak perlu merayau-rayau di Petra dan Amman.ILMU nombor 1 katanya!

“bertindak kerana TAHU..berusaha dalam tindakan agar mencetus MAHU..kembaralah dalam mencari ilmu hakiki agar KEHENDAK kamu itu mencetus KEMAHUAN diri kamu sendiri”,begitulah pesan ayah tiap kali saya menelefonnya.pada mulanya saya pun tidak faham maksud di sebalik kata-kata ayah.namun,setelah 2 tahun lebih saya mengembara di bumi ini,baru saya dapat simpulkan sesuatu tentang maksud ayah -KEMBARA dalam MENCARI ILMU.

ya!sudah pasti.ilmu tidak akan bergolek sewenang-wenangnya.USAHA gigih diperlukan agar segala formula MAHU dapat dicapai.injeksi diri dengan dos KEGIGIHAN agar cita-citamu tercapai.Ilmu tak akan dicapai dengan mudah tanpa usaha digarap semaksima mungkin.Ilmu susah hendak digapai andai ruas-ruas noda hitam bertapak di hati.

“Ilmu itu cahaya dan cahaya tidak akan menerangi orang-orang yang berbuat kemaksiatan”(Annur)

Amanat Ummi

Ummi menyambung,” bukan ummi tak bagi kakak pegi jauh-jauh,sebaliknya fikirkan natijah di sebalik apa yang kakak lakukan”.

“pergilah ke Turki,Jordan,Syria..tapi dengan syarat..kakak perlu mengutip  ibrah sebanyak mungkin  daripada misi pengembaraan kakak dan praktikkan apa yang kakak dapat..kakak TAHU,kakak MAHU,tapi jangan sia-siakan KEHENDAK dan KEMAHUAN itu”,sambung ayah pula.

Baru saya faham maksud ayah dan ummi.Ummi saya bukanlah seorang ustazah.Ayah pun bukanlah seorang ustaz.namun dengan sedikit ilmu yang ada,mereka berjaya mencorakkan pemikiran anak-anak dalam bentuk critical thiniking,mengajak anak-anak untuk berfikir tentang impak dan natijah sesuatu perkara.aduh,pening kepala saya apabila ayah mengajak untuk mengeksplorasi pemikiran dan tindakan saya.ayah bukan main-main!realiti kehidupan sekarang mengajak ayah untuk mentarbiah anak-anak dengan cara ini.That’s his way of acting!

“tapi,kalo boleh,biarlah kaki dapat merasa debu-debu suci Mekah Al-Mukarramah dahulu…”,pesan ayah yang keberapa ratus kali ini.

“Insya Allah”

Sudah berkali-kali rakan saya,Syamilah dan Suriani mengajak ke rumah mereka di Mansurah.dan akhirnya kali ini,saya ringankan langkah untuk menjejakkan kaki ke sana.Alhamdulillah.kali ini,pengembaraan mencari cinta Hakiki ditemani sepupu saya,Atie dan dua orang sahabat saya,Tie dan Yana.semoga pemergian kami ke sana diberkati olehNya.

dan pastinya selepas menghabiskan masa selama 2 hari di Mansurah,kami akan dibawa ke Dumyat.nak tahu pasal Dumyat?nantikan catatan pengembaraan saya selepas ini..

~sekarang dalam proses pemindahan semua entry ke blogspot.com..insya Allah, inspirasi-humaira.blogspot.com akan menemui anda tidak lama lagi.terima kasih kepada semua sahabat yang mendoakan perjuangan di lapangan penulisan ini.semoga Allah memberkati anda semua.

Single Post Navigation

One thought on “Cuti-cuti Mesir-part 1

  1. hurm..entri ni tempias utk kami juga

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: