..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Jejak Ilmu di Malaysia

“apa matlamat adik-adik di dunia ni sebenarnya?”,tanya saya kepada peserta motivasi SPM di SMA Naim Lilbanat.

kelihatan ramai yang bersemangat untuk menjawab pertanyaan saya tadi.

“saya ingin jadi muslimah solehah”

“emm..nak jadi doktor sakit puan”

“nak balas jasa ibu ayah”

itu antara jawapan yang saya masih ingat sampai sekarang.

saya bertanya lagi. “apa matlamat adik-adik di akhirat kelak?”

nampaknya umpan saya mengena.masing-masing diam seribu bahasa.tunduk memandang ke bawah.

saya tersenyum.

“adik-adik,ingatlah matlamat kita semua hendaklah dipaksikan kepada Allah s.w.t dalam apa segala kerja buat yang adik lakukan.matlamat disertai niat yang ikhlas kerana Allah akan menghasilkan buah kejayaan di dunia dan akhirat.sekarang,akak nak adik-adik semua pasakkan niat betul-betul ikhlas keranaNya dan selalu renew niat kita itu agar tak jadi yang ‘second hand’..biarlah niat kita tu sentiasa jadi yang ‘first-hand’.”

semua peserta mengangguk.ada yang tersenyum lebar mendengar butir-butir bicara yang saya sampaikan.

itulah serba sedikit pengalaman yang saya dapat ketika mengendalikan program berbentuk motivasi sewaktu bercuti di Malaysia baru-baru ini.saya bukanlah yang terbaik untuk menyampaikan motivasi kepada masyarakat,namun,berbekalkan semangat dan sedikit ilmu yang ditimba sewaktu di Mesir,saya gagahi jua diri saya untuk menyalurkan bakti kepada anak-anak watan Malaysia khususnya di Kelantan.

Galakan

saya sentiasa mendapat galakan dan sokongan daripada umi dan ayah.ayah selalu memberikan idea yang bernas untuk saya sampaikan kepada peserta.tambahan ayah juga seorang guru dan juga pernah menyampaikan ceramah untuk pelajar sekolah.umi banyak memberikan petua dan tips ketika bercakap dan berinteraksi dengan peserta.sememangnya,pada permulaan saya gugup juga untuk bercakap di hadapan 300 orang pelajar,takut-takut idea hilang di separuh jalan,mana nak cari yang selebihnya..namun,petua yang umi sampaikan amat berkesan kepada saya tatkala ‘lost point’ di hadapan peserta.dan petuanya..semestinya rahsia!!

saya tahu pendakian saya untuk menuju ke puncak amat mencabar.segala jerit perih dugaan dan cabaran saya terpaksa tempuhi.semoga Allah menghadiahkan saya lorong-lorong cahaya untuk menggapai impian menjadi seorang da’ie yang berjaya di dunia dan akhirat.

“ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah”

saya dan adah at Naim Lilbanat

saya dan adah at Naim Lilbanat

adik-adik form 5 naim..

adik-adik form 5 naim..mengantuk ke dik?

di Maahad..syukran pada kawan-kawan yang turut menjayakan program

di Maahad..syukran pada kawan-kawan yang turut menjayakan program

image069

adik-adikku sayang..Maahadianz

adik-adikku sayang..Maahadianz

image072

Single Post Navigation

3 thoughts on “Jejak Ilmu di Malaysia

  1. Salam Atin🙂
    Ouh, kat tanah air rupanya kalian.
    Seronoknya dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dengan adik-adik sekolah. Semoga mutiara manfaat tak disia2kan.

  2. salam…
    owh..along jadi penceramah jemputan ke?..hehe…best nye…
    pembetulan sket along…SMKA Naim…SMA tu nama lama…hehe

  3. tersentuh hati mlihat dis site..
    syukur pd maha pencipta..
    msh ada insan spt ini..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: