..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Journey to HUSM-part 3

Salam dihulur kembali. kali ini saya ingin menceritakan pengalaman saya sewaktu menjalani kursus elektif di jabatan A&E (accident and emergency).

Jabatan A&E di HUSM menggunakan sistem triage dan dibahagikan kepada 3 zon-zon hijau untuk pesakit yang memerlukan rawatan yang biasa dan sederhana.zon kuning untuk pesakit yang kritikal tetapi masih mampu diselamatkan jika dirawat dengan segera.zon merah untuk pesakit yang benar-benar kritikal dan perlu dirawat dengan seberapa segera yang mungkin untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang mungkin berlaku.

Jam menunjukkan pukul 11 pagi.

Saya melangkah masuk ke lobi utama yang menempatkan kerusi-kerusi untuk pesakit zon hijau dan kuning.kelihatan beberapa orang pesakit sedang menunggu giliran untuk masuk ke bilik rawatan.Seterusnya,saya menapak ke bilik yang menempatkan pesakit zon merah.kelihatan 3 orang sahabat saya -kak irhaam,firdaus dan faisal sedang khusyuk memerhatikan prosedur rawatan yang dilakukan oleh doktor yang bertugas.

Wad menjadi kecoh tiba-tiba.

“Mohd Ali(tidak dinyatakan nama sebenar),40 tahun,jatuh pengsan di rumahnya pagi ni.sesak nafas,cyanosis…”terang seorang paramedik kepada kami dengan suara yang lantang dan cemas bunyinya.

Suasana menjadi cemas seketika.lagak dalam ER.

Doktor-doktor yang bertugas segera beralih ke arah mangsa.Kedengaran pelbagai arahan menerjah masuk ke corong telinga.Masing-masing mengambil peranan dengan serius.

“Nurse,ECG please!”

“Intern,i want you to do blood test on him,right away!stat!

“there’s no pulse..defibrillator!!….charging to 100 Joule..clear!!..”

Saya tergamam melihatnya.seolah-olah menyaksikan satu adegan dalam siri ER..kagum melihatnya!inilah realiti yang terpaksa dihadapi oleh doktor-doktor setiap kali merawat pesakit yang amat kritikal..melihat kecekapan doktor yang bertugas mengendalikan kes ‘myocardial infarction’ yang dihadapi oleh pesakit tadi,membuatkan saya terharu,sebak dan bersemangat untuk mempelajari ilmu perubatan dengan bersungguh-sungguh.ini kerana,apabila seorang doktor menghadapi saat cemas,segala sifir dan formula ubat-ubatan yang dipelajari sewaktu di sekolah perubatan mestilah diterjemahkan dengan pantas dalam tindakan merawati pesakit tadi.tiada istilah lupa,tidak ingat dan ‘nanti saya rujuk medical text book dulu’ dalam menghadapi saat cemas sebegini.sebaliknya,setiap data dan maklumat mengenai penyakit,prosedur rawatan,ubatan yang harus diberi perlulah disimpan kemas di dalam otak.inilah pentingnya setiap pengajaran dan pengalaman yang ditimba dalam kehidupan.

Dalam buku How Doctors Think,penulis,Dr Jerome Groopman menegaskan bahawa setiap pelajar perubatan perlu mendalami falsafah ‘see one,do one,teach one’ .setiap kronologi sejarah hidup seorang doktor bermula dari ‘zero’.daripada ‘zero’,mereka melangkah ke angka 1,2,3 dan seterusnya mencapai infiniti berdasarkan ibrah dan khibrah yang dilalui oleh mereka sendiri.sudah lumrah alam,manusia tidak akan berjaya tanpa usaha yang gigih.manusia tidak akan mencapai kecemerlangan tanpa mengharungi sebarang kesulitan dan kepayahan.hanya pergantungan kepadaNya mengisi jiwa kosong tatkala melalui lorong-lorong cahaya menuju kejayaan hakiki.

Teruja!Takjub!

Jika selama ini,saya hanya menonton drama ER,House MD,Grey’s Anatomy.di bayangan saya terpampang jelas wajah Dr House sedang meng’diagnose’ pesakit.terbayang jua Dr Chase sedang melakukan prosedur ‘defibrillation’ terhadap pesakit yang mengalami komplikasi jantung tidak berdenyut.sekarang,di hadapan saya,sekumpulan manusia yang berkot putih sedang melakukan semua prosedur yang biasa saya lihat saya dalam drama fantasi House MD,sekarang semuanya realiti!!.

Selepas semuanya selesai dan keadaan pesakit juga stabil,saya diamanahkan untuk mengiringi pesakit ke CCU.tersentuh hati saya tatkala melihat isteri pesakit ini yang saya kenali sebagai pak cik Ahmad.di sebalik wajah yang redup,saya fapat tafsirkan bahawa keluarga Pak Cik Ahmad kurang berada.saya hanya tersenyum padanya,tidak tahu untuk berbuat apa-apa.

Selepas itu,saya berjumpa Dr Azlan,seorang doktor yang mengetuai prosedur kecemasan ke atas Pak Cik Ahmad.saya bertanyakan hal tadi kepadanya,tentang prosedur yang dijalankan.beliau dengan senang hati menerangkan kepada saya satu persatu sambil menunjukkan demo kepada saya sekali lagi.saya dan kawan-kawan mendengar dengan sepenuh perhatian terhadap apa yang diperkatakan.

“ok,we’re gonna talk something that outside medicine..it’s about our social practice..”,Dr Azlan menyusun kalimahnya sebagai kalam mukadimah selepas beliau memberikan ‘lectures’ yang percuma pada kami pada pagi itu.

Semua mata tertumpu kepada raut wajah seorang doktor berkaliber.

“about pak cik Ahmad.what do you gonna do to his wife and his children?he came here with a taxi and didn’t have enough money to pay the fares..and now,he has admitted to the CCU.his wife insisted us not to do so instead of just discharge him from this ward because of they dont have enough money to pay for the rest..that women seems to be depressed now..i dont know how i’m supposed to help her?”,terang Dr Azlan dengan panjang lebar.

“i think its part of our responsibility doc!..our job is not just treat the patient physically..but we need to treat them mentally too..we are doctors!no matter what happens,we have to be responsible to our patient..lets go and talk kindly to his wife.i think we should do so..we need to help them no matter what happens..as long as we’ve tried..for the rest,its depend on fate,lets Allah take the action”,jawab saya dengan panjang lebar.

“that’s true.you know what,this is one of the reason why i like most medical student from Egypt..because they’re so motivated and they’re willing to do anything even if something that beyond our expectation..good job!now fateen,i want you to give this to his wife and dont tell her that i give it then..”Dr Azlan melemparkan senyuman ke arah saya dan menghulurkan wang RM50 untuk diberikan kepada isteri Pak Cik Ahmad.

Saya kagum dengan keperibadian Dr Azlan.sanggup berhempas pulas,berpenat lelah kerana seorang pesakit bernama Pak Cik Ahmad.dan hadiah RM50 kepada isteri pak cik Ahmad membuatkan saya terharu dengan tindakannya.tanpa disedari,air mata saya jatuh mengalir laju.

Inilah ibrah dan khibrah yang amat berguna kepada saya pada hari ini.Terima kasih Dr Azlan!terima kasih pak Cik Ahmad!

dsc03293

dsc03292

Dr Faisal(Mansoura Un),Dr Firdaus(Mansoura Un),Sister Mashitah,Puan Raudhah,Dr Irhaam(Mansoura Un),Dr Fateen(Cairo Un)

Thanks to all~from left: Dr Faisal(Mansoura Un),Dr Firdaus(Mansoura Un),Puan Mashitah,Puan Raudhah,Dr Irhaam(Mansoura Un),Dr Fateen(Cairo Un)

Single Post Navigation

10 thoughts on “Journey to HUSM-part 3

  1. salam ziarah..

  2. salam..
    err sekali lagi sy membaca entri ini..
    praktikal pada amatan sy..
    bahkan HUSM hospital pilihan sy..

    persoalan dlm diri saya..

    adakah melibatkan diri dlm bidang kedoktoran semudah belajar subjek perubatan di perantauan?

  3. izzrawda on said:

    salam kembali kpd saufi

    pada pengamatan saya,antara teori dan praktikal memang jauh bezanya.anda tidak akan dapat melakukan kursus praktikal dengan cemerlang andai anda tidak menguasai teori dengan mendalam.

    teori dan praktikal umpama kembar yang tak mungkin dipisahkan.untuk menjadi seorang doktor yang berjaya,anda harus mempunyai teori asas yang kukuh untuk dipraktikkan bile brgelar doktor suatu hari nanti.

    so,kt yg belaja kat Mesir ni..alhmdulillah,teori dah cukup bnyk n mndalam untuk dikuasai..cume praktikalnya shj yg kurang..sy dah sentuh mengenai isu ni dlm entry2 yg lepas..tp jgn jdikan isu ini sbg alasan mengatakan doktor keluaran overseas,Mesir khususnye tidak berkaliber..ini konsep yang salah..ramai sebenarnya doktor-doktor keluaran Mesir yang berjaya dalam bidang yang diceburi-mengambil contoh:Dr Nik Mazian,Dr Zainal Abidin,Dr Jamnul.

    insyaAllah,kalau kite dah yakin pada kemampuan diri kita,tak mustahil insyaAllah kita mampu jadi yang terbaik dan LUAR BIASA.yang penting,letakkan sepenuh pergantungan padaNya.

    sekadar menasihati diri ini jua..

    *cume kalau buleh,mase summer nanti,cube ambik inisiatif buat attachment kat mane2 hospital..amik pengalaman..

  4. Ni kak tin.. tak syok ar kot ym.. tak jelas mano.. kui2..

    like what i’ve said before, it is not like we’re going to loss anything even though we (kami) get on with this attachment, but merely, there are things we could gain, at the very least, experience.

    Yer ah, klu dok dumoh pun.. oghe akan buat benda2 innocents n weird gok.. kui2.. you know me..

    Well, even if we are scolded by the doctors, that woulnt last long. Take it as a golden chance to be scolded, before the real internship. Get yr self used to it.. huang23..

    bardhuh, kak atin kato pakat ramai2.. meaning please?

    okess, do reply pleasee.. please also include in yr reply on how to apply for it.😉

  5. Suggest you change the server and copy all your entries into another blog…. suggest blogspot. Sebab you dah penat menaip, tapi nak load tengok took time (server slow sangat)…. Kalau boleh you copy semua entries and masukkan kedalam blog baru yang laju…. just a tought

  6. salam ziarah!

    glad that u’ve great experience in HUSM.. keep up good work. i’m sure dr azlan will felt touched reading this entry

  7. Dr Azlan on said:

    A’kum writer,

    It is difficult to be a doctor, but that doesn’t mean we should stop trying. Love the entry.
    Yes Jacknaim, I’m touched.
    I’m touched merely to see my student get something from their attachment. May Allah bless all of us, Insyallah.

    • izzrawda on said:

      wslm wbt..is that Dr Azlan from Emergency Dept HUSM??OMG,sy antara prcaya atau tidak ni sbnrnye..(wink2)

      anyway,thanks a lot coz sudi singgah di blog sy yg ntah ape2 ni..thanks also for ur comment and advices,may Allah bless you in whatever you do..insya Allah..btw,dr still kenal sy lg tak?Alhamdulillah,now,i’m in 4th year Cairo Uni,dah nak hbis dh 4th year ni,bln 9 ni i.allah nek tahun 5..pray for my success ye..

      by the way,it seems dah 2 tahun sy tak jejak kaki kt HUSM tu,mklumlah tak balik mesia..sronok dok kt Egypt ni..hehe..insyaAllah,tahun ni,i’ll be in Mesia and i’ll do an attachment at HUSM maybe started on awal August,insyaAllah..before that,i’ll do some attachment at Cairo University Hospital.perhaps,i’ll learn more about clinical practise this year..i always set in my mind that i must put triple effort in my study in order to be a competent doctor in Malaysia soon..cabaran brganda2 bg bakal2 doc lpsn overseas especially Egypt ni..huhu..

      Dr,sy masih lg ingt yg dr amik MA dlm Emergency right?so,how it is now?sy pun rs cm brminat jugak dgn Emergency Medicine ni..hoho,but i know,kerjenye sgt tough kan??i just found Dr Chew Keng Sheng punye blog,he’s Emergency Specialist kt HUSM right?somehow,i just got an inspiration from him to be specialize in Emergency Medicine ni..huhu..but,OB/GYN pun sy minat jugak..kesudahannya,belaja dulu bagi habis n during HO nnti br decide nak specialize yg mane..kan gitu Dr?

      ok,i’ll have my end course exam in ENT on 7/4,followed by my last round during this year-Opthalmology..so,pray for my success..syukran jazilan..

      • yes.. believe it. that’s dr azlan from A&E dept.. he’s the one who show me your blog..

        btw, he will sit for final exam MMED Emergency medicine within few months. let us pray for his success…

      • izzrawda on said:

        insyaAllah..thanks

        btw,how did he notice my blog?pray for his success too..aminn
        to Dr Jacknaim,if u have ym,please add me- raudhahsakinah_88@yahoo.com
        actually,sy teruja bile baca blog awk..dpt smngt baru and inspire to me a lot coz awk mndedahkan bagaimana life awk as a med student in Mesia..and no doubt,Medicine in Mesia is no 1!!ganbatte in ur life.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: