..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Seteguk Ilmu..

Alhamdulillah,post saya kali ini banyak berkisar tentang pengalaman yang saya lalui sewaktu bercuti di Malaysia sejak 6 bulan yang lepas.

Sewaktu bercuti  di Malaysia baru-baru ini,saya sempat menghadiri seminar ‘Fiqh Perubatan Semasa’ yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Islam dan Unit Pengurusan Sumber Manusia HUSM.Seminar sehari ini diadakan pada 22 September 2008 di Dewan Utama USM,Kampus Kesihatan Kubang Kerian dan dikendalikan oleh Dr Basri b Ibrahim yang bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Syariah,Fakulti Pengajian Kontemporari Islam,Universiti Darul Iman Malaysia,kampus KUSZA di Kuala Terengganu.Beliau merupakan lulusan ijazah dari Universiti Al-Azhar As-Sharif,Mesir.

Antara objektif seminar ini diadakan ialah:

1. memantapkan pelaksanaan tugas berasaskan kefahaman dan tanggungjawab yang dikehendaki oleh pihak syara’

2. mengetahui prinsip-prinsip Islam dalam perkembangan sains perubatan

3. meningkatkan kefahaman kepada pakar-pakar perubatan khususnya mengenai isu-isu perubatan semasa.

4. mencapai kesempurnaa dalam ibadah puasa

5. merealisasikan konsep Hospital Mesra Ibadah

Majlis dimulakan tept jam 9 pagi dan berakhir lewat jam 4 petang.kebanyakan peserta terdiri daripada doktor-doktor pakar samada di HUSM sendiri ataupun dari hospital-hospital lain.saya tidak turut ketinggalan mendaftarkan diri menjadi peserta untuk program ini dan ditemani sahabat-sahabat saya yang lain-Kak Irhaam(Kuliah Perubatan,Mansurah,Tahun 4),Ain,Aisyah dan Sha.(Kuliah Perubatan,Universiti Tanta,Tahun 3).

Sebanyak 3 sesi diperuntukkan dan tiga kertas kerja dibentangkan dengan sempurna oleh Dr Basri.saya begitu kagum dengan penyampaian beliau yang bersahaja dan membuatkan kami tidak kering gusi untuk mendengar celotehnya.Antara tajuk yang dibentangkan ialah:

1. Asas-asas Fiqh Perubatan

2. Isu-isu Perubatan Semasa

3.Isu-isu perubatan dan hubungannya dengan perkara-perkara yang membatalkan puasa

Slot yang paling menarik bagi saya ialah slot sesi soal jawab.ramai yang bertanyakan kepada ustaz Dr Basri mengenai hukum apabila menyentuh isu-isu perubatan semasa.ini menunjukkan rata-rata doktor kita di Malaysia sudah menampakkan kesungguhan untuk mendalami ilmu agama dengan serius.

Teringat kata-kata seorang doktor ini : “jika saya ditakdirkan belajar ilmu perubatan di Mesir ataupun Jordan,nescaya saya akan mengambil seberapa banyak mungkin manfaat daripada pengajian agama sepanjang pembelajaran saya di sana.ini kerana pengalaman saya berhadapan dengan pesakit Islam yang bertanyakan saya mengenai hukum hakam cukup membuatkan jiwa saya sebak.sebak kerana saya tidak dapat membantu saudara seagama saya sendiri.dan saya sendiri masih lagi terkapai-kapai mencari titik permulaan untuk mendalami ilmu agama seterusnya membantu diri saya sendiri,keluarga dan pesakit saya sendiri.ini tanggungjawab saya dan tanggungjawab semua doktor-doktor muslim di luar sana”

Seluruh dewan diam membisu tatkala mendengar pengakuan seorang yang bergelar doktor pakar yang tersohor di Kelantan.saya termenung sejenak.sekilas memandang ke arahnya.sepasang mata redup ditatap,terpancar segunung keihlasan daripada wajahnya.Terima kasih doktor kerana menyedarkan kami!

dalam dewan seminar-Kak Irhaam,Ain,Aisyah and Sha

dalam dewan seminar-Kak Irhaam,Ain,Aisyah and Sha

)

Ahli panel??insyaAllah..:)

dsc03298

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: