..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Back to School-Free Motivation

Alhamdulillah,sesi pengkuliahan kembali lagi.selepas menghabiskan cuti selama 2 minggu ,akhirnya kuliah dibuka kembali.

Hari ini pengajian diteruskan dengan mempelajari subjek Microbiology.

Genera Corynebacterium,Bacillus dan Clostridium berlegar-legar di ruang cerebrum saya.Doktor yang saya segani,Professor Mohd Waseem bersungguh-sungguh menerangkan kepada kami satu persatu mengenai kelas bakteria ini.bermula dengan definisi,bentuk bakteria,karakter,penyakit yang disebabkan oleh bakteria,rawatan sehinggalah kepada kaedah pencegahan,semuanya kami dengar dan hadam betul-betul.nota di tangan,telinga dipasang,mata memandang wajahnya.kesemua 5 panca indera Anugerah Ilahi,saya gunakan betul-betul tepat pada masanya,agar saya tak menyesal di kemudian hari.belajar sambil lewa,masuk telinga kanan keluar telinga kiri,bukan falsafah hidup ini.Biarlah kehidupan ini dihujani dengan penderitaan dan pengorbanan yang besar demi mencapai segunung ilmu,asal hidup ini tak menyesal di kemudian hari..agar ungkapan ‘kalau’ tidak bersiulan di corong di timpani ini..hmm,masa itu emas..

Corynebacterium diphtherie-Gram stain

Corynebacterium diphtherie-Gram stain

Bacillus anthracis

Bacillus anthracis

Cutaneous anthrax

Cutaneous anthrax

Kelas kami bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir jam 12 tengahari.alhamdulillah,banyak yang kami pelajari pada hari ini.saya berasa amat bertuah mendapat seorang doktor yang begitu tekun dan bersemangat tinggi untuk mengajar kami semua.ibarat kata,kami semua tidak kering gusi mendengar celotehnya yang bersahaja ditambah pula dengan dialek pekat English-Perancis memaksa kami untuk mengamati betul-betul tentang apa yang diperkatakan olehnya.

Free Motivation

Usai kuliah,saya terus mendapatkannya.berharap agar beliau dapat mengulangi dan mengajar semula apa yang saya tidak fahami semasa kuliah tadi.alhamdulillah,setiap persoalan berjaya dijawabnya dengan mudah.method pengajarannya yang bersahaja tetapi bersinergi membuatkan saya kagum dengannya.

Sewaktu beliau hendak berkemas-kemas untuk pulang,saya terpandang akan sehelai kertas yang amat menarik minat saya untuk membaca tulisan yang terkandung di situ.saya bertanyakan padanya mengenai kertas tersebut.

Beliau berkata “i made a mind map for the whole surah Al-Kahfi and I’ll present to the medical student about the relation between science and Al-Quran.And I’ll have a conference at 3 university-Tanta Un,Cairo Un (20/3/09..jgn lepaskan peluang!)”(satu lagi un saya tak berapa ingat namenye)

Wah!tersentak saya dibuatnya.kagum sungguh dengan beliau!beliau juga menunjukkan kepada saya peta minda untuk kesemua silibus Microbiology dan Immunology hanya di atas sekeping kertas!Subhanallah!hebat sungguh!selepas itu,beliau sempat menasihati saya supaya belajar bersungguh-sungguh dan kejar apa yang ingin dicapai dalam hidup.beliau juga mengingatkan saya bahawa kita ini dicipta sebagai khalifah Allah di muka bumi dan diangkat darjat sebagai makhluk yang mulia.kita ibarat nukleus yang menguasai semesta.

Beliau juga sempat memberikan tips kepada saya bagaimana ingin menjadi individu yang cemerlang.caranya mudah!iaitu,berfikir secara ‘out of the box’.

Beliau bertanya kepada saya “can u give me a comparison between horse and computer?”

saya menjawab,secara konkrit “horse ia a living thing and computer is a non-living thing”(mcm jwpn budak drjah 1..hehe)

Dia tersenyum memandang saya.kemudian dia menyambung, “that’s not totally make a difference between both of them.what i want you to understand here that,everything in this world must have their comparison and at the same time they must have a relation between each other..”

“so,apart of my question,even there are different between both of the computer and the horse,but..

1. both can produce energy.the horse eats food to produce energy and the computer get supply by the electricity to produce its work.

2.both can carry load.the horse can carry a person on his back and the computer can carry huge amount of data in its small packed CPU.

“so,trust me,you can play up this game untill 50 or more findings that you can get!”

Menarik!sangat menarik..beliau kemudiannya mengajukan soalan kepada saya “Frog vs Aeroplane”(cuba kawan-kawan compare and dlm mase yg same cari relation antara kedua-dua ini)

Pada raut wajahnya,terserlah wajah seorang doktor yang mempunyai semangat motivasi yang tinggi.dan semangat inilah yang harus kita terapkan dalam diri kita dan kita salurkan dalam minda anak-anak bangsa kita supaya jadi yang terbilang suatu hari nanti.semuanya tak mustahil untuk kita laksanakan!ayuh,gerakkan langkah menuju kejayaan abadi!

Alhamdulillah..hari ini merupakan permulaan yang baik untuk saya terus bersemangat untuk menempuh hari-hari yang mendatang!moga-moga Allah thabatkan hati ini pada jalanNya!Thanks Prof!!

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: