..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Satu Suara

Satu
Satu lebih hebat daripada lima
Satu juga lebih besar daripada 100
Satu..bukan dua..bukan lima..bukan 100
Satu..Allah yang Esa
Kesatuan


Jika diberi satu batang lidi untuk menyapu selonggok sampah di tepi jalan,secara logik akal,satu batang lidi tidak mampu untuk menyapu kesemuanya. Jika diberi satu berkas lidi untuk menyapu kesemua sampah tadi,dengan usaha yang ditunjukkan dan dengan izin Allah,sampah sarap tadi akan di’lenyapkan’ dari tempat tadi dengan segera.
Analogi di atas berkait rapat dengan kesatuan. Satu batang lidi tidak sama dengan satu berkas lidi. Walaupun dari segi bahasanya ‘satu’ itu adalah sama tetapi dari segi maknanya tidak sama. Bahasa dan makna merupakan sesuatu yang berbeza. Manusia berbahasa untuk mencapai kefahaman makna. Jika analogi di atas tidak difahami dengan sempurna,jangan segera alihkan cermin mata anda..tetapi fikir dahulu sebelum bertindak sedemikian! Anda mungkin tidak memahami makna di sebalik bahasa yang digunakan!
Realiti dunia hari ini menunjukkan Islam tidak lagi berada pada paksi kesatuan yang sempurna. Dengan kata lain,dalam Islam sendiri, tertubuhnya pelbagai kesatuan yang menyebabkan implikasi perpecahan berlaku. Segala-galanya berlaku di hadapan anda. Sedar atau tidak, ianya umpama barah yang merebak dalam masyarakat Islam dan menunggu masa untuk menyerang dan memecahbelahkan umat Islam sendiri.
Mustapha Masyur dalam kitabnya”wehdatul amal fil qatril wahid’ menerangkan tentang konsep ‘kalimah al-muslimin(suara muslimin) yang mewakili satu suara dan satu kesatuan bagi umat Islam seluruhnya. Namun,realitinya pada hari ini, masyarakat Islam dibius dengan satu penyakit al-wahnu-cintakan dunia dan takut pada mati. Hasilnya,lahirlah manusia yang bermaharajalelakan materialistik semata dan meminggirkan hubungan dengan Allah s.w.t dalam setiap pekerjaan yang dilakukan . Inilah hasil yang dinanti-nantikan oleh pihak barat yang menunggu masa bertepuk tangan tanda kemenangan atas apa yang berlaku pada umat Islam seluruhnya.
Kebaikan yang tidak bersistem akan dikalahkan oleh kebatilan yang  bersistem“-Saidina Ali
Musuh-musuh Islam sering mengintai kelemahan umat Islam dan menunggu masa untuk menjatuhkan umat Islam seperti dalam masalah khilafiah dan furu’. Mereka suka mempersoalkan kepada orang-orang Islam mengenai perkara furu’ dan akibatnya umat Islam terpedaya dengan helah mereka dan menyebabkan umat Islam lalai dan lupa pada tugas utama mereka yang sebenar iaitu DAKWAH. Dakwah menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Dakwah yang terabai lahir daripada daie yang lalai dan alpa terhadap tugasnya. Berapa ramai umat Islam yang sedar akan hal ini? Hakikatnya,kita semua telah diBIUS dengan helah keramat sang kafir laknatullah. Kerana apa? kerana ingin memecahbelahkan umat Islam dan kerana ingin menjatuhkan aqidah umat Islam sendiri.Nauzubillah!
Jadi,di mana kesatuan yang kita cari selama ini?adakah kerana tipu daya daripada musuh Islam,kita sesama sendiri berpecah?berpecah daripada kesatuan yang satu?
“Berpegang teguhlah pada tali Allah dan jangan kamu berpecah..” (Al-Imran:103)

MASALAH KEFAHAMAN


Antara masalah dasar dalam lapangan amal islami ialah masalah kefahaman ahli sendiri. Imam Hassan Al-Banna telah menggariskan al-fahmu sebagai dasar pertama dalam kitab usul 20. Ini menunjukkan unsurekefahaman amat penting dan perlu dititikberatkan kepada semua ahli agar dapat disatukan untuk ‘amal’(pelaksanaan kerja) kerana amal amat berkait rapat dengan kefahaman. Secara logiknya,tidak perlu diwujudkan berbilang sekolah untuk melahirkan pelbagai fikrah padahal semuanya berada dalam satu kesatuan dan hasil daripada keujudan pelbagai persatuan yang berpaling tadah daripada satu kesatuan,maka Islam dilihat daripada kaca mata barat sebagai sebuah agama yang lemah. Mahukah kita dipalit dengan tohmahan sedemikian rupa? Jangan cepat melatah! Hakikatnya,kita sendiri membiarkan saudara kita sendiri menderita di Palestin.Kita juga yang membuka seluas-luasnya pintu hedonisme kepada puak Barat untuk disuntik dosnya ke dalam jiwa anak-anak bangsa kita. Nah! Inilah penangan akibat hilangnya semangat satu kesatuan!
TEGAKKAN DAULAH


Al-Imam Hassan Al-Bana telah menjelaskan kepada kita bahawa sasaran kita ialah menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini dengan menegakkan Daulah Islamiyyah,mengembalikan khilafah dan menyampaikan Islam kepada seluruh manusia.
Dalam buku karangan Mustapha Masyur-Jalan Dakwah,beliau menegaskan bahawa untuk membentuk daulah perlu kepada sasaran yang asas:
1. membebaskan watan Islami dari apa sahaja kuasa asing samada zahir atau batin. Sejarah telah membuktikan bahawa penjajahan kuasa barat tidak pernah terhenti sehingga sekarang. Lihat sahaja,bagaimana mereka menakluk minda anak-anak muda dengan budaya hiburan,arak,wanita,zina dan sebagainya.Jadi tidak mustahil 20 tahun akan datang,pemimpin kita nanti terdiri daripada peminum arak dan penzina!Nauzubillah!

2. Menegakkan daulah Islamiyah secara bebas dan merdeka dengan mengamalkan hukum-hakam Islam dan mengisytiharkan prinsip Islam yang lurus.
Selagi daulah Islam tidak ditegakkan,maka seluruh Muslimin menanggung dosa dan bertanggungjawab malah akan disoal di hadapan Allah kerana kecuaian mereka.
Namun,ada sesetengah pihak mendakwa bahawa pembentukan diri dan tarbiah perlu dititikberatkan terlebih dahulu sebelum melangkah ke marhalah seterusnya. Kita tidak nafikan bahawa proses pentarbiahan bermula daripada diri kita sendiri. Tetapi secara logiknya,sampai bilakah kita ingin mengislah diri kita sehingga jadi betul-betul yang sempurna dan mengabaikan seruan dakwah kepada masyarakat sekeliling?

Hanya Rasululullah s.a.w sahaja yang bersifat maksum. Walaupun begitu,dalam masa yang sama,baginda tetap mengajak sahabat-sahabat dan orang ramai mendekati Islam secara total tanpa perlu beruzlah sendirian semata-mata ingin mengislahkan diri baginda sahaja?
“Islahlah diri kamu dan ajaklah manusia yang lain kepada kebaikan”

ISLAM UNIVERSAL


Lembaran sirah disingkap. Dakwah baginda yang pertama terhadap hamba sahaya disusuli dengan Siti Khadijah,Abu Bakar dan beberapa orang kenamaan yang lain. Ini menunjukkan dakwah Rasulullah bersifat universal,tiada pemilihan golongan tertentu dalam perjalanan dakwah baginda.
Daripada Abu Hurairah r.a:Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh badan kamu dan tidak kepada rupa paras kamu,tetapi ia memandang kepada hati-hati kamu” (Riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w menunjukkan qudwah yang terbaik kepada kita semua. Walaupun sudah nyata dijanjikan Allah syurga baginya,namun,baginda tetap merendah diri,zuhud,wara’ dan tawadhuk dalam tindak tanduk yang dilakukan. Namun,siapalah kita di sisi Allah yang tidak terlepas daripada melakukan silap dan salah,tetapi masih lagi mengaku bahawa kesatuan kita sahaja yang terbaik dan menuding jari menuduh pihak lain. Inilah natijah hasil perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam sendiri. Masalah juz’iyah,syu’ubiah dan khilafiah masih lagi bermain-main di bibir umat Islam sendiri. Dan mengapa tidak kita memilih untuk berada dalam SATU kesatuan?dan mengapa tidak kita memilih untuk berada dalam satu kesatuan yang telah lama tertubuh dan jelas bahawa dibina atas dasar Quran dan Sunnah?dan pastinya segala gerak kerja kesatuan itu berada pada tahap matang dan telah mengharungi segala tribulasi yang mendatang?
“Dan mereka yang berjihad pada jalan Kami pasti Kami berikan petunjuk kepada mereka tentang jalan-jalan Kami dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berbuat baik” (al-Ankabut:69)

Single Post Navigation

4 thoughts on “Satu Suara

  1. tidak ada siapa yg suka perpecahan berlaku. kita tidak meminta, tapi itu ujianNya buat semua. Sekarang yang boleh kita lakukan teruskan usaha kita sebaiknya insyaAllah.

  2. Namun,ada sesetengah pihak mendakwa bahawa pembentukan diri dan tarbiah perlu dititikberatkan terlebih dahulu sebelum melangkah ke marhalah seterusnya. Kita tidak nafikan bahawa proses pentarbiahan bermula daripada diri kita sendiri. Tetapi secara logiknya,sampai bilakah kita ingin mengislah diri kita sehingga jadi betul-betul yang sempurna dan mengabaikan seruan dakwah kepada masyarakat sekeliling?

    ini point yg sgt bagus…

  3. budak2 ni, kata diorang nk jd da’i..
    budak2 ni, kata diorang x faham n tak tahu apa itu taaddud jamaah
    budak2 ni, tnya diorang, apa salahnya bertaaddud dlm benda yg baik

    budak2 ni.. kata diorang nk berjuang dlm Islam

    Tapi……..
    Bila bawak kitab feqh dakwah..
    Semua pakat boring..
    Xde kaitan ngan kita la plak

    Nak Feqh Mar-ah..
    tu kata diorang..

    Nk Feqh Harian..
    Sebab benda ni pun tak lulus agi..
    Camne nk jd pejuang..

    Alamat kena sempurna fardhu ain dulu la..
    Kui23..

    Hentahlah,, hambe pun dok reti nk komen..

    dahh ada yg terasa hati smpai menangis dgn post kat blog oghe..huk2..

  4. betul! betul! betul!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: