..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Hedonisma- Barah Sosial

Daripada Thauban r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda, “Hampir tiba suatu masa di mana seluruh bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”

Maka salah seorang bertanya, “apakah kami sedikit ketika itu?”.

Jawab baginda s.a.w, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali,tetapi kamu umpama buih di waktu banjir

“Dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati-hati kamu penyakit wahan

Seorang sahabat bertanya “Apakah wahan itu wahai Rasulullah?”

Nabi lalu menjawab “Cinta pada dunia,takut pada mati

(Riwayat Abu Daud)

Hedonisme-satu barah yang sedang menyerang masyarakat dunia pada masa ini. Barah yang terbentuk daripada ‘sel-sel kanser’ kerakusan manusia yang hanya mahukan kesenangan dan kenikmatan dunia sebagai juadah dan santapan harian untuk meneruskan kelangsungan hidup di muka bumi Allah ini. Sedar atau tidak,barah yang sedang merebak dan berada pada tahap yang kritikal ini sudah menyerang beribu-ribu pemuda pemudi sejagat.

“Tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaku” (Az-Zariyat:56)

Kisah Dunia Hari Ini

Siapa sangka, anak yang ditatang bagai minyak yang penuh sewaktu kecil dahulu kini menjadi api yang marak menyala menghamburkan kepanasannya kepada bonda dan ayahanda,memercikkan tempias kederhakaan kepada ibu ayah,persis Malim Kundang. Kini,episod Tanggang berulang kembali.

Bukan sekadar itu, munculnya Akademi Fantasia, Audition, One in a Million seakan-akan menjadi satu daya penarik buat anak-anak muda sekarang untuk mencuba nasib dalam rancangan fantasi berkenaan. Konon mengatakan, pencarian bakat dalam bidang tarian dan seni suara merupakan anugerah Ilahi,maka tidak harus dipersiakan dengan sewenang-wenangnya anugerah istimewa ini . Nah,terimalah, pengakuan jahil daripada anak-anak muda yang lahir di tengah-tengah pembangunan sebuah negara Islam! Islam hanya pada nama.

Renung sejenak, bilangan anak luar nikah yang lahir hasil hubungan haram XX dan XY mencecah ribuan angka. Kes murtad semakin menjadi-jadi . Isu politik wang makin berleluasa di kalangan pekerja kolar biru mahupun kolar putih .Jenayah sosial di kalangan anak muda makin menjadi-jadi . Si anak terus hanyut dengan permainan ‘zulumat’ dunia ini manakala si ayah leka dengan pertaruhan politik dunia yang seakan-akan telah pudar warna keadilannya. Nah,rasakan penangan HEDONISME ini!

Muslihat Barat

Sedarkah kalian,muslihat Barat ibarat bayang-bayang dalam kelam. Nampak di hadapan berbalam-balam cahaya,namun awas,cahaya itu belum tentu menunjukkan sinar Ilahi buat kita semua . Inilah hasil perancangan dan propaganda kerajaan Barat-Yahudi laknatullah. Sejarah telah membuktikan bahawa penjajahan Portugis ke atas Tanah Melayu berdasarkan 3G (Gold, Glory dan GOD). Semuanya berpaksikan kepada keduniaan . GOD bermaksud Tuhan. Mereka berusaha mengajak masyarakat mendalami agama Kristian kerana mereka sudah mengkaji bahawa jiwa manusia mudah dilentur dengan pengisian jiwa yang berbentuk rohani dan keagamaan. Namun kita semua masih belum sedar,lena dibuai dengan agenda palsu dari Barat yang berjaya mengaburi mata dan minda kita untuk mengejar keduniaan yang hanya sementara. Lihat sahaja di laman maya tika ini, berjuta-juta laman web porno dihasilkan, hasil cetusan idea keji Yahudi laknatullah untuk membinasakan umat Islam sejagat . Juga kewujudan sekolah pemikiran orientalis yang tumbuh bak cendawan di negara Islam sendiri. Tidak kurang juga,lahirnya public figure yang berpaling tadah dari Islam turut menyumbang kepada faktor kejatuhan Islam umpama Mustapha Kamal Artatuk-Bapa Pemodenan Turki dan seterusnya menyebarkan dakyah Islam liberal ke seantero dunia.

Lantas,jari telunjuk kiri diangkat,menuding membuta tuli tanpa usul periksa terhadap orang lain ,menuduh bahawa isu kebejatan moral ini datangnya daripada pihak-pihak berwajib. Hasilnya,habis-habisan pemerintah dipersalahkan. Apabila dianalisa kembali, hanya picisan peratus sahaja layak diberikan kepada golongan pemerintah . .Sering dipersalahkan jua bahawa punca sebenar datangnya daripada institusi kekeluargaan yang tidak kukuh. Si ibu dan sang ayah sibuk dengan aktiviti seharian sehinggakan tanggungjawab di rumah terabai. Anak-anak kurang kasih, hilang punca. Persoalan siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal ini sebenarnya tidak perlu dipersoalkan. Kelak jadi huru-hara dan akhirnya,masyarakat terus berada dalam kepincangan dan kekusutan . Tiada titik penyelesaian yang tepat.

Analisa Diri

Selayaknya, najis yang telah mencemarkan maruah Islam secara khususnya ini haruslah dipertanggngjawabkan ke atas kita semua . Segalanya berpunca daripada hati . Hati yang penuh dengan noda mazmumah sememangnya susah untuk menyerap kalam-kalam Ilahi apatah lagi jika hati itu tidak diasuh dengan bimbingan nurani sedari kecil lagi. Rawatan masih lagi boleh diberikan kepada mereka . Rawatan hati dengan bisikan kalimah agung Ilahi beserta dos-dos tambahan yang sesuai untuk merawat penyakit ini. Moga suatu hari nanti,institusi kekeluargaan yang goyah bakal dijulang kembali dengan tema mawaddah wa rahmah dan institusi pemerintahan negara model Islamik terus memperjuangkan perlembagaan Islam yang syumul warisan Rasulullah s.a.w.

Kita akan berasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang memulakan dan mengakhiri dakwah ini.. TETAPI apabila kita memkirkan kita ini hanyalah satu mata daripada MATA-MATA rantai yang panjang.. kita akan bergembira dan bersemangat..untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang akan menyambung perjuangan kita.. dan orang itu tidak lain tidak bukan ialah generasi pemuda” (Syed Qutb)

Single Post Navigation

One thought on “Hedonisma- Barah Sosial

  1. salam, kak fatin..

    pening saya memikirkan dlm memilih pendekatan ape yg sewajarnya dan berkesan dlm menghindarkan wabak hedonisme ini dlm kalangan masyarakat PERUBATAN kita..

    pada saya, hedonisme bukan sahaja menghanyutkan masyarakat, bahkan melemahkan keteguhan jati diri muslim yg sedia ada..

    ponteng kuliah, lambat ke kelas, lewat subuh, gamers, movies dan pelbagai..

    semoga sesama kita saling dapat memperingatkan akan bahaya hedonisme ini..

    “menjana mu’min doktor”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: