..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

MMP kembali!-warkah untuk adik Madihah

Salam aleik.

Dewan Pemuda PAS Pusat sangat berbangga malah merakamkan setinggi – tinggi Tahniah atas kejayaan Adik Nik Nurmadihah binti Nik Mohd Kamal .

Kunjungan Exco DPPP ke kediaman Adik Nurmadihah yang berjaya mencipta kejayaan cemerlang dalam SPM baru baru ini dengan pencapai terbaik di peringkat Kebangsaan 20A [ 19 A1 dan 1 A2 ]

Dewan Pemuda PAS Pusat juga sangat berbesar hati menghulurkan sumbangan dan hadiah penghargaan buat Adik Nurmadihah atas kejayaannya . Semoga Allah mengukuhkan semangatnya untuk terus maju dan jaya dalam pengajian seterusnya menjadi insan yang mampu berbakti bukan sahaja kepada Tuhan dan ibubapa tetapi juga kepada perjuangan Islam di tanahair kita ini insyaallah .

Adik Nurmadihah memberitahu saya bahawa beliau sangat meminati bidang Fizik dan bercita – cita menyambung pengajian fiziknya di Timur Tengah . Minatnya terlalu tinggi untuk menjadi ahli fizik yang beriman dan bertaqwa , justeru itu barangkali beliau sanga berminat untuk ke Timur Tengah .

(petikan daripada blog us nasarudin tantawi)

nurmadihah

Belum terlambat untuk kami (warga exmahaadians SPM 05,06,07 yang belajar di Mesir) mengucapkan jutaan tahniah kepada adik Madihah. Sesungguhnya kejayaan adik menambahkan lagi semangat kakak-kakak di sini untuk terus berjuang,menggapai mutiara ilmu dan mengutip debu-debu perjuangan di sini agar kembalinya nanti kami ke Malaysia membawa satu perubahan baru dalam masyarakat Malaysia.

Bukan ingin membangga-bangga,jauh sekali mendabik dada. Tatkala mendengar berita kejayaan ini, syukur yang amat pada Tuhan Pencipta Kita. Lidah basah menyebut kalam-kalam pujian kepada Allah dan Rasul junjungannya.Ini semua dariNya.  Segala lembaran kenangan semasa berada di MMP dahulu dibuka satu persatu dari kotak minda . Inilah tarbiah dan didikan warisan ulama’ kepada kita semua-warga MMP. Tarbiah yang tiada kedapatan di mana-mana institusi pendidikan agama yang lain. Tarbiah penyucian jiwa, jauh dari noda dosa.

Dik Madihah,

Kejayaan saudari Fatimah Mukhtar (SPM 06) masih lagi segar dalam ingatan kami. Belumpun habis perkongsiaan kegembiraan dengannya, adik hadir,menghiasi kembali warna-warna kejayaan dan kegemilangan Maahad Muhammadi P. Kami bangga dengan kejayaan adik ! Alahngkah beruntungnya ibu dan ayah mempunyai anak yang secemerlang adik. Cemerlang dunia jua akhirat-itu kuncinya dik. Alangkah gembiranya cikgu-cikgu (terutama Papa Li) sewaktu menerima keputusan ini. Adik telah meletakkan Maahad di tempat sepatutnya. Institusi agama harus diletakkan di pucak teratas dan menjadi contoh kepada institusi-instistusi yang lain.

Dik Madihah,

Akak masih ingat lagi, tatkala PMRU menjengah, kami semua (pelajar tingkatan 2) perlu bersengkang mata menghafal al-quran dan hadis, memahami hukum fiqah, mendalami ilmu tauhid, mempelajari bahasa arab dan bahasa inggeris dengan tekun, mempraktikkan ilmu akhlak yang dipelajari dan sebagainya, semua sukatan pelajaran menggunakan sukatan dari Universiti Al-Azhar. Gembira sangat waktu itu! Penerapan budaya cintakan ilmu sudah sebati dalam jiwa kami! Hebat tarbiah MMP-warisan tarbiah ulama’ silam.

Dik Madihah,

Akak masih ingat lagi,tatkala mengendalikan program untuk pengawas-pengawas MMP, kami terpaksa melakukannya dengan kudrat sendiri bermula dengan penyediaan paperwork, pelaksanaan kerja dan pengurusan kewangan. Kata ustazah,kami ingin latih antunna semua berdikari,yakin pada diri dan bersemangat! Akak akui,taklifan untuk melangsaikan amanah ini terlalu berat,namun berbekalkan semangat ukhuwwah antara semua ajk dan galakan daripada guru-guru,maka amanah ini berjaya dilangsaikan. Inilah tarbiah MMP! dalam melahirkan generasi ulama profesional suatu hari nanti,segala didikan rohani diterapkan dalam jiwa kami.

Dik Madihah,

Akak kagum dengan cita-cita adik, dan akak yakin cita-cita adik bukan bersandar kepada material semata tetapi lebih daripada itu. Dik, renunglah dunia dari perspektif yang berbeza. Ilusi bukan satu. Capahkan minda adik seluas-luasya,kelak adik akan mengerti permainan dunia yang semakin mencengkam jiwa. Golongan kuffar terus menyanggah golongan muslimin,golongan orientalis masih lagi berusaha mengkaji elemen-elemen Islam untuk menjatuhkan agama suci ini,golongan munafiqun bercambah dari saat ke saat. Maka,di mana kita yang mengaku sebagai pejuang Islam,di mana kita yang mengaku adanya Allah dan Tiada Tuhan selainNya,di mana kita yang mengaku bahawa Rasulullah merupakan Pesuruh Allah? Teruskan dengan cita-cita adik! “Faiza azamta fatawakkal ‘alallah”

Akhir kata, sambutlah salam ukhuwwah daripada kami di Perlembahan Nil! Moga sukses selalu.Jangan lupakan jasa ibu ayah yang telah banyak berkorban masa,wang dan tenaga demi kita. Juga,ingat selalu jasa dan pesan cikgu-cikgu yang mengajar kita seawal mengenal A,B,C dan hinggalah kita mendapat kejayaan.

Tahniah juga buat adik-adik MMP yang lain!Kalian semua permata hati guru-guru..

Tahniah YIK!

Semoga sukses selalu. MMP Gemilang!

Salam sayang,

Exmaahadianz-MMP,SPM 05,06,07,

Cairo,Egypt

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: